Wowww... "Defensive" Lah Dia Sekarang!!!

Farah Waheda Wahid
4
Sumber dari Google
Dahulunya ramai di kalangan rakan-rakan yang selalu memberikan kata positif bahawasanya ada sebab kenapa Allah kurniakan anugerah lelaki buat Farah. :-). Kata mereka, kerana anak lelaki inilah yang akan menjaga serta melindungi Farah. Owhhh, tolong jangan terlalu cepat membuat kesimpulan atau andaian bahawasanya Farah agak kecewa kerana tidak dikurniakan seorang puteri manis dan comel berbanding seorang putera kacak. 

Sejujurnya, Farah menerima apa sahaja yang Allah berikan kerana Allah sentiasa tahu apa yang terbaik untuk setiap hambaNya. Kelahiran Ash disambut dengan penuh rasa gembira dan syukur kepada Allah SWT yang tidak terhingga. Syukurlah dikurniakan seorang cahaya mata dari zuriat sendiri dan sempurna segala sifat serta sihat. Alhamdulillah. Dialah penyeri dan dialah penguat semangat serta penawar segalanya. 

Kata-kata mereka itu ada benarnya... Walaupun baru sahaja berusia 1 tahun 9 bulan tetapi dia telah menampakkan ciri-ciri serba sedikit bahawasanya dia bakal penjaga serta pelindung ibunya. In Shaa Allah, Amin. 


Itulah dia Iman Firash sejak kebelakangan ini. Bila lihat Mommy sapukan minyak pada tangan yang ada kalanya terasa bisa, bila lihat Mommy sapukan minyak pada kaki yang ada kalanya bisa pada waktu malam, dia akan datang mendekat dan mula menyapu-yapu dengan jari jemari comelnya secara elusan halus. Selepas itu akan berkata-kata dari bibir mungilnya... "Meee... Kittt... Kitt..Meee...". Jadinya bergenang air mata koooo... 

Itu satu bab... Semakin hari dia semakin "defensive" atau bersifat melindungi... Jika dia merasakan Mommy dia terancam, secara automatik dia akan memukul serta memarahi sesiapa yang berkenaan. Kemudian dipeluknya Farah dan dielus-elus lembut muka Farah dengan jari jemari comel dia. "Oh my... You are such a heart throb darling..."... Tacing tau tak? Tacing!!! Hu hu hu... 

Siapa tak terusik perasaan kalau begitu tindak balas seorang anak kecil yang baru nak mengenal dunia... Wowww anak Mommy "defensive" lah sekarang!!! Moga-moga berterusan hendaknya sampai Mommy dah berusia nanti yer dan berterusan sehingga ada zaujah yang perlu dijaga amanahnya serta dilindungi... In Shaa Allah, Amin... Mudah-mudahan... 

In Shaa Allah juga dengan sebaik mungkin, Mommy akan cuba mendidik Ash supaya Ash menjadi seorang pemimpin dan ketua yang baik buat keluarga Ash di masa akan datang... Impian Mommy (amboiii jauhnya impian)... Agar Ash menjadi lelaki yang sebenarnya yang dah tak ramai dah spesies itu di dunia nyata sekarang... Ahaksss... Melankolik sangatttt... 

Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Waaa bgusnye dia.. Insyallah one day dia akan jage umi dia tu.. Syg btl dia dkt umi dia ya .

    ReplyDelete
  2. Amin...amin..amin..moga ash jadi lelaki soleh yang limited edition.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !