Menjelang Pembentangan Bajet 2016...

Farah Waheda Wahid
2
Sumber dari Google
Dah sampai tempoh matang dah... Sekali lagi kita bertemu di acara tahunan iaitu pembentangan bajet. Bajet 2016... Entah apalah isi kandungannya kan? Ramai yang ternanti-nanti nih... Kalau yang tak ambil kisah, tak ambil peduli dan tak ambil pusing tu tak taulah kannn? Mungkin duit berkepuk-kepuk dan makan tak habis 7 keturunan lettew... Ihiksss... Ok melawak jer dan maaf kalau melawak tak kena dengan tempat atas perkara seserius ini. Hu hu hu... 

Zaman kos sara hidup yang semakin naik dan naik dari sehari ke sehari... Peritnya agak terasa yer tak? Ada siapa-siapa yang tak rasa perit ke? Idaklah kome nak menambah hutang lagi oiii.... Hadap jerlah dan langsaikan ajerlah apa yang ada... Kalau dah terpaksa tu tak boleh nak cakap apalah kan? Anak pun semakin hari semakin membesar, semakin besar semakin tinggi perbelanjaannya... Pesanan khidmat masyarakat kepada diri sendiri... Jangan fikir anak tu dah masuk 2 tahun, tak lama lagi dah bebas lampin pakai buang, bermakna perbelanjaan semakin berkurangan... Ada lagi, yang bakal menanti di hadapan... Jadi untuk diri sendiri, kerjalah dengan lebih fokus dan komited, carilah rezeki selagi terdaya dan mampu... 

Sumber dari Google
Tu diaaaa. Perkongsian dari TV3... Tu gaji RM4,500.00 seorang tu...Kalau berdua yang mencari tak apa juga kot? Kalau seorang jer yang mencari??? Semput nafas oiii baki gaji negatif RM19.00. Dengan kejatuhan nilai mata wang ringgit lagi. Bukanlah nak mengadu domba ke apa kannn??? Hua hua hua... Realiti nih, bukan fantasi...Sebab tu ramai yang kahwin lambat atau lebih memilih untuk membujang la ni. Ihiksss... Yang berkahwin tetap berkahwin ler... Tapi kena sama-sama sepakat mencari dan menyumbang sesama sendiri ler... Kalau tak??? Pengsannn... Muahahaha... Hari-hari semput... 

Apa pun yang bakal kita dengari hasil dari pembentangan bajet 2016 nanti, kelangsungan hidup tetap perlu diteruskan. Apa yang perlu dilakukan perlu dilakukan, apa yang perlu dicari perlu dicari. Jangan mudah merasa selesa kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa akan datang. Iya betul, rezeki itu dari Allah SWT. Setiap dari kita ada rezekinya yang tersendiri tetapi usaha itu perlu. Tak semua orang beruntung weiiii... Dapat rezeki terpijak dan rezeki bergolek senantiasa. He he he... Susah jer.... Rezeki datang bergolek, susah jer rezeki datang bergolek... Alhamdulillah, murah rezeki kalau gittew... Maka jika itu keadaannya, belajar-belajarlah bersyukur dengan apa yang ada... Jangan sibuk nak merungut, nak mengomel dan nak itu ini kata tak cukup... Allah kan suka pada hambaNya yang sentiasa bersyukur... 

Bebel panjang-panjang sebenarnya terfikir-fikir lagi pengisian bajet 2016 nih... Tak apalah, sama-sama kita nantikan. Rasanya kan adalah lebih afdal hari pembentangan bajet setiap tahun diisytihar cuti umum supaya semua orang boleh fokus dengar pembentangan bajet dan merangka kewangan masing-masing bersama-sama ahli keluarga masing-masing untuk perancangan kewangan... He he he... Zaman dah macam ni tiba-tiba terasa macam institusi kekeluargaan pun perlu buat pembentangan bajet macam syarikat dan negara juga nih... Masing-masing sediakan kertas kerja bajet masing-masing... Dan bentangkan bersama-sama dan tetapkan bajet dan lantik seseorang yang berkaliber di dalam keluarga untuk pastikan bajet tak "burst". 

Nak wat camno? Zaman serba serbi naik kenalah "treat" kewangan keluarga macam kewangan syarikat. Kena kira betul-betul berapa pendapatan syarikat keluarga dan berapa aliran wang keluar serta berbelanja di dalam lingkungan bajet yang telah ditetapkan. Hik hik hik. 

*Mommy sibuk dengan bajet dengan Ash jer oiii... Asal bajet jer mesti terselit dia, asal bajet jer mesti terselit dia... Tak merungut pun... Cerita jer... Anak kan? Peruntukkan untuk dia tetap ada dan dah diketepikan siap-siap sebaik mungkin...

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. farah bayangkan la diya ni..ank 4 ..suami sorang je keje..haih takut tau tak dgn life skrg ni..tak tau nak jimat kot mana lagi hukhuk

    ReplyDelete
  2. Hari ni kan Farah petang ni..... Tp selalunya dengar jugaklah bajet ni tp tak berapa nak faham hihi....sehinggalah BH tolong summarisekan

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !