Masakan Melayu Dan Oriental Di Ummiza Cafe, Jenderam

Farah Waheda Wahid
11
Bila tiba bahagian makan, Farah memang seorang yang "selective". Rasa mesti cukup serba serbi, makanan mesti yang berbaloi dengan apa yang dibayar, basuhan bahan masakan basah tu perlu betul dan tidak hanyir... Cerewet kannn??? Ya, Farah memang cerewet bahagian makan, apatah lagi cara penyediaan makanan. Bukan mengada-ngada tetapi itulah Farah. Secara hakikatnya dan itulah diri Farah. Terutama bila bahagian makan di kedai makanan biasa, warung, restoran mahupun hotel. Kalau tidak menepati ciri-ciri citarasa Farah tu, memang akan terjadi perkara-perkara seperti tak habis makan, sekali tu jer lah Farah ke tempat tersebut ataupun kalau terpaksa datang kembali ke kedai tersebut, Farah lebih memilih untuk minum dari makan. Tempat bukan menjadi ukuran bagi Farah, tetapi kualiti makanan yang dihidangan dan semestinya kebersihan memang menjadi perkara terpenting bagi Farah jika mencari tempat makan yang kena dengan Farah.

Hujung minggu yang lepas, jalan-jalan cari makan punya projek, Farah dan ahli-ahli Kelab Blogger Ben Ashaari yang lain telah bersama-sama meramaikan serta meriuhkan kedai makanan Ummiza Cafe yang terletak di Jenderam, Sepang. Yeah!!! Kasi serang Ummiza Cafe...Biasalah kannn??? Sesekali berkumpul dan mengeratkan silaturahim sesama kami lagi...Kami kan keluarga??? :-)


Pertama kali sebenarnya menjejakkan kaki ke Ummiza Cafe ni. Kedatangan kami telah disambut dengan penuh senyuman mesra dan kakitangan serta pemilik Ummiza Cafe ini memang ramah. "They make you feel at home..." tatkala saat anda keluar dari pintu kereta. Sungguh. Layanan serta sambutan dari pihak Ummiza Cafe membuatkan Farah terasa seolah-olah kedatangan kami iaitu Kelab Blogger Ben Ashaari sememangnya dialu-alukan oleh pihak Ummiza Cafe. Terharu kejap ok? 

Ummiza Cafe ini berkonsepkan Masakan Melayu dan Oriental. Terdapat pelbagai jenis Masakan Melayu dan juga Oriental yang dihidangkan di sini. Antara yang menarik yang sempat Farah kompilasikan untuk Farah kongsikan bersama di Bubblynotes.Com adalah seperti: 



Sayur Kobis Goreng, Sup Cendawan, Gulai Lemak Siput Sedut, Gulai Lemak Pucuk Ubi, Gulai Lemak Rebung, Kari Daging dan Kentang, Sambal Udang Petai, Gulai Lemak Ayam dan Kentang, Ayam Berlada, Ayam Masak Merah, Keli Berlada, Ikan Kembung Berlada, Asam Pedas Ikan Tenggiri, Ikan Kembung Goreng, Sambal Goreng Ikan Bilis, Sambal Belacan serta ulam-ulaman yang sudah semestinya memikat selera sesiapa sahaja yang menjamahnya. Sewaktu Farah tengok semua hidangan-hidangan yang ditawarkan di Ummiza Cafe pada hari kejadian... Allahuuu... "drooling"nya... terutama Gulai Lemak Rebung tuh... Seksi sangat!!! Terliur-liur Farah dibuatnya dan jujurlah mengaku saat terlihat jer semua hidangan yang ada atas meja yang telah disediakan oleh pihak Ummiza Cafe, rasa macam nak terus cedok nasi dan ambil lauk pauk yang meriah tu dan terus makan jer... Ahaksss... Tapi tak boleh nak gelojoh kannn? Sabar-sabar...

Harga makanan di Ummiza Cafe adalah di dalam rangkaan mampu makan oleh semua pihak. Iyaaa...sungguh... Kalau tak percaya lihatlah papan tanda harga yang terdapat di Ummiza Cafe yang sempat Farah rakamkan tempoh hari... 




Betul tak apa yang Farah nyatakan... harga makanan serta minuman di Ummiza Cafe sememangnya mampu makan oleh semua orang dan sangat berbaloi... air tangan masakan dari Ummiza Cafe sedap!!! Jujurnya jika ditanya di dalam skala 1 hingga 10, Farah beri 10 kepada Ummiza Cafe. Dahlah makanan sedap bangattt deh... Kawasan persekitaran yang tenang, dengan "ambience" yang selesa, premis yang bersih... Siapa yang tak suka oiiii....Sampai sekarang ni sebenarnya masih terbayang-bayang rasa makanan di Ummiza Cafe... Pssstttt... teringin lagi ni nak makan di Ummiza Cafe sebenarnya... Sedap baq hang!!! Anda makan, anda rasa seperti makan masakan di rumah... Dan yang lebih istimewanya, semua masakan di Ummiza Cafe dimasak oleh ibu kepada pemilik Ummiza Cafe sendiri! Mana-mana ibu kalau masak memanglah sedap kannn??? Air tangan ibu, memang lah sedap... 

Ummiza Cafe bukan sahaja sekadar menyediakan perkhidmatan kedai makanan tetapi sebenarnya Ummiza Cafe juga menyediakan perkhidmatan katering kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan tempahan. Cumanya, harus diambil tahu, pihak Ummiza Cafe tidak menyediakan peralatan katering serta pengangkutan kepada para pelanggan disebabkan kekurangan kakitangan di pihak Ummiza Cafe. Kiranya, pihak Ummiza Cafe menyediakan tempahan makanan anda dan pihak anda perlu menguruskan aspek peralatan serta pengangkutan. Tempahan yang diambil hanya untuk 300 orang ke bawah bagi majlis-majlis serperti majlis makan keluarga, pejabat, sambutan hari lahir mahupun ulangtahun. Menu untuk katering adalah berdasarkan menu setiap hari di Ummiza Cafe yang mana harga adalah berdasarkan harga di pasaran dan kuantiti lauk yang anda tempah. Contoh menu adalah seperti yang Farah kongsikan di dalam gambar di atas terlebih dahulu.


Lihatlah kami yang kegembiraan yang amat setelah kekenyangan... "Happy tummy" katanya... Makanan yang lazat menepati citarasa sampai "tapau" bawa balik ok? Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut tentunya senang hati yer tak? Siapa yang tak riang dan gembira kalau perut dah kenyang...Semua orang pun...Kalau lapar tu haruslah macam nak makan orang jer yer tak? 

Bukan sekadar makan sahaja...Ada sesi karaoke juga... Siapa-siapa yang berminat untuk menghiburkan diri sendiri serta menghiburkan para pelanggan di Ummiza Cafe bolehlah kan cuba-cuba pegang "microphone"... Sekurang-kurangnya terhibur juga kan? :-)... Ummiza Cafe bagi Farah adalah satu tempat yang menarik dan terletak di lokasi yang menarik... Di mana lokasi Ummiza Cafe ni? 

Alamat:
No 229, Batu 29
Kampung Jenderam Hulu
Sepang, Selangor Darul Ehsan

Untuk Pertanyaan / Tempahan:

Pn. Nor - 019 | 668 2069
Ain - 011 | 1060 2569

Waktu Perniagaan:
Isnin sehingga Sabtu
Ahad (Tutup)

Laman Instagram:
Ummiza Cafe



Terima kasih diucapkan kepada pihak Ummiza Cafe di atas kesudian menerima kunjungan kami tempoh hari. Jujur Farah katakan masakan Ummiza Cafe memang sebenar-benar masakan tulen Melayu dan mengubat kerinduan Farah kepada masakan kampung juga! :-) 

Post a Comment

11Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Nampak sedap semua masakan kampungnya. Sampai sana kena singgah. Merasa sendiri masakan yang ada.

    ReplyDelete
  2. Waaah.... hidangan bukan main hebat kakak tengok Farah
    Tapi yg pasti bukan perut aje happy Farah, hati pun ceria sebab dpt sama-sama dgn group

    ReplyDelete
  3. sedap sedap nyer menu! terliur giler bak hang..hehehe..best nyer farah!

    ReplyDelete
  4. masakan kampung memang pilihan saya.. harus ke ummiza cafe untuk rasa kesedapan lauk pauk nya..

    ReplyDelete
  5. Kalau la dekat jer dengan rumah kannn... Fuhhh.... best

    ReplyDelete
  6. wahh siap ada gambar menu2 ! terbaik lahh kak .

    ReplyDelete
  7. Masakan kampung memang paling best kan :)

    ReplyDelete
  8. sedappppp! bertabahla wahai perutku *lapailio*

    ReplyDelete
  9. Sedap ngak makan kat ummiza...nanti nak repeat baliklah

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !