Mommy....Ceee...KepCeee...Ceee...

Farah Waheda Wahid
6
Sumber dari Google
Mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi kan??? Masa zaman Mommy dia kecil-kecil dahulu kala, memang sampai ke peringkat tarik muka masam dan merajuk kalau Atuk Ash janji nak bawa lepas tu tangguh nak bawa. Merajuk tak nak makan selagi tak bawa ke KFC. Ingat lagi nostalgia dulu... 

Sumber dari Google 
Kalau fikir-fikir balik macam menyesal pula buat perangai gittew. Kesian Atuk dan Nek Ma Ash. Tapi tulah kan? Dulu tak faham dan tak mengerti lagi tentang kehidupan. Ho ho ho... Apa rasa keinginan tekak nak, minta ajer... Bila dah dewasa, bila dah semakin faham permainan kehidupan baru terfikir dan baru menyesal. Begitulah ibu bapa tidak mahu mengecewakan anak-anak. Sedaya upaya cuba dipenuhi kehendak anak-anak yang relevan dan bukannya yang melampau. 

Yang pernah menjadi ibu akan berkata... Bila dah bergelar ibu dan menyandang amanah Allah, masa tu barulah tahu bagaimana keadaan dan rasanya. Ha ha ha... Betul! Tak dapat disangkal lagi... Kini menurun kepada anak... "Legend" sungguh sejarah KFC ni pada keluarga kami. Ohhh... Pada yang "pessimist" pasti terdetik di hati... Ala...KFC jer punnn tu pun nak kecoh, bukannya Tony Romas ke Victoria Station ke atau Menate ke... Masa zaman-zaman kakak kecil dulu kalau dah dapat makan KFC tu dah kira cukup besar dan mahal dah dik oiii... Zaman sekarang ni jer, KFC mampu makan semua golongan... Tak perlu tunggu gaji atau rezeki terpijak... Bila-bila nak makan jer dah ada depan mata... Ihikss... 

Asalkan dia nampak iklan jer... Mommy...Cee...KepCee...Cee... Amboiiii dah kenal sangat dah... Asalkan nampak lambang Datuk tu jer... Mommy..Cee..KepCee...Ceee... Keterujaan dia tu tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata... Muahahaha... Kadang-kadang bunyi becok mulutnya tu sambil teruja dah macam bunyi ayam belanda pun ada... 


Setiap minggu mesti pekena KFC, Ash nih... Paling kurang 2 kali. Ha ha ha... Kannn? Tiba masa tak adapun, gigih kena adakan. Tak kisahlah macam mana sekalipun demi memenuhi keinginan tekak anak. Farah jenisnya akan beri apa yang anak nak makan selagi boleh diusahakan. Biarlah orang nak kata terlalu manjakan atau terlalu menurut kehendak anak. Tentang makan, memang Farah kalah. Farah akan sediakan juga untuk anak. Usaha macam mana sekalipun demi tak nak rasa terkilan atau melihat anak kempunan. Tentang makan jer... Tentang perkara lain tak juga menurut sangat kehendak dia. 

Entahlah... Tak tau kenapa... Bila tiba masa-masa tak dapat memenuhi apa yang dia nak makan, Farah boleh jadi terkilan. Terkilan sangat-sangat. Sebab tu akan usaha juga supaya dia boleh gembira dan merasa apa yang dia ingin sangat nak makan. Lagipun cari rezeki bukan untuk kelangsungan hidup sendirian berhad, untuk anak juga. Penat kerja terubat dengan melihat segala keperluan anak dapat dipenuhi dan cukup segalanya. Bukanlah niat nak terlalu memewahkan anak. Tapi nak dia gembira dan cukup serba-serbi. Apa yang orang nak bisikkan di belakang yang negatif tu, letak tepi jer. 


Puas bila lihat dia makan dan hilang segala penat bila lihat dia makan. Ahaksss... Dah jadi macam makanan ruji dia pun ada. Bila Abah dia tau, Abah dia tengok gambar... Abah dah boleh hidu dah KFC... Tau anaknya memang peminat KFC... "at least for now"... Esok-esok semakin besar semakin beralih lettew minat tu... Mommy dah dapat rasa dah... Mat ni boleh tahan juga "demand" dan "taste" dia... Hua hua hua... Ada lagi satu... Peminat Caramel Frappucino juga ni Ash ni... Bila bahagian Caramel Frapp selalunya kena bahagi dua dengan Mommy lah kan? Sebab "favourite" Mommy juga... Muahahaha... 

In Shaa Allah... Apa Ash nak makan, selagi halal selagi tidak memudaratkan akan Mommy usahakan... Yang penting... Ash gembira, sihat dan ceria selalu serta tak rasa kekurangan... Selagi Mommy daya, selagi tu Ash tak perlu susah hati dan risau yer? Apa Ash nak makan Mommy akan sedaya upaya penuhi... 

*Sedut air guna penyedut sampai tiga sekali tu Mommy tak ajar... Belajar dari mana Ash? 

Post a Comment

6Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Nak Ceee...KepCeee...Ceee... jugak! :-)

    ReplyDelete
  2. Bila 3 straw cepat sikit hilang dahaga la mummy..hikhik..
    Macam baba PC..kalau bab makan selagi boleh dipenuhi..selagi boleh cari..diusahakan..

    ReplyDelete
  3. budak budak mana pun suka kfc kan... hihi

    ReplyDelete
  4. Ash minum air 3 straw tuu hebatnyaa (h)

    ReplyDelete
  5. hamboiii banyak nye straw ash 😀😀

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !