Tanda Dan Penyelesaian Anak Gagap...

Farah Waheda Wahid
8
Sumber dari Google
Bila lihat kanak-kanak mengulang suku kata yang sama beberapa kali dan macam susah jer nak bertutur, terbit rasa kasihan dalam hati Farah ni. Gigih Farah lihat kanak-kanak yang gagap tersebut cuba melancarkan perkataan yang ingin dia keluarkan. Payah benar kelihatan kanak-kanak tu untuk menghabiskan perkataannya. Hurmm... yang Farah pernah dengar, gagap ni boleh terbawa-bawa sehingga dewasa. Paling kasihan bila menjadi bahan ejekan rakan-rakan sebaya dan bahan marah ibu bapa  mereka sendiri. :-(... 

Melalui satu artikel yang Farah pernah baca, masalah gagap biasanya terjadi pada kanak-kanak di bawah usia 3 tahun. Memang tidak mudah untuk membezakan antara anak yang mengalami gagap dan anak yang sedang belajar untuk bertutur. Tapiiii, sebenarnya perkara ini boleh dikenal pasti sekiranya ibu bapa itu sendiri mengetahui tanda-tanda anak gagap dan setelah mengetahui, In Shaa Allah, ibu bapa boleh berusaha dengan sebaik mungkin untuk menghilangkan gagap anak. 

Menurut satu artikel di SINI pula...Sebenarnya kanak-kanak sendiri sering ragu-ragu di dalam mengucapkan sesuatu kata-kata sehingga dia selalu mengulang-ulang sesebuah perkataan. Ada ibu bapa yang akan mudah menjadi cemas kerana takut anaknya menjadi gagap. Hakikatnya, kanak-kanak itu cuma ragu-ragu untuk mengucapkan perkataan atau mengulang suku kata pertama sesebuah perkataan. Perkara tu sebenarnya biasa sebab kanak-kanak sedang mengalami "disfluency" (ketidakfasihan) dan itu adalah sesuatu yang normal dialami oleh sebahagian besar dari kanak-kanak apabila mereka belajar untuk bertutur. Ketidakfasihan seperti itu selalu terjadi kepada kanak-kanak di usia 1-5 tahun dan ianya datang dan pergi. 

Jadiiii, jangan terlalu panik dan rungsing kerana ketidakfasihan akan hilang selama beberapa minggu dan kemudian datang kembali. Ketidakfasihan ini akan terus terjadi sehingga kanak-kanak berusia 3 tahun. Ok... bahagian yang satu lagi, meskipun ketidakfasihan ini terjadi kepada kanak-kanak yang sedang belajar bertutur, tetapi tidak semua kanak-kanak akan sembuh dari ketidakfasihan ini. Jika hal itu yang terjadi, maka kanak-kanak akan menjadi gagap. 

TANDA-TANDA GAGAP

Sumber dari Google
  • Apabila kanak-kanak mengulang sesebuah kata lebih dari dua kali. Contohnya "se-se-se-se-se-seperti ini".
  • Mulut dan wajahnya kelihatan seperti tegang semasa mengucapkan sesuatu perkataan.
  • Kanak-kanak kelihatan sangat susah atau perit sangat untuk mengucapkan sesuatu perkataan.
  • Pola titik nada suara pada anak yang gagap akan meningkat semasa pengulangkan suku kata.
  • Pengucapan jadi tersekat atau tidak adanya aliran udara atau suara selama beberapa detik.
Jika ketidakfasihan selalu berlaku, maka kanak-kanak itu termasuk di dalam kategori gagap ringan. Dikatakan gagap berat apabila ketidakfasihan itu mencapai lebih dari 10% pengucapannya. Semasa seseorang kanak-kanak berusaha mengatakan sesuatu pada anda dan mulai tergagap-gagap, sepatutnya sebagai ibu bapa, apa yang perlu dilakukan untuk mengatasinya adalah:

BERTENANG & JANGAN BETULKAN
Bersikap tenang dan memperlahankan gaya pengucapan anda, ianya akan jauh lebih membantu kanak-kanak daripada anda menyuruhnya memperlahankan pengucapannya. Jika reaksi anda terlalu berlebihan, ianya akan membuatkan kanak-kanak berasa kecewa dan tidak sabar sehingga memburukkan lagi keadaan gagapnya. Jangan betulkan sewaktu dia sedang berusaha untuk bertutur, biarkan sebab dari sudut psikologi, tidak mahu kanak-kanak terganggu atau kecewa sekaligus merasa malu. 

JANGAN MENGHINA ATAU MENGEJEK
Sebagai orang yang lebih dewasa dan sebagai ibu bapa seharusnya kenalah jadi lebih matang. Ibu bapa sendiri tidak boleh menghina atau mengejek-ejek anak-anak yang gagap. Selain dari itu, ibu bapa WAJIB pastikan anak-anak yang lain di dalam keluarga tidak menganggap kegagapan adik beradik mereka sebagai lucu atau mengejek kegagapan itu. Sebab...memang memberikan kesan kepada perasaan dan psikologi kanak-kanak yang gagap itu tau.

KONSULTANSI PAKAR
Bila kegagapan seseorang kanak-kanak itu berlarutan sehingga lebih dari 6 bulan dan kelihatan cukup berat dan semakin teruk, anda sebagai ibu bapa perlu membawa kanak-kanak tersebut ke terapi pertuturan untuk mendapatkan evaluasi dan terapi yang betul serta tepat. Menurut doktor pakar, peluang berjayanya menghilangkan gagap akan lebih tinggi bila kanak-kanak yang mengalami gagap memulakan terapi mereka di antara usia 2 sehingga ke 5 tahun. 

JANGAN MEMBERIKAN PERTANYAAN SEKALIGUS KEPADA KANAK-KANAK
Bercakap dengan santai supaya kanak-kanak juga merasa santai, gunakan bahasa tubuh dan eksperesi wajah yang tepat dan curahkan perhatian khusus untuk kanak-kanak tersebut. Terimalah kanak-kanak tersebut seadanya termasuk kegagapannya. Kalau bukan ibu bapa yang akan membantu untuk mengatasi kegagapan mereka siapa lagi kan? Berikan motivasi dan semangat yang berterusan tanpa pernah jemu walaupun anda sebagai ibu bapa sudah tahu tanda-tanda bahawa anak itu mengalami masalah gagap.

Orang dulu-dulu pernah mengatakan, jangan berikan kanak-kanak makan pulut nanti gagap... Rasanya rata-rata orang-orang veteran masih percaya kepada perkara ini. Sejauh mana kebenarannya... Wallahualam... Tapi kannn, Nek Ma Ash memang percaya kot pantang larang ni, sebab sehingga kini Ash sekalipun tak pernah makan pulut. Errr...Farah memang seorang yang jarang berpulut ni walaupun makan...Tak tau kenapa, tetapi memang sangat jarang Farah makan pulut... Itu kepercayaan orang dulu-dulu... Sekarang ni rasanya kuranglah juga orang nak mengikut pantang larang ni kan? 

Apa-apa dapatkan khidmat pakar dan konsultansi yang terbaik untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh anak-anak yang gagap yer... In Shaa Allah, dengan izin Allah, segala masalah mungkin dapat diatasi dengan jayanya...Yang penting kita berusaha sebaik mungkin dan tawakal pada Allah SWT.... 

Post a Comment

8Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Farah..abang kandung kita sampai sekarang ada masalah ini. Kerap juga terjadi.

    ReplyDelete
  2. sy ad pgalaman sorang ahli family gagap,..tp makin bsar makin elok

    follow me ya!

    ReplyDelete
  3. kena rajin belajar bertutur dengan betul..InshaAllah boleh :) good tips kak!

    ReplyDelete
  4. ermmm kalau arwah nenek PC tengok cucunya gagap..masa budak tu tengah sebut perkataan..tergagap...gagap...datang baca selawat tepuk belakan atau bahu dia..slow slow..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !