Mari Mengenal Huruf Hijaiyah...

Farah Waheda Wahid
2
Sumber dari Google
Pada peringkat awal ni, memang nampak kecenderungan dia pada sesuatu yang bersifat kerohanian ataupun keagamaan. Jika boleh dan ada rezeki, memang nak juga menghantar dia ke pusat tahfiz. Biar seimbang dunia dan akhirat. In Shaa Allah, ada rezeki tidak ke mana. Dia lelaki, dia perlu ada pegangan agama yang kukuh juga pengetahuan tentang Islam dengan sebaiknya. Sebab dia bakal membimbing dan menjadi pemimpin. 

Jika Mommy tidaklah sedalam mana ilmu pengetahuan agama dan masih lagi belajar serta cuba memperbaiki, Ash perlulah lebih dari Mommy. Mana tahu? Ash mampu membantu Mommy juga. Tak salah juga kalau memperbaiki diri dari anak sendiri. Siapa yang tidak mahu anak soleh dan solehah kan? Semua orang mahukan doa serta bacaan ayat suci dari anak-anak yang soleh dan solehah satu waktu dan ketika nanti. :-). Anda tahu apa yang Farah maksudkan kerana kita tidak selamanya menongkat langit. 

Jika terdengar azan berkumandang, dia turut sama memperdengarkan azan. Jika lihat Mommy solat, dia turut sama mengikuti lagak langkah Mommy dari tepi dengan lengkap bersongkok mahupun berkopiah. Jika duduk-duduk saja-saja, ada kalanya dia menadahkan kedua belah tapak tangannya sambil bibirnya terkumat-kamit yang tiada siapa di pun mengetahui apa yang didoakannya. Tau-tau sahaja dia sudah mengusap kedua belah tapak tangannya ke muka sambil menyebut Amin. 

Bukanlah Farah mereka-reka cerita supaya sedap entri ini dan lebih pengisiannya, tetapi realitinya itulah yang berlaku di hadapan mata kami sekeluarga. Tiada sesiapa memaksa anda untuk percaya. Ingin lihat sendiri??? Meh meh datang rumah "and spend the night with us"... Kemudian lihatlah sendiri perkembangan Ash. :-). Juga tidak bermaksud Farah menunjuk-nunjuk mahupun riak atau takbur dengan perkembangan Ash. Farah akan terus menulis secara maya, In Shaa Allah jika diizinkan Allah SWT tentang pengalaman keibubapaan yang Farah perolehi  dan lalui sepanjang perjalanan hayat ini sebagai Mommy kepada Ash biar apapun yang negatif yang diperkatakan di luar sana. Tiada sesiapa yang memaksa anda untuk membaca, tetapi jika anda memilih untuk membaca itu pilihan anda. 

Ibu mana yang tidak gembira melihat perkembangan positif anak kan? 

Perasaan? Syukur dan gembira malah bagi Farah ia tidak akan terhenti di sini. "I want to see more, I yearn for more improvement"... Sewaktu hamilkan dia, Farah sangat berdoa agar dia terang hati, celik agama dan minat untuk mempelajari apa sahaja ilmu yang baik untuknya. Saban hari, setiap hari. Surah Luqman juga merupakan salah satu peneman setia halwa telinga. :-). 

Alhamdulillah setakat ini perkembangannya baik dan moga-moga terus baik seadanya. Farah tidak terlalu mengharapkan kesempurnaan di dalam segalanya tetapi tidak salah jika kita bekerja keras sedikit untuk menuju ke arah kesempurnaan. Semoga perjalanan Ash di dalam kehidupan ini dipermudahkan dan diberkati Allah SWT. Semoga Ash terus di bawah lindungan Allah SWT serta berjaya dunia dan juga akhirat. Doa Mommy buat Ash...sentiasa! Setiap saat, setiap detik. Amin. 

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Betul tu farah..
    Anak2 perlu dididik dari usia mereka kecil lagi..
    bak kata pepatah "melentur buluh biar dari rebungnya"

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !