Guna Duit Anak???

Farah Waheda Wahid
7
Sumber dari Google
Perkara sehari-hari yang secara realitinya berlaku di kalangan masyarakat. Bukan tak ada, ada situasi sebegini. Setiap hujung bulan ataupun setiap kali ada lebihan, ibu bapa pasti menyimpan sedikit simpanan untuk anak-anak masing-masing. Iyalah, kos pendidikan zaman sekarang bukannya murah. Semakin hari, semakin meninggi. Jadi di mana ada ruang masa dan kesempatan, ibu bapa pasti akan cuba menyimpan untuk anak-anak masing-masing sebagai "back-up" sekiranya nanti pada waktu akan datang memerlukan. 

Akan tetapi akan ada masa-masa ibu bapa terpaksa menggunakan duit anak-anak dalam erti kata lain meminjam. 

Sumber dari Google
Ha ha ha... Agaknya macam tulah perasaan anak-anak bila duit mereka dipinjam oleh ibu bapa. Pening sekejap kepala anak-anak. Muahahaha... Tapi sebenarnya bukanlah ibu bapa tergamak atau sampai hati nak menggunakan pun. Mungkin, ada kalanya keadaan mendesak dan terpaksa untuk ibu bapa berbuat demikian kerana sudah tidak ada jalan lain lagi. Ohhh anak-anak, ingatlah bahawasanya ibu bapa bukan sengaja menggunakan atau meminjam. Jika ada cara yang terbaik tanpa perlu menggunakan atau meminjam duit anak-anak sudah semestinya ibu bapa akan memilih jalan itu yer tak? 

Ada pelbagai cara ibu bapa ni meminjam duit anak-anak. Sama ada gunakan duit tabung sahaja ataupun duit simpanan. Di dalam menghidupkan anak-anak serta membesarkan mereka dan juga memberikan pendidikan untuk orang-orang yang hidup sederhana dan bukannya ada-ada ni, adakalanya pasti terputus bekalan. Bila sudah terputus bekalan kertas bernilai Ringgit Malaysia itu, ada masanya terpaksa meminjam dari anak buat seketika. Antara cabaran ibu bapa di dalam zaman serba naik ni. Bagi yang tidak pernah menggunakan langsung, Alhamdulillah... Tahniah kerana anda berkemampuan dan berjaya menahan diri dari menggunakan wang anak. :-). 

Sumber dari Google

Tidak ada sesiapa yang mengatakan salah untuk meminjam atau menggunakan duit simpanan anak-anak. Akan tetapi, jika dah menggunakan dan jika dah meminjam jawabnya samalah seperti kita berhutang. Lambat laun harus berusaha untuk menyelesaikannya. Mungkin ada yang tidak faham dengan situasi serta kesusahan kita, dan kita pun jika kita makan nasi berlaukkan garam takkanlah kita nak canang seluruh alam. Selalunya kita memilih untuk berdiam diri dari menerangkan atau bercerita, kita lebih tertumpu untuk melangsaikan bagaimanakah caranya dan memohon agar dipermudahkan. Cuma mungkin kepada anak-anak kita boleh cuba terangkan dengan sebaik mungkin agar mereka memahami situasi yang berlaku dan secara tidak langsung melatih mereka untuk matang di dalam pemikiran mereka. 

Hidup kita ni tak selalunya senang. Ada waktu-waktu kita akan mengalami waktu getir yang mana orang lain tidak mengetahui langsung tentang perkara itu kerana tidak dikongsikan. Waktu getir dan genting itu boleh berlaku"one after another", untuk jangka masa pendek ataupun jangka masa panjang yang mana kita sebagai manusia kadang-kadang memerlukan waktu yang singkat ataupun terlalu lama untuk menyelesaikannya. 

Risau dikata yang bukan-bukan oleh orang sekeliling? Risau dituduh menyalahgunakan duit anak? Jangan risau, kita perlu ingat, bukan orang luar yang menghadapi apa yang kita hadapi. Apa jua permasalahan kita yang sedang kita hadap. Mereka tidak tahu, jadi biarlah mereka kekal tidak tahu sehingga waktu yang bersesuaian tiba. Dengan senyuman, dengan seperti tiada apa-apa, kita teruskan kehidupan seperti biasa kerana hidup perlu diteruskan dan misi untuk melangsaikan apa-apa yang sepatutnya tetap perlu dilangsaikan walaupun ia mengambil masa yang agak lama. Kekalkan senyuman dan mohon kepada Allah SWT banyak-banyak. In Shaa Allah akan dipermudahkan. Amin.

Yang pastinya, ibu bapa yang menggunakan duit anak bukanlah sengaja tetapi kerana terpaksa. Tapi, selalunya ibu bapa akan menggantikan semula duit yang telah diguna itu. Tak lambat, cepat yer tak? Tak cepat, lambat... Begitulah... Tanggungjawab tu... 

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Setuju...kdg2 keperluan terdesak, dah duit anak je yg ado kat tangan masa tu. terpaksa la guna dulu.bila dah setel semua ganti baliklah.

    ReplyDelete
  2. setuju sgt... mmg ada ms kita terpaksa guna, tapi biasanya akan ganti semula...

    ReplyDelete
  3. Anak saya kalau kita acah2 nak guna duit dia pun tak bagi..heheh..memang tak dapat la nak pinjam2..dia menabung sendrii..jadi duit dia memang dia yang kawal..
    Betul tu..tak salah pun nak pinjam..asal kan ganti balik..lagipun duit tu penting untuk masa depan diaorang..nak tak nak kena ganti balik..

    ReplyDelete
  4. Menarik entri ni dan saya setuju dengan pandangan farah..jangan dah pinjam,buat2 lupa sudah la

    ReplyDelete
  5. Tepat...orang luar tahu setiap inci permasalahan kita..jadi tidak boleh membuat kesimpulan sendiri..

    ReplyDelete
  6. Dalam keadaan tertentu guna juga kalau terpaksa.. Dari berhutang dgn orang lagi parah... Baik guna je apa yang ada.. Janji bagi balik nanti kan..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !