![]() |
Sumber dari SINI |
Jerebu datang lagi! Semalam rata-rata kawasan berjerebu kan? Bilalah nak berkesudahan kan? Dan hari ni anak-anak dapat cuti lagi kerana sekolah ditutup lagi sepertimana yang dimaklumkan oleh sumber di atas. Jerebu yang tidak berkesudahan.
Yang kerja tu tetap kerja yer? Melainkan anda bercuti macam Farah... Ekekeke ataupun anda cuti sakit? Owhhh... Farah ni cuti lamaaaa... Sehingga akhir bulan Oktober 2015 ni... Makanya adalah masa mengulit anak 24/7 di depan mata selama tempoh ini. Tak jugaaaaa.... Tak adalah 24/7 sangattt... Ada banyak urusan yang perlu diselesaikan selagi belum mula bekerja semula pada awal November 2015 ni nanti... ;-).
Tahun 2015 ni adalah tahun jerebu yang teruk sepanjang pengalaman mengalami jerebu di Malaysia nih. Farah pasti semua orang mengakui kenyataan ini. Tahun 2015 ni sahaja telah beberapa kali sekolah ditutup akibat jerebu yang serius. Farah pun turut terkena tempias bila tak berapa nak sihat tempoh hari. Alhamdulillah sekarang dah ok dah...
Jerebu 2015 sekejap pergi sekejap datang... Pada yang bercuti sekolah tu jangan lupa ulangkaji pelajaran di rumah... He he he... Seronoklah cuti ek?
yang keje je tak cuti, seronok budak2 sekolah selalu cuti ni..hehe
ReplyDeletehuhu. tutup lg skolah..
ReplyDelete