Sewaktu mula-mula mata melabuhkan pandangan pada laman web jualan atas talian "earphone" jenama Sudio ni, agak terbeliak biji mata, ok tak tipu jer! Agak terperanjat sedikit melihat harganya. Tapi hati yang benarnya dah jatuh cinta sangat-sangat dah pada "earphone" Sudio VASA Pink sepertimana yang anda dapat lihat pada gambar di atas. Harganya??? Gulpppp.. RM 315.00 untuk satu "earphone". Dalam hati terdetik, "earphone" apakah yang mahal sangat nih???
Al-maklumlah selama ni memang tak pernah langsung membeli "earphone" selain dari menggunakan "earphone" percuma yang di dalam pakej pembelian telefon bimbit. Apa yang ada di dalam pakej telefon bimbit itulah yang dipakai sampai lebam! Ha ha ha... Bersyukur dengan apa yang ada dan tak pernah meminta-minta yang lebih-lebih. Apa yang ada pakai jer... Bezanya kali ini, Farah sangat tertarik dengan "earphone" dari Sudio ni kan?
Jadi menggeletis pula nak mencuba. Geletis nak cuba "earphone" yer? Bukan geletis lain... Makanya, "gamble" jer lah melakukan pesanan. Pilihan Farah anda pun dah tengok. Ianya sepertimana yang dimaklumkan adalah Sudio VASA Pink. Haruslah merah jambu ok? Merah jambu kan sangat sinonim dengan Farah dan juga Bubblynotes.Com. Bagi yang sudah lama mengikuti Bubblynotes.Com dan Farah pasti tahu kaitan Farah, Bubblynotes.Com dan merah jambu. He he he...
Tapi??? Apa yang membuatkan ia eksklusif??? Bukan setakat anda, Farah pun tertanya-tanya pada mulanya. Tapi bila dah sampai ke tangan sendiri barangnya... Masa tu baru faham ok? Memang setimpallah dengan harganya.
"Earphone" itu sendiri adalah "gold plated" ataupun kita sebutkan disadur dengan emas. Di situ ada nilai keeksklusifannya yang tersendiri. Belum pernah lagi Farah secara peribadi memiliki "earphone" bersadurkan emas oiii... Iyalah dulu fikir sekadar "earphone" jer kan? Janji boleh dengar dan gunakan ketika memandu.
Setimpal juga dengan harganya, "earphone" ini didatangkan dengan sijil gerenti ataupun lebih kita kenali dengan "guarantee card" khusus untuk "earphone" ini. Pertama kali ok? Memiliki "earphone" yang ada sijil gerenti khusus untuknya sahaja. Apa lagi ek? Owhhh...
Ni haaa... Tampak lebih eksklusif bila disertakan juga "leather casing" khas untuk menyimpan "earphone" Sudio VASA Pink Farah dengan rapi agar tidak mudah rosak dan terjaga kebersihannya ketika tidak digunakan. Farah nampak satu perkara jer... Ha ha ha... Mudah nak cari kerana selama ni, "earphone" yang ada Farah dok lempar jer dalam beg tangan. Bila nak mencari meraba-raba. Dah ada yang ini mudahlah sebab ada tempat simpanan khas. Mudah nak simpan di tempat yang boleh diidentifikasikan. Muahahaha...
Sedikit sisipan yang dapat Farah kongsikan...
VASA - With a full feature 3-button remote and mic for Android and iOS. VASA is one of Sudio's premium models, to which a new generation 10,2mm driver has been developed. The new driver is Sudio best so far. The user is now able to hear every song, giving a unique unforgettable sound experience.
Jujurnya pengalaman sebagai pengguna, tak sia-sia Farah tunggu "shipping" berbulan oiii.... Hampir 2 bulan dan melalui pengalaman yang tersendiri kesan audio Sudio VASA memang mantap dan premium. Di saat anda letakkan di kedua-dua belah telinga anda, di saat muzik boleh membunyikan bunyinya... Anda boleh mendengar setiap inci instrumen muzik dengan jelas. Kualiti audionya adalah yang terbaik!
Sudah lama Farah tinggalkan zaman sumbat "earphone" di telinga untuk mendengar muzik di waktu malam sewaktu melayan mata nak tidur. Jika ada pun zaman "walkman" dan "discman" Farah dulu. Kini, nostalgia itu kembali. Bila dah mendengar melalui Sudio VASA ni, sayang nak tanggal dari telinga pula. Hu hu hu... Lagi satu?
Ini maklum balas dari rakan Farah sendiri ok. Bukan dibuat-buat. Bila memandu seharusnya mengutamakan keselamatan. Seeloknya dipasang "handsfree". Ia bukanlah sekadar "earphone" tetapi juga berfungsi sebagai "handsfree". Bezanya? Apa yang rakan Farah maklumkan, berbeza dengan "handsfree" biasa bila memandu akan terdengar bunyi desiran angin jika kita berkomunikasi melalui telefon. Tetapi yang ini? Jelas sejelas-jelasnya. Bunyi desiran angin tu hilang! Terbaiklah!!! Reka bentuk pun elegan... Mana tak rasa sayang dan berbaloi-baloi oiiii.... Tak rugilah kalau anda melabur untuk kepuasaan penggunaan maksimum yang sebenar.
Harga "luxury" untuk sebuah "earphone" tetapi berkadaran dengan apa yang diberi yang sebenarnya. Untuk anda yang mungkin juga telah mula terpaut, sehingga akhir November ini anda berpeluang untuk mendapatkan diskaun dengan setiap pembelian. Farah tak pasti sama ada ianya telah diaktifkan atau tidak tetapi anda bolehlah mencuba dengan memasukkan kod diskaun "bubblynotes".
Bukanlah hanya warna merah jambu untuk koleksi Sudio VASA ni. Ada banyak lagi warna lain untuk pilihan anda dan terdapat juga jenis "earphone" yang lain yang berharga di bawah RM 300.00 yang boleh anda lihat dan pilih. Kualitinya semestinya yang terbaik! Cubalah cuci mata dahulu. Untuk maklumat lanjut:
bestnya
ReplyDeleteCikMa Pink Lovers... kena belikan 1 utk dia. neway, nice entry
ReplyDeleteMesti best kalau ada benda ni...
ReplyDeleteperghh walaupun merahjambu tapi memang cantik dan elegan design dia. Arghhh khamis dah gaji ... arrghhhh hehe
ReplyDeleteMemang terbaik lah kak.. nak jugak
ReplyDeleteuih mahalnya harga earphone tu farah..nampaknya terpaksalah pakai yang dalam pakej handphone je..mampu tengok je
ReplyDeleteMacam best je,nak jugak Farah..ehehe.. ;)
ReplyDeletemahal nyer...tapi untuk kepuasan diri sekali sekala ape salah nyer kan? bukan utk org lain pun :)
ReplyDeleteouhhh pinkyyy ! smart gila ! terbaikkk !
ReplyDeletewaaa.... nak sambar seketul la since ade diskaun ni kann...
ReplyDeleteWahhhhh.. dh dpt pink dia. Siap leather case. Hey. Jeles ok!! Iols dah la minat pink. Nak jugakk.. ;((
ReplyDeletecomelnya warna pink..harga pulak tak berapa nak comel..hehe
ReplyDeleteko mampoo..haha, kalau bebetul nk yg terbaik kena la oder try test.
ReplyDeleteMahal tapi kualiti bagus kan..yang penting kaler Pink...
ReplyDeletekalau barang berkualiti tak kisah harga mahal sikit kan.. janji berbaloi dan kita puashati!
ReplyDeleteEarphones ni sangat berkualiti...Bgus juga utk mummy ni
ReplyDeleteComel..pink pulak tu..
ReplyDeletelawa ye kaler fink...puas hatilah dpt sbb berkualiti ni farah
ReplyDeleteMmg sgt berbaloi dgn harga. Sound best, earplugs selesa & design cantik sgt. I love my sudio vasa :-)
ReplyDeleteCantik betul earphone dia
ReplyDelete