Bila anak anda menyambut ulangtahun kelahiran yang pertamanya, anda akan terasa waktu begitu cepat berlalu. Anak yang anda baru saja lahirkan sudah semakin bijak dan pintar. Setiap perkembangannya berlaku mengikut masa yang betul dan sangat pantas. Tiba-tiba anda merasa sesuatu kehilangan. Tiada lagi bayi kecil yang lembik dalam dakapan anda. Jeng jeng jeng....
Sebagai ibu yang mengandungkan anak selama 9 bulan, bertarung nyawa melahirkan, tentu tentu emosional sangatttt kannn? Sebahagian detik perjalanan seorang yang bergelar ibu biasalah... Inilah sindrom RINDU ibu-ibu bila bayi anda sudah besar...
Apakah antara perkara yang mungkin dirindukan oleh si ibu? Jom lihat apa kata artikel INI
- Anda akan merindui suara tangisan bayi baru lahir yang kedengaran 'bising' tetapi sangat membahagiakan.
- Anda akan rindu bunyi suara suku kata yang hanya boleh dibuat oleh bayi baru lahir.
- Anda akan rindu bau harum kepala bayi baru lahir selepas mandi.
- Anda akan rindu cara bayi menggesel-gesel pipi lembutnya ke leher ibu, kemudian menyandar manja di dada ibu.
- Anda akan rindu jari kecil yang akan menggengam erat jari ibu.
- Anda akan rindu tangan kecil yang menepuk lembut belakang bahu ibh setiap kali didukung seolah-olah hendak memberitahu "Saya sayang ibu."
- Anda akan rindu tangan comel yang menggapai ke arah ibu kerana tahu di situ dia beroleh ketenangan dan keselesaan.
- Anda akan rindu mata bayi yang bersinar gembira setiap kali melihat kelibat ibu di depannya. Baginya ibulah segalanya!
- Anda akan rindu gaya si comel memusingkan kepala setiap kali mendengar suara ibu.
- Anda akan rindu apabila mulut kecil mencari-cari puting untuk menyusu.
- Anda akan rindu menatap mata layunya yang mengantuk dan ibu menjadi orang terakhir yang ingin ditatap sebelum tertidur lena.
- Anda akan rindu melihat wajah tenang dan damainya tidur lena.
- Anda akan rindu gelak manja spontan si kecil yang tak mungkin akan berulang lagi.
- Anda akan rindu suara bayi bercakap dalam bahasanya yang kedengaran lunak di telinga ibu.
- Anda akan rindu cara si kecil belajar bertatih dan keterujaannya untuk belajar berjalan.
- Anda akan rindu indahnya perasaan menjadi orang yang paling dipercayai apabila bayi selesa duduk dalam pelukan ibu.
- Mendakap bayi baru lagir dalam pelukan ibu adalah satu kenangan terindah bagi seorang ibu yang tidak mungkin berulang lagi apabila si kecil sudah masuk fasa kedua kehidupannya.
assalamualaikum,
ReplyDeletesame with me sis, walaupun anyssa baru je 5 bulan... tp rindu nak peluk dia mcm time baru lahir. bau baby yang lemak2 tu.... miss that moment
YES!! rindu bau harum kepala bayi baru lahir selepas mandi dan juga peluhnya. Rasa nak geget2, nak gomol2, nak semuanya lah.
ReplyDeletehuhuhhuu u buat ai rindu kat anak ai kat umah
ReplyDeleteSindrom biasa tapi bila dah tua macam kakak dah takut pulak nak pregnant lagi. Anak bukan dah besar aje dah remaja dah.. Kalau Farah tak serik nak lagi apa salahnya dptkan consult dari doktor..
ReplyDeletehahah...sebab tu saya suka rakam gelagat dan aksi anak2..anak saya walaupun dah umur 8 tahun tapi sampai sekarang boleh kata kerap la kami tengok video2 lama dia dulu..rindu sangt..tak jemu tengok..
ReplyDeleteAllahu..nak rasa juga pengalaman begini.amin..sekarang ash dah pandai ajuk mummy kan..kan..
ReplyDeleteFuyooo ligat berlari tu ok cik lya faham..tapi bab bertutur bahasa jerman tu cik lya tak reti laa Ash..nnt boley belajar hahaha...nah bahasa jerman sudahh..biasa laa knk2 bd nk berckp ..kekadang jerman kekdg portugis hehe
ReplyDelete