Cukai Tinggal Semalaman...

Farah Waheda Wahid
7
Alahaiii... Bukan selalu pun... Sesekali tinggalkan Ash seketika di waktu malam untuk Mommy ambil angin malam... Ekekeke... Itupun dapat laporan dari Nek Ma dia... Selang 5 minit sekali... "Meee...Meee...Meee...". Ash dan Mommy berpisah tiada. Kalau sesuai memang Farah dah jinjing dah Ash tu, memang tak nak tinggal... Tapi biarlah dulu... Bukan masa yang sesuai bagi Farah nak bawa Ash berembun sampai pukul 1-2 pagi lagi. Dia perlu tidur ikut jadual. Ngeee.... 

Tinggalnya semalaman... Sehingga lebih kurang 2 pagi macam tu. Bila tiba dia dah lena. Tapi memang mencari... Macam mana Mommy nak "fly" ke Germany nih? Memang kena bawa Ash juga ke macam mana? Ha ha ha... Bukan sekarang tetapi ada di dalam perancangan kerja jika tiada perubahan. In Shaa Allah... Hajat hati memang nak rasa jejak kaki ke negara orang yang jauh sedikit dari Malaysia... Tapi berat juga sebenarnya.... Akan jadi "heaven" kalau Ash ikut sekali.... Perancangan syarikat jer yer bukan pasti pergi... Tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa... Dengan harapan tak jadi... Teetttt.... Kalau Ash ada sekali tak apa... 

Huishhh jauh-jauh sangat mana sanggup walaupun Ash tu tak menyusu susu ibu kan??? Itulah satu-satunya cahaya hidup, kesayangan, intan payung, nyawa, raga semualah... "The most possesive possession of my life". Kesayangan yang amat! Tapi kalau demi rezeki dan terpaksa juga... Tiada pilihan di situ... Hu hu hu... 

Wahhh jauhnya menyimpang cerita nih? Itulah yang berlaku bila menyediakan entri sambil mendengar muzik...Ok abaikan... 

Baru tinggal semalaman... Bangun pagi... "Mee...Mee...Mee..."... Senyum jer dia... Peluk tak lepas... Hu hu hu... Selepas mandikan dia, siapkan dia, bawa keluar seketika untuk beli sarapan iaitu roti canai sebab Farah tak reti nak mencanai roti ok? Rupa-rupanya dah ada perancangan yang bermain di fikiran... Ada cukai tinggal semalaman rupanya... 


Cukai berupa trak yang bernilai RM10.00 yang buatkan dia sangat-sangat gembira dan obses dengannya. Seharian semalam asyik dengan trak tu sahaja. 


Puas hati sangat tu dia tu dapat bayaran cukai. "Admiring it all the way! All day!"... Takper yer Ash? Mommy kerja untuk Ash, nak hantar Ash pergi "school", nak beli makanan Ash, nak beli pakaian Ash, nak beli permainan Ash dan keperluan Ash. "Demand" jer ngan Mommy kan? Ha ha ha... Haippp bukan berkira tau... "I is" tak berkira dan mengungkit dengan anak... Memang "solely for him" pun... Cumanya... Ha ha ha... Pengsan macam ni... Tiap kali kalau ada cukai... Mainan tu dari sebakul sekarang dah tiga bakul dah... Sikit-sikit lama-lama berbakul-bakul dah jadinya... Banyak betul koleksi tuh... Nanti dah tak pakai kita sedekah pada rumah anak yatim yer? Sedekah tu amalan mulia... 

Macam tulah ceritanya... Bercukai kalau kena tinggal sekejap... :-)... Bukan manjakan tapi lebih kepada nak tebus masa tu supaya dia tak adalah fikir Mommy abaikan dia dan hakikatnya memang tak pernah abaikan dia pun walau sedetik pun... ;-)... Apa yang Mommy buat, apa yang Mommy korbankan semuanya untuk dia pun bukan untuk apa-apa dan siapa-siapa... 

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. hihi..siap ada cukai tu..lain kali srh mommy tinggal lama skit..nnt dapat lbh cukai..hihi

    ReplyDelete
  2. kan..hati mak mak ni walaupun tinggal separuh hari pun dah nanar sgt..sama la kiter..

    ReplyDelete
  3. Asyik dia dengan truck kuning ye...meee keeepceee..hehe..

    ReplyDelete
  4. Ralit dia dengan truck tu, comel je :D

    ReplyDelete
  5. nek ma ada.. boleh jaga ok la farah.. jangan lepas peluang keluar negara..

    ReplyDelete
  6. thaqif pun suka lori, excavator dan kren yang jumpa sepanjang perjalanan hari2, kat rumah pun kejenya main dgn lori n excavator jee.

    ReplyDelete
  7. takpe la tinggal selalu at least dapat upah...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !