Rasa-rasanya macam baru lagi umat Islam menyambut Aidilfitri... Ingatan sambutan Aidilfitri tu masih tak luput lagi di ingatan... Ha ha ha... Tak sempat habis berawang-awangan memori Aidilfitri dah muncul pula AidilAdha... Salam AidilAdha 1436H semua.
Sumber dari Google |
Untuk AidilAdha kebiasaannya, Farah tak adalah beria sangat memasak. Cuma bersederhana. Macam tahun-tahun lepas, tahun ni pun sama jer... Ketupat segera, rendang ayam ataupun daging dan kuah kacang. Masak pun tak banyak bersederhana juga. Nanti masak banyak-banyak tak habis... Membazir... Membazir itu kan amalan syaitannn...
Apa jer aktiviti Farah di AidilAdha? Bergantunglah... Tengok pada keadaan... Nak bawa Ash tengok upacara korban, macam dia masih kecil sangat... Sebenarnya boleh jer... Tapi cam tak sanggup pula nak beri Ash tengok lembu dan kambing terkorban depan mata lagi... Tunggulah dia besar-besar sikit...
Habis-habis tinggi, berjalanlah kita ke Puchong... Mana tau kalau-kalau Tuk Long Ash buat korban lagi tahun ni kannn??? ;-). He he he... Yang sinonimnya... Stok daging korban akan memenuhi ruangan peti sejuk beku kannn??? Lepas ni musim masak berasaskan daginglah kita semua... Mulalah satu hari masak kari, satu hari gulai kawah, satu hari lemak cili api, satu hari masak kicap, satu hari masak merah... Lepas tu? Pening pusing-pusing nak masak apa lagi... Daging goreng kegemaran Farah!
AidilAdha... Seronok-seronok juga... Tapi ingatan buat diri sendiri dan semua, jangan lupa untuk menghayati erti pengorbanan dan juga menghayati keikhlasan dalam pengorbanan... ;-)... Pengorbanan itu besar maknanya dan luas perspektifnya...
salam aidiladha kak farah..i am going back to hometown..ehhe
ReplyDeletetak buat baju raya baru kak farah?
ReplyDeleteSalam Aidiladha 1436H :)
ReplyDeleteSalam idul adha farah
ReplyDeleteSalam singgah petang farah...salam aidiladha dan maaf zahir batin...
ReplyDelete