"Wiper" Kereta Tersekat!!!

Farah Waheda Wahid
8

Cerita hujung minggu lepas baru teringat nak cerita hujung minggu ni. Hari Isnin hari tu dah ingat dah nak bercerita. Tapi entah macam mana boleh terlupa. Ha ha ha, tulah dah sakan sangat naik kapal terbang sampai semua benda terlupa tau tak? 

Macam tulah rupanya, "wiper" tu tersekat macam tu jer. Dah pasang tutup pasang tutup tak bergerak juga. Masa tu baru lepas singgah ke Guardian membeli losyen Ash. Selesai jer beli, nak bergerak ke rumah semula tiba-tiba sewaktu nak guna "wiper" disebabkan hari hujan terus tersekat macam tu. 

Panik ke? Taklah... Jujur tidak. Bukan berlagak, bukan ego yer tak nak mengaku panik. Tapi memang tak panik. Cuma terus paksa kotak pemikiran berfikir mana kedai aksesori kereta yang terdekat atau bengkel yang terdekat yang masih buka. Al-maklumlah waktu tu hari ambang Merdeka... Mungkin banyak bengkel dan kedai aksesori kereta yang dah tutup lebih awal. Iyalah nak sambut Merdeka kan??? 

Dalam hati cuma risau satu jer... Selasa pagi-pagi sebelum Subuh dah nak bergerak ke KLIA. Cuti Merdeka dah tentu-tentu banyak kedai atau bengkel tutup. Cuti umum kan? Apa cerita kalau "wiper" tu tersekat macam tu jer? Diakui ianya menganggu pemandangan ketika memandu. Pusing punya pusing jumpa satu kedai aksesori kereta. Terus jumpa dengan pekerja kedai tu dan suruh dia tengokkan apa yang tak kena. 


Punyalah gigih dia buka laci "dashboard" depan kereta tu. Nak periksa jika ada fius yang perlu diganti atau rosak. Dia cuba beberapa kali, dia ganti barangan baru, tapi tetap tak bergerak juga "wiper" tu. 


Dah puas dia godek-godek bahagian dalam laci "dashboard", dia godek pula bahagian enjin atau bonet hadapan kereta. Err... Bukan nak mengata dia ok? Tapi dalam hati tertanya-tanya juga sama ada dia tahu atau tidak. Buka itu buka ini, tetap tak boleh bergerak juga "wiper"... Penat dah mulut ni mengomel dan beritahu dia. "Apa kata "you" cuba ganti "wiper". "Maybe wiper" tu dah terlalu lama dan perlu diganti. Mungkin sudah kesat getahnya.

Dia buat dek jer...Langsung tak hiraukan apa yang Farah katakan. Huh... Ingat semua pemandu wanita tak tahu dan tak faham tentang kereta ke? Berbuihlah mulut kak long ni ha suruh dia cuba tukar "wiper" baru. Langsung tak diendahkan dan tak dihiraukan. Ok, "I is" sedih.... Ha ha ha... Tetap dia usaha nak geledah segala kotak fius yang ada. 

Bila dah tak boleh, terus dia tutup bonet hadapan kereta dan cakap pada Farah... Ini mungkin masalah "wiring"... Ok..."fine"... Farah terus minta dia tutup bonet hadapan kereta elok-elok dan suruh kemas balik laci di bahagian "dashboard". "Start" enjin kereta terus cari bengkel yang berdekatan rumah Farah. 

Sampai-sampai jer di bengkel terus mekanik kata, "wiper" tu kesat dan perlu diganti. Haaaa.... Kan dah kata tadi. Tak percaya. Errr...sebenarnya dia tahu ke tak? Maksud Farah pekerja di kedai aksesori kereta tadi? 


Terus "wiper" kereta Farah ditogelkan dan mekanik tu tanya... ""You" mau yang baik punya ke? Atau yang biasa punya?"... Malas nak fikir panjang-panjang dah sebab hari pun dah petang sangat dan senja bakal menjelang, dahlah bawa anak kecil yer tak? Terus jawab... ""I" mau yang baik punya..."... 


Selesai ganti, selesai bayar, selesailah masalah. Ngeee... Makanya bergeraklah kami berdua beranak pulang ke rumah dengan sesegera mungkin kerana Abah Ash nak jumpa Ash. Dah rindu sangat pada Ash katanya. Iyalah, jarang-jarang jumpa kannn? Mestilah kedua-duanya tak sabar nak berjumpa. Ash kalau bab nampak muka Abah memanglah dia orang yang paling teruja sangat. 

Setahu Farahlah, memang mungkin terjadi masalah "wiring" jika "wiper" tersekat dan setelah dipasang tutup dipasang tutup masih tersekat berkemungkinan "wiring" bermasalah. Cuma kebarangkalian tu berlaku sangat jarang kot? Farah sendiri tak pernah mengalami masalah "wiring" seperti yang dikatakan oleh pekerja kedai aksesori itu. Hurmmm... 

Sebenarnya memang dah bajet yang "wiper" tu getahnya dah terlalu keras dan kesat. Ianya memang dah patut sangat gantu baru. Tapi kenapalah pekerja kedai aksesori itu tak nak cuba menggantikan "wiper" tu kepada "wiper" baru? Walhal, banyak jer tergantung-gantung"wiper" di kedai dia tu. Agagaga... 

Tak apalah mungkin dia benar-benar tak tahu... Makanya, bagi yang membaca entri ini, kalau "wiper" anda tersekat... Jangan cepat buat kesimpulan ianya masalah "wiring" yer? Cuba ganti "wiper" dulu tengok macam mana... ;-)

Post a Comment

8Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. ma sya Allah..apa salahnya try tukar wiper dulu sebelum tengok yang lain..ye tak..ermm...Allah..kalau mummy wiper kereta PC pulak break pad motor..suami hantar ke bengkel bagi tau break pad dah tak cengkam..tak tahu apa yang dibuatnya..bila bawa motor jadi berat dan berasap.... ;((

    ReplyDelete
  2. dia dh buka mcm2 tu dia caj ke x? haih apelah..bajet tahu sgt lah kan.xnk kalah dpn pmpuan..ego.

    ReplyDelete
  3. dugaan :) sabar kak. mayb ad hikmahnye :)

    #jenjalan sini, jemputlaa ke blog saya nanti yea :D

    ReplyDelete
  4. macam-macam ragam orang sekarang, buat pandai je...sabar ye kak...dugaan

    ReplyDelete
  5. takpela kaka..asalkn wiper dah betul..so perjalanan berjalan dengan lancar

    ReplyDelete
  6. Dia saja cari sebab nak kebas duit poket kita la tuh... Sbb tu godek juga tuh... Sbb kita pmpuan kan... Faham benar dah bengkel kereta jenis tuh...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !