Apa Nak Bagi Tahun Ni???

Farah Waheda Wahid
8

Ingatkan dok memikirkan benda-benda lain jer boleh jadi buntu... Ha ha ha... Rupa-rupanya memikir hadiah hari jadi untuk anak sendiri pun boleh jadi buntu... Dah berbulan-bulan dah lamanya dok memikir nak bagi hadiah apa pada anak manja Mommy nih untuk hari jadi yang ke 2 tahun pada 26 November 2015 ni nanti? Tapi masih tak dapat-dapat juga jawapan... 

Tahun lepas kolaborasi bersama atuk saudara Ash dah berikan dia ini... 


Baju??? Dah biasa sangat... "Boringggg..."... Muahahaha... Kek, makan-makan tu dah tentu lah... Itu wajib potong kek dan pergi makan-makan tu... Lokasi sambutan pada hujung minggu tu dah ada... Baru jer ada hari ni... Alhamdulillah, rezeki Ash... Bukan Mommy yang uruskan...Atas tajaan dan syukur sangat kerana ada yang sudi menaja walaupun lokasinya adalah sejengkal cuma. Bersyukurlah dengan apa yang ada... Tak perlu meminta-minta yang berlebih-lebih sangat. Takut-takut nanti terlupa rezeki yang ada... 

Untuk tahun ini... In Shaa Allah... Penginapan semalam dan juga pakej "hi-tea" serta bermandi-manda di taman tema air untuk Ash yang telah ditaja oleh sebuah syarikat hotel, "resort" dan taman tema terkemuka tanah air. Alhamdulillah, bukannya riak ataupun menunjuk-nunjuk yer? Sekadar berkongsi rasa syukur dan gembira kerana ada juga pihak yang sudi memberi tajaan untuk Ash bergembira. Mommy tumpang gembira jer lah. Ha ha ha... Sebab Mommy haruslah ada sama... Kalau tidak siapa yang nak bawa Ash? Kannn??? Ok kena pergi mencari baju renang Muslimah siap-siap nih... 

Teruja nak menggembirakan Ash...tapi masih buntu nak belikan hadiah apa untuk dia. Al-maklumlah...baru pengalaman 2 tahun menjadi seorang ibu... Tak pakar sangat dalam membeli hadiah istimewa untuk anak lagi... X-box? Playstation? Belum usia yang sesuai lagi... Kalau beli pun, Mommy yang beria main nanti... He he he... Tapi nak sesuatu yang lain dari yang lain lah kalau boleh. Nak fikir sesuatu yang lain dari yang lain tu yang payah... Muahahaha... 

Apa ek? Kot-kot sesiapa yang ada cadangan pula, manalah tahu kalau-kalau memang berpengalaman kan? Oopss ok... Ash dah nangis... Kena pergi tengok kenapa... Byeeee.... 

Post a Comment

8Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Da nak msuk 2 thn da ash...cptnya kan.pening juga nak bagi hadiah aps ya bab lya pun x da pglmn lgi ke arah tu

    ReplyDelete
  2. perghhhhhh,rejeki Ash! :d :d :d :d

    ReplyDelete
  3. Kalau Ash belum ada akaun tabung haji..boleh juga buka akaun mommy..

    ReplyDelete
  4. Wahhh seronok lah Ash :) Belikan basikal. Heheh :P

    ReplyDelete
  5. rezeki Ash ni. hihi, syukur Alhamdulillah

    ReplyDelete
  6. ritu sy beli kan my niece Sea Turtle LED Night Light Music special edition utk bday die.. rege pun x mahal sgt sis, bila nk tido je saya pasang :) suke sgt die bleh plak sampai x sabo nk tido XD slalu meragam je x nak tido

    ReplyDelete
  7. wah...bestnya birthday ash nnti main air ye...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !