November, Disember Dan Januari...

Farah Waheda Wahid
8
Sumber dari Google 
Belum pun habis Oktober 2015, tapi banyak perkara untuk 3 bulan yang akan datang dah bermain di fikiran. Hu hu hu, sebabnya? 3 bulan yang akan datang jadual Farah agak penuh dengan pelbagai perkara. Terutamanya kerja hakiki yang menuntut fokus yang tidak berbelah bagi. Tapi memang sejak menjadi seorang ibu ni, jadual memang tak pernah tak padat. Padat jer hari-hari... Ahaksss... 

Sumber dari Google

Tengah mencakna bagaimana nak mencuri masa untuk memastikan Bubblynotes.Com tidak mati dan kekal hidup sepanjang tempoh waktu sibuk tersebut. Sebenarnya dah terbayang perancangannya bagaimana. Cumanya tepuk dada tanya selera sama ada sanggup melakukan pengorbanan yang lebih sedikit ataupun tidak? Muahahaha... Anda rasa? Setakat ini, tak pernah hampa lagi dengan diri sendiri, walau sesibuk mana tetap ada sahaja yang dibebelkan di Bubblynotes.Com. In Shaa Allah, akan Farah cuba memenuhi kehendak dan minat hati yang satu ini, walau sesibuk mana pun. "I will be ok..."... Memujuk diri sendiri... Ekekekeke... 

Kerja hakiki dan kerja sampingan perlu dijaga, perlu diseimbangkan kerana itulah punca rezeki buat Farah selama ini. Kalau tidak seimbang mungkin akan timbul masalah di situ. Berkata kepada diri sendiri. Jadi jika tidak mahu masalah timbul buatlah sehabis baik. Perlu ingat, ada mulut yang perlu disuap, ada keperluan yang perlu dipenuhi dan ada tanggungjawab yang perlu dipikul.

Sumber dari Google

Apa yang penting di dalam melalui waktu-waktu sibuk begini, teruskan tenangkan diri sendiri dan jangan terlalu kalut mengejar. Kalut itu tidak membawa apa-apa melainkan membawa kepada kegopohan dan hasil yang sia-sia. Makanya, sila bertenang. Nikmati saat-saat hidup yang sekurang-kurangnya penuh dengan pelbagai perkara dan warna. Begitulah hidup kan? 

Cuma momentum dan konsistensinya masih belum dapat dijangka yang benarnya. Harapnya mampu menyahut cabaran yang diletalkan kepada diri sendiri ini. Ahaksss...suka sangat cabar diri sendiri lepas tu sendiri "stress". Tapi hidup perlu ada tekanan sedikit, perlu ada cabaran sedikit, jika tidak kurang warnanya. Dari tekanan dan cabaranlah kita sebenarnya mampu menghasilkan sesuatu yang kita sendiri tidak terjangka dan tidak pernah terfikir kita mampu. 

Apa pun, walau sesibuk mana... 

Sumber dari Google

In Shaa Allah, moga-moga segalanya dipermudahkan oleh Allah SWT... Amin...

Post a Comment

8Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !