Blogger Ber -"Niche"-Kan "Parenting" Eksploitasi Gambar Anak???

Farah Waheda Wahid
10

Pada satu sudut, ia kelihatan seperti iya tetapi pada satu sudut yang lain pula, jika difikirkan secara realistik dan sedalam-dalamnya tidak. Berlakunya sesuatu di dalam kehidupan itu bersebab dan setiap individu mempunyai alasan mereka yang tersendiri yang mungkin tidak dikongsikan kepada umum yer tak? Memang ramai jer ibu bapa di luar sana pada zaman teknologi dan alam maya serba canggih ni memuatnaik gambar anak-anak masing-masing di mana-mana sahaja media sosial. Apatah lagi blogger yang ber-"niche"-kan "parenting". 

Pada yang ada sahaja jawapannya kepada kenyataan di atas ataupun tidak mahu dibangkang pendapat mereka pasti tidak akan menghadam apa jua alasan yang anda berikan. He he he... Lumrah kehidupan, manusia tidak pernah puas dan manusia tidak akan pernah berpuas hati. Susah sebenarnya jika hidup sibuk memikirkan apa cakap-cakap belakang, apa yang buruk diperkatakan oleh orang tentang diri sendiri. Dan susah juga sebenarnya hidup jika asyik nak memikirkan kesalahan orang ataupun keburukan orang lain, ianya menambahkan sesuatu yang tak perlu di dalam kehidupan seharian kita. Ibarat kita memasak, tetapi masakan kita terlebih garam...Kalau terlebih garam tentu tak sedap kan? Tentu masin melahar... Macam tulah...Kalau boleh biar sedap-sedap ajer... Paling mudah...biarlah sesiapa pun nak buat apa sahaja asalkan mereka bahagia dengan cara mereka dan kita bahagia dengan cara kita. 

Janganlah pula anda tersalah-sangka tentang entri ini dan juga pengisiannya. Tiada mana-mana pihak yang menghentam kegiatan sosial Farah yang kerap sangat memuatnaik gambar-gambar Iman Ash setakat ini yang Farah lihat sendiri, dengar sendiri atau sampai kepada Farah. Kalau ada pun mungkin belakang-belakang kot soh seh soh seh tu. Tak sampai ke telinga nipis Farah punnn... Kalau sampai pun, Farah akan "IGNORE"... Semakin meningkat usia, semakin banyak perkara provokasi dan negatif yang Farah "IGNORE" daripada menyakitkan hati sendiri. Pada Farah, menyakitkan hati sendiri itu adalah sia-sia dan buang masa sahaja. Lagi satu, tak naklah Farah menjadi seperti mengata dulang paku serpih, mengata orang kita yang lebih yer tak? 

Setiap individu di dalam dunia blog ini mempunyai identiti mereka yang tersendiri. Gaya penulisan, lenggok bahasa dan cara mereka memberikan "input" serta impak ke atas entri masing-masing yang ditulis secara maya. Melainkan kalau-kalau seseorang itu mempunyai krisis identiti diri atau cuba menjadi sesuatu yang bukan dirinya. Haaa, yang itu mungkin...tiru bulat-bulat apa yang orang lain lakukan tanpa mengetahui sebabnya... 

Soh seh soh seh tentang eksploitasi ni. Haaa meh sini nak habaq sat... Kebanyakkan dari blogger memang sama ada mengeksploitasi diri mereka sendiri, suami, kawan-kawan, mahupun anak-anak. Muahahahaha... Kalau nak kata lah. Ini tidak termasuk yang wajah diri, keluarga dan identiti yang misteri atau sengaja dirahsiakan yer? Maaf tidak ada niat untuk menujukan kepada sesiapa. Ekploitasi ni ada banyak cara sebenarnya. Ada juga eksploitasi barangan peribadi untuk ditunjukkan kepada umum, ekploitasi artikel orang lain atau sumber lain. 

Perkataan eksploitasi tu TAK RELEVAN sebenarnya. Kalau nak kata eksploitasi semua orang dalam dunia blogger ni eksploitasi ok? Tak ada satu pun yang terkecuali. Hu hu hu... Jadi perkataan yang lebih tepat untuk menggantikan perkataan eksploitasi itu adalah MEDIUM /BAHAN ARTIKEL di blog. Ok? Ada faham? Ha ha ha... 

Kalau macam tu, kenapa tak mengata blogger ber"niche"kan kecantikan dan fesyen? Eksploitasi diri sendiri? Kenapa tak katakan blogger yang suka ber"selfie" eksploitasi diri sendiri? Kenapa tak katakan blogger yang menulis tentang hiburan "eksploitasi" artikel hiburan yang ditulis oleh wartawan? Dan kenapa harus perlu tertumpu pada blogger ber"niche"kan "parenting" sahaja? Sila jawab? Heeee... Farah tau pasti dalam banyak-banyak dalam seorang dua pasti ada kata-kata atau pendapat yang ingin dibalas dari persoalan Farah ini...  

Baik, diakui terlalu banyak memuatnaik gambar anak anda sendiri akan membuatkan orang jelak. Tapi tiada paksaan di situ untuk anda melihat mahupun sukakan gambar tersebut. Ada sebarang paksaan? Tiada kan??? Jika rasa tak ley gi... Diam-diam sudah... Atau tak payah semakkan pemikiran anda dengan perkara yang ada tak suka. Mungkin bila terlihat ianya melintas di "timeline" anda ianya akan menjadikan anda jelek dengan gambar yang dimuatnaik tetapi janganlah perasaan jelek anda itu membuatkan anda benci kepada kanak-kanak yang tidak berdosa atau tidak tahu apa-apa pun perbuatan ibu bapanya... Hu hu hu...Kesiannnn anak tu tau... Ha ha ha...Betul apa? Biarlah... mungkin dengan cara memuatnaik gambar anak-anak ibu bapa merasa gembira ataupun bahagia. Bukannya kerana mereka berfikir macam orang lain tak ada anak, macam mereka sahaja ada anak di dunia ini. Mungkin juga alasan mereka, media sosial seperti Instagram adalah merupakan satu cara mereka mengabadikan kenangan gambar-gambar semasa anak-anak mereka? Senang kannn? Tak perlu pakai "storage" mana-mana... "Dropbox" pun ada limitasi ok? Sampai GB GB tertentu, sila beli ruang simpanan yang lebih. He he he...

Seperti yang Farah katakan... Setiap blogger ada caranya yang tersendiri. Mungkin pada pandangan mata anda salah dan "annoying". Tetapi blogger itu ada strateginya yang tersendiri untuk menghidupkan blog-nya ataupun laman media sosialnya. Belajar menghormati alasan serta apa tindakan orang lain berbanding memprovokasi serta mencari dosa kering dengan mengatakan sesuatu atau menyindir orang lain. Orang yang dihentam tak luak apa malah dosa kita pula yang bertambah-tambah. Tak suka diam dan simpan dalam hati. Jika anda ada pandangan serta pendapat anda ingatlah bahawasanya orang lain pun sama sahaja. :-). Tidak lebih tidak kurang. Mereka ada pandangan serta pendapat mereka yang tersendiri.  

Alasan tindakan mereka hanya mereka yang tahu. Sama seperti mereka. Jika seseorang blogger ber"niche"kan parenting itu tidak pernah langsung memuatnaik atau menggunakan gambar-gambar anak mereka di mana-mana. Mungkin itu cara mereka yer tak? Manusia tak pernah ada yang betulnya pada pandangan mereka... Jika kerap memuatnaik gambar anak, dikatakan bahawasanya macam dia seorang ada anak yer tak? Jika tidak pula... Alaaa... Entah apa-apa, blogger "parenting" tapi satu pun gambar anak dia tak pernah dimuatnaik. Haaaa, nampak permainannya di situ? Thee hee hee... Tak pernah ada yang betullah kalau asyik nak dengar cakap-cakap orang ni. Sampai bilalah tak ke mana... Duduklah takuk tu jer... 

Kadang-kadang juga boleh jadi, orang yang berkata-kata itu teringin juga tetapi tak mencapai apa yang dia mahu di atas sebab kekangan-kekangan tertentu. Bagi Farah mudah saja... Buat apa yang anda rasa betul, apa yang anda rasa selesa dan apa yang menggembirakan anda. Menulis di alam maya ni anda perlu rasa gembira dan seronok untuk menulis. "Irregardless" apa yang orang nak kata. Yang penting nawaitu kena betul dan ikhlas. 

Ilham itu datang dari kegembiraan, dan kegembiraan itu adalah "booster" untuk blogger terus menulis secara maya. Jadilah diri sendiri dan jangan pernah rasa takut-takut untuk melakukan sesuatu disebabkan dek kerana orang. Yang penting anda tahu bagaimana untuk seimbangkan. Blog kepunyaan peribadi, media sosial juga hak peribadi seseorang... Tetapi tatapan umum... Cumanya janganlah menyalahgunakan hak peribadi itu sehingga memudaratkan diri sendiri serta insan-insan tersayang. Rasa tak perlu "elaborate" panjang lebar kot perkataan memudaratkan itu...Ada yang boleh dikongsikan, ada yang tidak boleh dikongsikan, cukup sampai disitu. Heeee... 

Bagi Farah tak ada salahnya menggunakan gambar anak sendiri di dalam penceritaan anda di blog ataupun mana-mana media sosial selagi anda tidak mengancam orang lain ataupun mengganggu orang lain dengan erti kata, menyusahkan kehidupan orang lain. Jangan jadi takut untuk menjadi apa yang sebenarnya hanya semata-mata kerana mendengar provokasi atau kata-kata orang lain. Biarlah sesiapa pun nak kata apa, asalkan anda tahu apa yang anda lakukan.

Farah sendiri adalah seorang blogger yang ber-"niche"-kan "parenting" dan juga "lifestyle". Farah memang terlalu banyak memuatnaik gambar-gambar Iman Ash dan Farah sedar mungkin ada di kalangan anda yang kurang menyenangi ataupun rasa semak. Tetapi itulah diri Farah... Cumanya bezanya, tak adalah 24/7 Farah memuatnaik gambar Ash yer tak? Tu melampau!!! Farah selang-selikan dengan pelbagai gambar lain tidak terhad kepada Ash sahaja. Alasan Farah? Bukan Farah gunakan Ash... Ia adalah sesuatu yang berkaitan dengan kerja Farah di alam maya... Kalau nak terang lagi dalam panjang jadinya entri ni...Ihikss... Tapi Farah ada alasan kukuh untuk itu ... Kukuh bagi Farah tak bermaksud kukuh bagi orang lain yer? Manusia itu berbeza-beza pendapatnya serta pemikirannya...

Perkataan eksploitasi tu tak berapa nak betul sebenarnya...kalau begitu semua blogger pun mengekploitasi sesuatu, cuma kita ni nampak pada mata kasar jer... Cuba fikir betul-betul... Dan cuba kaji sedalam-dalamnya... Bukan blogger "parenting" sahaja yang boleh dikata mengeksploitasi... Blogger-blogger ber"niche" lain pun ado... Yang jelas pada mata anda mungkin blogger "parenting"...Ahaksss... Ok apa? Lihat gambar kanak-kanak yang penuh dengan warna warni? Asyik guna gambar Google jer bosan juga kan? He he he...

Maaf kalau Farah ada tersilap kata di dalam entri ini dan diulangi sekali lagi, bukannya sebab ada orang mengatakan sesuatu kepada Farah atau tentang Farah. Cumanya semalam terlintas pula perkara ni sewaktu sedang memandu...Hua hua hua... Saja jer... "update" entri ni sebenarnya... Ya ampunnnn.... 

Post a Comment

10Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. manusia ni berhenti bercakap bila dah tak bernyawa je sis....biarkan je...hehe

    ReplyDelete
  2. sebenarnya terpulang pada individu..dan individu lain wajar menghormati hak orang lain..awak cara awak..saya cara saya..ibaratnya begitu..matlamat sama tapi cara berbeza..contoh..sama sama lapar nak makan..awak guna tangan saya makan guna sudu garfu..hehehe..tapi tetap makan duduk sembang semeja..

    ReplyDelete
  3. yup setuju dengan akak...!!!
    sepp sikit..hihihih

    ReplyDelete
  4. suruh depa jadi blogger sat. sehari jela. or sejam ka..baru faham kot apa tu blogger/media influencer

    ReplyDelete
  5. Dah itu niche blog... gambar anak2 sendiri bukannya ada paksaan. (f)

    ReplyDelete
  6. betul tu farah..KG pun sependapat dgn farah...msg2 punya cara utk UP kan blog dia...nk menonjol kena la usaha sendiri kan... Jemput Singgah BELOG KAK GOJES..nama jer gojes erk

    ReplyDelete
  7. Ikutlah blog kita kaan.. Asalkan jaga aib diri, keluarga dan orang lain juga.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !