Ketam ni memang size XL. Puas hati tengok dan puas hati juga makan. Harga sekilo RM 28.00 beli 4 ekor jadinya RM 33.00. Dah selamat masak Kari Ketam Tanpa Santan dah. "All time favourite" Farah. Untuk Ash Farah masakkan Sup Ketam. Memang puas hati makan dan isinya memang padat serta manis. Kalau tak pasti macam mana nak membeli ketam yang elok serta segar, bolehlah rujuk entri lama Farah yang bertajuk Bagaimana Memilih & Membeli Ketam Segar...
Ikan Bawal Putih berharga RM 33.00 sekilo. Beli 3 ekor bersamaan RM 17.00. Dalam banyak-banyak jenis Ikan Bawal, Farah cuma sukakan Ikan Bawal Putih sahaja berbanding Ikan Bawal Hitam atau Emas. Sebab isinya licin berbanding Ikan Bawal Hitam atau Emas yang kesat. Belikan untuk Ash. Ash suka Ikan Bawal Masak Masam Manis. Kalau masakkan untuk Ash seekor sekali masak makanya boleh jadi 3 kali masak.
Udang harganya berbeza mengikut saiz juga. Udang laut bukan udang bela. Ada yang RM36.00 sekilo, ada yang RM 56.00 sekilo. Ikutlah kan anda pilih yang mana. Bila nampak udang terbayang Sambal Udang. He he he...
Sotong tu yang benarnya saiznya sehasta lengan. Besar kannn??? Masih segar dan masih keras. Tak beli pun. Sajaaa...ambil gambar. Yang menariknya, terdapat banyak jenis sayur kampung dengan harga yang sangat murah. 3 ikat RM 5.00. Seikat tu ada 2 cekak, boleh jadi 2 kali masakan. Kalau kat kedai runcit tu memang tak dapat macam tu. Pasar raya pun takkan dapat.
Bagi Farah dan Nek Ma Ash memang puas jika berbelanja di Pasar Basah Pasir Penambang, Kuala Selangor. Macam-macam ada dan sememang segar-segar. Owh, ayam sekilo harganya RM 8.00 di sana. Lagipun pasarnya memang bersih dan tak adalah terlalu lecah. Siapa yang pernah pergi ke Pasar Basah Pasir Penambang tahu ler ....
Sepagi di Pasar Basah Pasir Penambang, Kuala Selangor ...macam-macam jenis makanan laut Ash nampak dan belajar... Ha ha ha... Menambah ilmu pengetahuan dan meluaskan pemandangan katanya. Bagi dia kenal jenis-jenis makanan laut... Dia pun teruja dan diam jer tengok orang ramai di pasar, jadi becok bila nampak ikan, ketam dan udang... ;-),
saya terkejut baca satu kilogram ikan merah tuh RM23 sekilo..kat tempat saya bole dikatakan murah lagi walupon harga dah naik ...selamat makan tengah hari ........ ^^
ReplyDeletekalau akak pulak,bila balik kampung di mersing,mesti pergi jeti tunggu boat datang,beli ikan fresh.harga pun masih murah lagi klu kat jeti tu..
ReplyDeleteboleh tahan mahal harga dia ,, maybe saya kwsn kpg nelayan so harga mmg beza murah ^_^
ReplyDelete*jemput singgah http://zianaeunos.blogspot.com
sakan beli lauk pauk kak..stok seminggu terus yer..
ReplyDeletesegar segarnyaaa. Fiza kalo g pasar pun jadi geram nak beli semua, heee
ReplyDeleteAnak soleheh inilah dia..
ReplyDeleteMenggembirakan mak-ayah satu yg tak ternilai Farah
Tak rugi, dpt makan sea-food yg fresh, dpt jenjalan, dpt gembirakan mak-ayah lagi.
Geram kakak tengok semuanya nampak fresh.
tadi dah geram kat FB.ni geram kat sini plak..adikkkkk...moh la bawak akak plak....geram dah ni....
ReplyDeletesiam punya atau tempatan punya?
ReplyDeleteMurah lagi harga ni. Sy baru pegi smlm dh naik rm28 dgn rm30 sekilo ikan merah. Agakny sbb smlm hujan jadi ikan mahal. Ribut mungkin nelayan Susah ke laut.
ReplyDelete