Sindrom RINDU Ibu-Ibu Bila Bayi Anda Sudah Besar...

Farah Waheda Wahid
7

Jika dulunya lembik jer dan perlu dipangku serta didukung dengan penuh berhati-hati, kini sebelah tangan pun dah boleh dukung dahhh... Jika dulu tak ada aksi kejar mengejar sangat kecuali kalau dia menyulur atau merangkak ke arah kawasan yang berbahaya, kini nak beri makan pun main kejar-kejar. Ha ha ha... Macam yang Farah selalu katakan, waktu itu pantas berlalu dan anak-anak kecil memang cepat membesar. Kan? 


Tau-tau jer nanti dah bujang dah... Ahaksss... Bila adakalanya duduk bersendirian dan kadang-kadang bila duduk di khalayak umum pun mak-mak ni boleh jadi melankolika memikirkan "moments" indah bersama anak-anak sewaktu baru sahaja dilahirkan... Saat-saat indah di tahun-tahun awal kelahiran mereka. Tipulah kalau Farah kata Farah tak terlibat sama dalam situasi ini kan? Rasanya semua mak-mak pun sama... Kenang-mengenang tentang anak ni memang salah-satu aktiviti jiwa-jiwa mak-mak.

Bila anak anda menyambut ulangtahun kelahiran yang pertamanya, anda akan terasa waktu begitu cepat berlalu. Anak yang anda baru saja lahirkan sudah semakin bijak dan pintar. Setiap perkembangannya berlaku mengikut masa yang betul dan sangat pantas. Tiba-tiba anda merasa sesuatu kehilangan. Tiada lagi bayi kecil yang lembik dalam dakapan anda. Jeng jeng jeng....

Sebagai ibu yang mengandungkan anak selama 9 bulan, bertarung nyawa melahirkan, tentu tentu emosional sangatttt kannn? Sebahagian detik perjalanan seorang yang bergelar ibu biasalah... Inilah sindrom RINDU ibu-ibu bila bayi anda sudah besar...

Apakah antara perkara yang mungkin dirindukan oleh si ibu? Jom lihat apa kata artikel INI

  • Anda akan merindui suara tangisan bayi baru lahir yang kedengaran 'bising' tetapi sangat membahagiakan.
  • Anda akan rindu bunyi suara suku kata yang hanya boleh dibuat oleh bayi baru lahir.
  • Anda akan rindu bau harum kepala bayi baru lahir selepas mandi. 
  • Anda akan rindu cara bayi menggesel-gesel pipi lembutnya ke leher ibu, kemudian menyandar manja di dada ibu. 
  • Anda akan rindu jari kecil yang akan menggengam erat jari ibu.
  • Anda akan rindu tangan kecil yang menepuk lembut belakang bahu ibh setiap kali didukung seolah-olah hendak memberitahu "Saya sayang ibu."
  • Anda akan rindu tangan comel yang menggapai ke arah ibu kerana tahu di situ dia beroleh ketenangan dan keselesaan. 
  • Anda akan rindu mata bayi yang bersinar gembira setiap kali melihat kelibat ibu di depannya. Baginya ibulah segalanya! 
  • Anda akan rindu gaya si comel memusingkan kepala setiap kali mendengar suara ibu.
  • Anda akan rindu apabila mulut kecil mencari-cari puting untuk menyusu. 
  • Anda akan rindu menatap mata layunya yang mengantuk dan ibu menjadi orang terakhir yang ingin ditatap sebelum tertidur lena.
  • Anda akan rindu melihat wajah tenang dan damainya tidur lena. 
  • Anda akan rindu gelak manja spontan si kecil yang tak mungkin akan berulang lagi. 
  • Anda akan rindu suara bayi bercakap dalam bahasanya yang kedengaran lunak di telinga ibu. 
  • Anda akan rindu cara si kecil belajar bertatih dan keterujaannya untuk belajar berjalan.
  • Anda akan rindu indahnya perasaan menjadi orang yang paling dipercayai apabila bayi selesa duduk dalam pelukan ibu. 
  • Mendakap bayi baru lagir dalam pelukan ibu adalah satu kenangan terindah bagi seorang ibu yang tidak mungkin berulang lagi apabila si kecil sudah masuk fasa kedua kehidupannya. 


Ada yang dah mula rindukan anak anda bila membaca entri ini? Heee... Farah memang sentiasa rindu jerrr... Mujurlah kerinduan itu terubat dengan koleksi video-video Ash sewaktu kecil. Manja-manja musyuk Mommy nih... Sekarang dah ligat berlari dan bertutur bahasa Jerman dah... Dah nak cecah usia 2 tahun dah... Alhamdulillah, syukran Ya Allah di atas anugerahMu yang tidak terhingga ini... "I couldn't ask for more because he is the whole happiness of mine!"... ;-)

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. assalamualaikum,

    same with me sis, walaupun anyssa baru je 5 bulan... tp rindu nak peluk dia mcm time baru lahir. bau baby yang lemak2 tu.... miss that moment

    ReplyDelete
  2. YES!! rindu bau harum kepala bayi baru lahir selepas mandi dan juga peluhnya. Rasa nak geget2, nak gomol2, nak semuanya lah.

    ReplyDelete
  3. huhuhhuu u buat ai rindu kat anak ai kat umah

    ReplyDelete
  4. Sindrom biasa tapi bila dah tua macam kakak dah takut pulak nak pregnant lagi. Anak bukan dah besar aje dah remaja dah.. Kalau Farah tak serik nak lagi apa salahnya dptkan consult dari doktor..

    ReplyDelete
  5. hahah...sebab tu saya suka rakam gelagat dan aksi anak2..anak saya walaupun dah umur 8 tahun tapi sampai sekarang boleh kata kerap la kami tengok video2 lama dia dulu..rindu sangt..tak jemu tengok..

    ReplyDelete
  6. Allahu..nak rasa juga pengalaman begini.amin..sekarang ash dah pandai ajuk mummy kan..kan..

    ReplyDelete
  7. Fuyooo ligat berlari tu ok cik lya faham..tapi bab bertutur bahasa jerman tu cik lya tak reti laa Ash..nnt boley belajar hahaha...nah bahasa jerman sudahh..biasa laa knk2 bd nk berckp ..kekadang jerman kekdg portugis hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !