Panduan Memilih Buku Untuk Anak Di Bawah 6 Tahun

Farah Waheda Wahid
3

Nak tarik minat anak-anak di bawah usia 6 tahun ni ke arah membaca ataupun buku bukanlah satu perkara yang terlalu mudah ataupun terlalu susah. Kena tahu cara untuk menarik minat mereka dan kena memilih bahan-bahan bacaan yang bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Kesabaran perlu ada... Jangan hari ni belikan mereka buku, esok dah mengharap mereka sudah pandai membaca yer? Ianya memakan masa... 

Memperkenalkan buku kepada anak pada awal usianya adalah banyak faedahnya untuk jangka masa panjang kepada anak itu sendiri. Memilih buku untuk kanak-kanak di bawah usia 6 tahun bukan kerja mudah. Memanglah ada bermacam lambakan buku di kedai buku. Tetapi mana satu yang sesuai dapat membantu meningkatkan kemahiran membaca anak anda? 

Daripada artikel di SINI ada sedikit panduan buat kita-kita ni semua yang bergelar ibu dan juga bapa: 

Material/Bahan
Jangan terkejut dan marahkan anak kecil anda yang mengoyakkan buku yang baru pertama kali diperkenalkan kepadanya. Ini kerana dia tidak tahu apa fungsi sebuah buku. Memang sifat semulajadi seseorang kanak-kanak untuk meneroka barang baru yang ditemui. Jadi tidak mustahil mereka akan mengoyak atau menggigit buku yang baru diberi. Oleh itu, jika hendak memilih buku untuk si kecil yang masih tidak faham pilihlah buku yang diperbuat daripada material selain kertas. Kini, ada bermacam buku yang dibuat daripada jenis kain, plastik, kadbod keras yang memang khusus untuk kanak-kanak kecil.

Banyak Gambar
Kanak-kanak lebih berminat untuk melihat gambar yang berwarna-warni berbanding perkataan yang ada dalam sebuah buku. Jika memilih buku untuk anak anda, pastikan ia lebih banyak gambar berbanding perkataan. Jangan harapkan anak untuk lebih banyak membaca kerana ketika usia di bawah 6 tahun mereka cenderung untuk melihat dan memerhati gambar yang penuh warna-warni. Selain itu, dengan memerhatikan gambar dalam buku , anak boleh memahami cerita yang hendak disampaikan dan dia boleh menceritakan kembali menggunakan ayatnya sendiri. Bukankah ia satu kebolehan anak anda? Tandanya kemahiran pemahaman sedang berkembang.

Keupayaan Anak Memberi Tumpuan
Jangan mengharapkan anak untuk memberi sepenuh tumpuan terhadap buku ketika peringkat awal anda memperkenalkan buku kepadanya. Semakin kerap anda biasakan anak dengan dengan buku dan semakin rajin anda membacakan buku untuk anak semakin meningkat kebolehan mereka untuk memberikan tumpuan. Selain dari itu faktor usia juga memainkan peranan penting menyokong kemahiran fokus anak. Sebaiknya pilih buku yang mempunyai ayat pendek dan ringkas untuk anak-anak kecil.

Minat Anak 
Apabila hendak membeli buku, pastikan anda pilih buku yang anak minat bukan yang anda suka. Ini kerana apabila buku tersebut dia gemari maka anak akan teruja untuk membaca buku. 

Melibatkan Deria
Bagi merangsang perkembangan deria anak, anda juga boleh memilih buku yang memaparkan pembelajaran tentang deria seperti rasa, bau, sentuh, dengar dan lihat. Sesetengah buku memang ada menyediakan penggunaan pelbagai aksesori untuk membantu memperkembangkan deria anak seperti sentuhan, bunyi, rasa, bau dan ia sesuai untuk anak berusia bawah 3 tahun. 

Yang penting ibu bapa kena rajinlah kan? Tak ada masa pun kena adakan masa untuk diluangkan untuk anak khususnya bagi membantu perkembangan mereka dari semasa ke semasa. 

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Sekarang ada banyak sangat bahan bacaan atau buku buku ilmiah khas untuk kanak kanak..cuba ibu bapa perlu lebih bijak dan kreatif untuk memilih dan membeli untuk anak anak syurga mereka.

    ReplyDelete
  2. Biasa Nani belikan untuk anak buah yang ada banyak gambar :)

    ReplyDelete
  3. Ok.....okje saved tips ni untuk cucu nanti hihi.....
    Farah apa khabar? Sihat?

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !