![]() |
Sumber dari Google |
Kerana ingin mendidik kita marah, kerana sayang kita marah akan tetapi hati-hati dengan amarah kita yang adakalanya boleh menjadi tidak terkawal. Bila amarah tidak terkawal macam-macam perkara di luar kawalan dan batasan mungkin terjadi. Selepas tu? Jika ada apa-apa yang berlaku? Kita menyesal? Memang kita perlu kawal rasa marah kita dan sebagai ibu bapa kita perlu tahu batasan kita untuk tidak menghukum anak dengan cara yang tidak dibenarkan oleh Islam.
Jika kita sedang marah terhadap anak-anak, tolonglah ingat beberapa batasan yang disenaraikan di bawah ini.
Memukul Wajah
Rasulullah SAW melarang memukul muka berdasarkan sabda Baginda yang bermaksud, "Jika salah seorang dari kamu memukul, maka hendaknya dia menjauhi (memukul) wajah."
Menampakkan Kemarahan Yang Sangat
Ini juga dilarang kerana bertentangan dengan amalan Rasulullah SAW, "Bukanlah orang yang kuat itu diukir dengan kuatnya dia melawan, tetapi orang yang kuat adalah mampu menahan dirinya ketika marah."
Memukul Di Dalam Keadaan Sangat Marah
Dari Abu Mas'ud al-Badri, dia berkata, " (Suatu hari) aku memukul budakku (yang masih kecil) dengan cemeti, maka aku mendengar suara (teguran) dari belakangku, 'Ketahuilah wahai Abu Mas'ud!' Akan tetapi, aku tidak mengenali suara tersebut kerana kemarahan (yang sangat). Ketika pemilik suara itu mendekat dariku, maka ternyata dia adalah Rasulullah SAW dan Baginda berkata, 'Ketahuilah, wahai Abu Mas'ud! Sesungguhnya Allah lebih mampu untuk (menyeksa) kamu daripada apa yang kamu seksakan terhadap budak ini,' maka aku pun berkata 'Aku tidak akan memukul budak selamanya setelah (hari) ini."
Bersikap Terlalu Keras Dan Kasar
Sikap ini jelas bertentangan dengan sifat lemah lembut yang diajar oleh Islam sebagaimana sabda Rasulullah SAW "Barangsiapa yang terhalang dari sifat lemah lembut, maka dia akan terhalang dari mendapat kebaikan".
Memukul Dengan Benda Keras Sehingga Berbekas
Ini juga dilarang oleh Rasulullah SAW. Sebaik-baiknya gunakan rotan yang tidak boleh mendatangkan kecederaan dan berbekas pada kulit. Menghukum dengan rotan dibolehkan dengan tujuan untuk memberikan peringatan kepada anak.
Sumber: SINI
Tiada sesiapa pun melarang kita untuk memarahi anak dan tiada siapa mengatakan merotan untuk mendidik itu tidak boleh langsung. Cumanya... Kita perlu tahu di mana kita boleh bermula dan di mana kita sepatutnya berhenti.
good sharing darla!
ReplyDeleteKami mula gantung rotan kat rumah since dia umur 3 tahun..tapi jrg sekali digunakan..kalau guna rotan pun ada tempat tertentu yg dibolehkan.
ReplyDeleteLissa dulu nakal waktu kecil. selalu kena rotan. tapi rotan tu la jadi pengajaran lepas tu tak buat lagi :D
ReplyDeletekena gunakan cara yang betul
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian. Kadang kita sebagai orang tua terlupa dan terkasar dengan memukul anak dengan penuh marah.
ReplyDeletethanks for sharing babe..
ReplyDeletemcm kami mmg gunakan pendekatan merotan sebagai salah satu cara utk mengajar anak2 supaya mereka tak lalai..
terima ksh ats perkongsian..
ReplyDeletesemoga kita menjadi ibu yg cukup kuat utk mengawal emosi marah terhdp anak2 kan..
kdg2 rasa..ya ALLAH...hehehhe..sbr je lah kan