Trik Beras Bagi Menyelamatkan Lensa Kamera Telefon Pintar Anda Dari Wap Air...

Farah Waheda Wahid
14
Denggg... Masa nilah semangat terus jadi membuak-buak nak berusaha gigih untuk mengumpul dana untuk mendapatkan telefon pintar Sony Xperia Z3 yang mampu "survive" dengan jayanya di dalam air. Ha ha ha... Tak perlu risau dan tak perlu cemas bila telefon terendam dalam air. Malang tidak berbau, tetapi malang tu sendiri yang cari penyakit. 

Al-kisahnya semalam... Lenovo S60a "I is" terjatuh ke dalam lubang tandas secara terlepas tangan dari genggaman. Bila jadi tu, sepantas kilat tarik telefon pintar tu dari lubang tandas. Masa tu... Dah terendam separuh dah. Bahagian atas yang ada kamera. Dush dush dush... Padan muka... Suka sangat bawa telefon pintar ke tandas walau nak mandi punnn... Bha ha ha... Ni pun tak serik lagi ni "chuolls"... Bawa juga lagi... Memang mengundang betullah... Ihiksss... 

Bila dah jadi macam tu... Terus matikan telefon pintar. Keluar dari tandas (tak jadi mandi...ahaksss)... Cari pin untuk buka kad sim dan ketuk-ketuk manja untuk keluarkan air. Masa tu tak perasan lagi tuh. Muahahaha... Perasannya dah malam semasa kekonon nak mengambil gambar produk untuk kerja-kerja blog. Bila buka aplikasi kamera... Nampak kabur jer dan tak "sharp" seperti selalu. Macam berkabus. Erkkk...kenapa nih? Rupa-rupanya... 


Beginilah nasib diriku yang malang...Oh Tuhan... Gitchewsss... Sampai menyanyi Farah... Hati sudah manyak susah ooo... Dahlah bau kedai tak habis lagi... #ehhh bukan bau kedai dari poket sendiri... Bau kedai hadiah dari orang...Seperti penampakkan imej dari gambar di atas... Ada wap air dalam ruang lensa kamera belakang... Uji uji..  Kamera depan cantik lagi... Muahahaha... Macam mana nak lap wap air kat bahagian dalam tu? Memang payah sebab "built in" semua kannn??? Adoiii masak... 

Tenang-tenang jangan panik... Mesti ada jalan penyelesaian... Google kan ado? Dalam menyelesaikan apa-apa masalah jangan menggelabah... Bawa-bawa bertenang, walaupun hakikatnya di dalam kepala dah ligat berfikir kemungkinan yang ianya terpaksa dihantar ke pusat servis. Padan muka sekali lagi!!! 

Google punya Google punya Google... Bingo! Jumpa satu kaedah untuk menyelamatkan lensa kamera yang telah dipenuhi oleh wap air itu. Tanpa perlu mengeluarkan duit ataupun menghantar ke pusat servis. 


Beras "chuollss"... Yer beras yang belum dimasak yang ada di dapur kita tu... Tak sangka beras banyak kegunaannya... Ohsem!!! Nak buat macam mana? 


Bukan rendam macam ini. Mula-mula, keluarkan semua kad sim dan juga kad memori. Matikan telefon pintar anda. Masukkan beras ke dalam bekas kedap udara dan masukkan telefon pintar anda ke dalam beras di dalam bekas kedap udara tersebut... Pastikan telefon pintar itu terendam yer? Ditutupi oleh semua beras. Kemudian tutupkan seperti gambar di bawah. 


Biarkan semalaman. Ha ha ha... Macam perap bahan masakan jer dah. Dalam hati tawakal jer tu sebenarnya. Moga-moga ok lah hendaknya. Risau pun ado. Makanya, tidurlah Farah tanpa bertemankan telefon pintar semalam. Bangun-bangun pagi... 


Alhamdulillah...Yeayyyy!!!! Sudah kembali seperti sediakala... Perlahan-lahan dengan lafaz Bismillahirahmanirahim, buka telefon pintar tu... Dan kemudiannya terus cuba aplikasi kamera...Dan hasilnya??? 


Tadaaa... Gambar yang dirakamkan kembali seperti sediakala... Kualitinya tetap baik dan tiada lagi wap air di lensa kamera? Kenapa? Dan apakah penjelasan saintifiknya? Menurut rujukan Farah di Google di SINI...

The rice acts as a desiccant, a substance that induces a state of dryness in the nearby vicinity.

Oleh yang demikian, lain kali jika ada sesiapa yang mengalami masalah wap air di dalam lensa kamera tak kira telefon pintar ataupun apa sahaja iaitu kamera. Cubalah gunakan kaedah ini yer? Jangan fikir nak beli yang baru sahaja. Ihiksss... 

Legaaa... Masalah selesai... Syukran Allah... 

Post a Comment

14Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. saya pun pernah jadi macam ni..tapi tak la jatuh dalam tandas..tapi kena hujan..buka semua bateri rtu lepas tu terus masuk kan dalam beras..sehari semalam jugak la nak tunggu..memang menjadi..

    ReplyDelete
  2. paling frust bila camera phone dah calar ;-(

    ReplyDelete
  3. ahaaa! baru tauuuuu hehe. Next time kalau terjadi ...tau dah nak buat apa hehe tq dear ;)

    ReplyDelete
  4. Follow sini. Nice tips. Nak simpan sebagai panduan kelak. Terima kasih farah

    ReplyDelete
  5. pernah dengar juga petua ni..terbaik!

    ReplyDelete
  6. wah..
    menjadi rupanyer..
    ingatkan cerita dongeng.
    hehehe

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah syukur.terima kasih share ni.kita tak jangka sesuatu nk berlakukan..

    ReplyDelete
  8. waaahhh... info best nih..tq dear!

    ReplyDelete
  9. nasib masih selamat...KG punya henpon dulu minum oren terus mati lemas.....arghhh...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !