![]() |
Sumber dari Google |
Bila gincu dicalitkan segalanya terlindung yer tak? Tak nampak pun lebam di bibir tu... Tapi bila tiada gincu dicalit... Pucatnya semacam, lebamnya semacam... Ramai wanita mengalami masalah ini agaknya di luar sana dan perihal bibir lebam ni adalah salah satu perkara yang Farah "concern" sebenarnya... Sebab...lain benar rupanya dan bezanya antara bibir bergincu dan tidak bergincu... Bila bergincu seperti di atas, bila tidak bergincu...
![]() |
Sumber dari Google+ |
Salah satu antara mimpi ngeri seseorang wanita... Hu hu hu... Anda suka ke jika bibir anda kelihatan lebam seperti gambar di atas ni? Farah tak suka... Untuk pengetahuan anda, bibir ni merupakan salah satu bahagian dari tubuh yang cukup terdedah kepada cahaya matahari. Bibir tidak mempunyai melanin iaitu pigmen kulit yang berfungsi untuk menangkis sinar ultraviolet yang dipancarkan oleh cahaya matahari. Jadi, sebab itulah bibir menjadi sangat terdedah jika terkena matahari.
Dan!!! Tidak semestinya seseorang itu adalah perokok dan bibirnya hitam disebabkan merokok ok? Kadang-kala ianya disebabkan oleh penggunaan gincu bibir itu sendiri. Jadi jangan nak semberono salah sangka orang yang bibir hitam tu sebab kesan merokok... Jangan terlalu cepat membuat kesimpulan... Bawa-bawa berfikir secara positif ok?
Bagaimana nak rawat? Mungkin artikel dari SINI mampu menyelesaikan masalah anda...Jom kita lihat apa yang dikongsikan oleh artikel yang dimaksudkan...
Cara Berkesan Merawat Bibir Hitam Akibat Kesan Penggunaan Gincu Yang Salah:
Sapukan Madu
Anda boleh cuba menyapukan madu ke bibir selama lebih kurang 15 minit. Kemudian bilas dengan air. Kalau nak biarkan pun boleh juga. Kita mungkin akan merasa kurang selesa atau mungkin juga bibir akan digigit semut nanti. He he he...
Sapukan Ubat Gigi Ke Bibir 3 Minit Sebelum Mandi
Di samping memerahkan bibir, ubat gigi ini juga boleh membuang semua kesan gincu pada bibir anda.
Limau Nipis Atau Lemon
Limau nipis atau lemon adalah agen pemutih semulajadi sekaligus membantu mengeluarkan sel-sel mati daripada tubuh. Gosokkan sepotong limau nipis atau lemon pada bibir dengan lembut selama dua minit. Biarkan selama 10 minit. Setelah itu, bersihkan dengan air suam. Lakukannya pada setiap hari untuk merawat bibir hitam.
Serbuk Kunyit
Campurkan sejemput serbuk kunyit dengan satu sudu teh susu. Sapukan pada bibir untuk merawat bibir hitam agar kembali berseri. Praktikkan tips ini pada setiap hari sebelum tidur untuk memperolehi hasil yang terbaik. :-)
Bahan-bahan tidaklah susah nak jumpa kan? Paling senang sekali adalah ubat gigi...Sebelum mandi tu boleh jer kalau nak buat kan? Makanya...selamat merawat bibir semua... ;-)
Wah..wah..blink..blink..bling..bling..boleh cuba ni.. (o)
ReplyDeleteAs Salam Farah..wah boleh cuba petua utk elak bibir lebam,barang pun mudah mmg ada kat rumah dah kan..
ReplyDeleteubat gigi tu , saya pernah buat dulu . memang merah bibir ...
ReplyDeleteNice tips tp petua letak madu tu mmg bgus dan berkesan :)
ReplyDeleteJom Terjah: ketahui sebab & kenapa trend Fesyen Lelaki semakin popular sekarang ni!
nice tips..
ReplyDeletebgs ni... ada yg kata lps berus gigi, berus skali bibir tu utk buang sel2 kulit mati...
ReplyDeletetq sharing dear... Kak Alycia guna lip mask produk Mary kay...
ReplyDelete