Kalau ikut muka memang tak Korea langsung!!! Sebab mata tak sepet!!! Ahaksss... Tapi baju " I LOVE KOREA" gittchewss... Pemberian "uncle" Ash yang sudi membelikan serta memberikan buah tangan untuk Ash dari Korea. Asalnya Mommy pesan jer, memandangkan kalau nak tunggu kami berdua beranak jejak ke tanah Korea tak tau tahun ke bila kan? Memang tak merasalah Ash nak pakai baju dari Korea. Ihiksss, tapi rezeki Allah siapa yang tahu dan dapat rencanakan yer tak? In Shaa Allah...Amin...
Secara kebetulan, bila tiba baju tu di rumah, Ash baru jer lepas mandi. Macam biasa kalau Mommy balik dari mana-mana, "expectation" dia adalah Mommy bawakan sesuatu untuk dia. Alahaiii... Berlari dia mengejar mendapatkan Farah. Beri dia beg kertas yang mengandungi baju tu, terus dia selongkar. Dia nampak baju, dia teruja. Terus dia bentang atas "toto" yang memang dah sedia terbentang di atas permaidani di ruang tamu. Dengan keadaan yang tidak berbaju, bukan main becok lagi mulut dia... Dush dush dush...
Dapatkan dia, nak pakaikan baju dan lampin pakai buang. Nak siapkan dialah kononnya... Dah pakai lampin pakai buang, dah pakai segala bagai losyen dan minyak... Tiba masa untuk baju disarungkan... Dia geleng-geleng kepala dan sebut "No... No..."... Bermaksud dia tak nak baju tu. Sebaliknya dia tunjuk baju Korea tu. Alamak, tak basuh lagi sayang oiiii... Dia nak juga... Pujuk macam mana pun tak jalan. Tetap nak baju Korea tu juga. Teruja sungguh nih!!!
Dia sangat gembira bila kehendak dia dituruti. Baru baik demam ni memang lain macam sikit manja dan rengek-nya kannn? Dush dush dush... Kalau tak ikut, memang ada yang menangis sekuat-kuat alam ni. Jadi ikutkan sahajalah. Dia memang terus gembira bila baju Korea tu tersarung di badan. Suka jerrr.... Sambil menyanyi-nyanyi pula tu...Lagu apa? Farah tak tau... Selepas itu, setiap orang dalam rumah dia sapa, dia tegur... Sambil tunjuk-tunjuk baju dia tu. Kenalah puji...kalau tak nanti sentap! Ha ha ha, tapi baju tu memang cantik pun... Pandai "uncle" Ash pilih.
Mesej Ash pada "uncle" dia... Terima kasihlah banyak-banyak pada "uncle" tu sebab dah ceriakan dan gembirakan Ash. Semoga terus dimurahkan rezeki oleh Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan oleh Allah SWT. In Shaa Allah, Amin. Siapa "uncle" yang dimaksudkan tu? Sila rujuk SINI... :-P
Bagus ash..pandai menghargai pemberian orang..kemain posing..hehe..
ReplyDeletesalam singgah hujung minggu farah..wahh...ash dapat baju baru....baik hati uncle ash tu ya...siapa yang tak kenal dengan uncle ash...uncle ben ashaari..
ReplyDeleteComellaaa bajuuu
ReplyDeleteComei dia.. Alhamdulillah.
ReplyDelete