Jenis-Jenis Tantrum Yang Dihadapi Oleh Ibu Bapa...

Farah Waheda Wahid
6

Tingkat kesabaran tu memang betul-betul perlu berada di tahap "heavy metal" bila berhadapan dengan anak-anak yang tantrum ni. Bila anak-anak tantrum ianya adalah merupakan satu ujian ke atas diri kita. Dalam sedar tak sedar kita diuji sejauh manakah kita boleh bersabar. Dugaan tu...Ihiks, anak-anak ni kalau tantrum memang menduga dan syaitan pula menunggu masa untuk mengambil kesempatan terhadap situasi tersebut. 

Perkongsian mengenai cara-cara menghadapi anak tantrum pernah Farah kongsikan dulu di dalam entri His Way of Throwing Tantrum | Macam Mana Nak Atasi Tantrum Anak???. Kali ni Farah nak berkongsi pula melalui apa yang Farah terfikir dan juga sedikit melalui pengalaman sendiri sebagai seorang ibu selama ini iaitu tantrum yang dapat diklasifikasi mengikut beberapa pecahan atau jenisnya. ;-). 

Tantrum Minta Perhatian 
Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba jer tantrum. Uhuksss... Mula-mula elok jer main sendiri tiba-tiba tantrum. Sebab tak ada siapa nak layan dia untuk main bersama-sama. Bung bang bung bang dia baling mainan yer si comel? Agagagaga... Itu tandanya dia minta perhatian orang untuk melayan dia. Bila kita sebagai ibu ataupun bapa duduk di hadapan mereka dan melayan mereka bermain. Hilang tantrum tu. Ihikss.... Kan betul minta perhatian. 

Tantrum Tidak Cukup Tidur
Mengantuk... Boleh terjadi kepada bayi mahupun kanak-kanak. Tidak cukup tidur kerana tidur mereka yang terganggu. Bagi bayi kebiasaannya mungkin kerana tidak sihat, badan tidak selesa jadi tidur sedikit agak terganggu. Bagi kanak-kanak pula, mungkin disebabkan dikejutkan terlalu awal di waktu pagi untuk dihantar ke tadika? Mungkin? 

Tantrum Lapar
Bayi  atau kanak-kanak yang masih belum bertutur tidak dapat menzahirkan melalui kata-kata apa yang mereka rasa. Salah satu caranya adalah dengan melemparkan tantrum. Dengan cara itulah mereka menarik perhatian ibu bapa serta orang sekeliling agar memenuhi apa yang mereka mahukan. 

Tantrum Badan Tidak Sihat
Ha ha ha, contoh paling dekat baru-baru ini Ash tidak sihat. Gigi geraham hendak tumbuh pula tu. Memang badan merasa tidak selesa sungguhlah. Makanya tantrum sepanjang hari. Bertabahlah Mommy dan Nek Ma untuk menghadapinya. Kannn? 

Tantrum Kehendak Tidak Dituruti Atau Kemahuan Tidak Dapat
Bila mahukan sesuatu tetapi tidak dipenuhi. Muahahaha.... Mulalah tantrum. Yang paling teruk Ash pernah lakukan adalah menangis sahaja habis tinggi. Tidaklah sampai berguling-guling. "Upgrade" sedikit sekarang ni... Menangis sambil menghentakkan kaki "jogging" setempat. Ada juga kanak-kanak di luar sana sehinggakan berbaring di atas lantai serta berguling-guling. Ash kalau buat macam tu, siaplah dia Mommy cubit. Hu hu hu... Moga-moga taklah. 

Setakat tu yang dapat Farah fikirkan buat masa sekarang ni. Tapi apa yang pastinya, bila bergelar ibu dan juga bapa, pasti anda akan berhadapan dengan tantrum tidak banyak sedikit. Intipatinya, anak-anak mahukan perhatian serta belaian kita bukan dimarahi atau dipukul. Namun ada juga tantrum yang perlu kita perbetulkan supaya tidak berulang dan tidak memberi kesan jangka panjang ke atas perkembangan perilaku anak dan juga kita. ;-). 

Kuncinya, kesabaran kita sebagai ibu bapa yang sememangnya akan diuji dan adakah kita mampu untuk jadi benar-benar sabar? Ada ibu bapa menggunakan pendekatan untuk membiarkan anak ketika tantrum kerana tak kuasa nak melayan, ada pula melakukan sesuatu untuk menghentikan tantrum... Namun ia terpulang kepada cara pendekatan ibu bapa secara individu... 

Post a Comment

6Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. kena banyak sabar dengan anak-anak

    ReplyDelete
  2. bru tau word yg betol..tantrum upenye

    ReplyDelete
  3. Allahu..terima kasih perkongsian ini mummy..boleh buat panduan untuk aunty PC satu masa kelak in sha Allah..

    ReplyDelete
  4. Kengkadang bukan anak je tantrum, bapaknya pun....hehe...

    ReplyDelete
  5. memang kene saba ngan anak2 ni..tak termasuk lg tantrum kt pasaraya..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !