Sabtu Di JKids Malaysia Playground & Kids Party, Tropicana City Mall...

Farah Waheda Wahid
5

Ada kelapangan, ada masa, ada kesempatan sebelum Farah sibuk dengan urusan yang perlu diselesaikan, Farah memang akan luangkan masa yang ada dengan sebaik mungkin atau sebaik yang boleh untuk Ash. Macam ibu bapa lain juga? "Bonding time" bersama anak kaedahnya. Menggembirakan anak itu memang salah satu perkara yang paling Farah suka!!! Mana ada ibu bapa yang tidak suka untuk menggembirakan anak kannn??? 

Destinasi kami kali ini adalah buat kedua kalinya ke JKids Malaysia Playground & Kids Party, Tropicana City Mall. Pertama kali dulu, pernah Farah kongsikan di dalam entri JKids Malaysia Playground & Kids Party, Tropicana City Mall. Segala maklumat mengenai tempat ini serta peraturan dan harga, boleh anda dapati di entri tersebut. Jadi tak perlulah Farah untuk mengulangnya buat kali yang kedua kan. 


Kenapa Farah memilih JKids sebagai tempat Ash melakukan aktiviti sosial dan berekplorasi bagi membuka minda dia? Sebab Farah suka dengan apa yang ditawarkan oleh JKids. Dari sudut keselamatan sehinggalah ke ruang lingkup pergaulan. Di JKids, seperti yang pernah Farah kongsikan dahulu, segala peralatan permainanya adalah "padded"... Kalau Ash berlari-lari dan katalah tersungkur jatuh pun, ianya adalah pada permukaan yang lembut. Segala inci, segala sudut di JKids semuanya "padded" dengan span yang berwarna-warni. Jadi tak perlulah Farah terlalu bimbang untuk melepaskan Ash ke sana ke mari mengeksplorasi. 

Dari segi ruang lingkup pergaulan pula, terdapat pelbagai kaum yang menghantar anak-anak mereka untuk bermain, bersosial dan bereksplorasi. Dari kaum Cina, India, Melayu mahupun yang bukan berasal dari Malaysia contohnya dari Jerman, United States dan juga Australia. Sambil-sambil berekplorasi, Farah juga mengajar Ash untuk bercampur gaul dengan semua bangsa serta agama dan sambil-sambil tu Mommy dia pun tambahlah kawan kumpulan mak-mak ni yer tak? ;-).
Kegemaran Ash setiap kali ke sini? Lautan bola tu lah yang dia tuju sebagai sasaran pertama dia. Lain tak ada. Seronok sangat menenggelamkan diri di dalam lautan bola berwarna-warni tu kan. Baringlah dia... Berjalan menolak bola lah dia... Main baling-baling bola lah dia... Ambil bakul-bakul kecil yang ada di dalam lautan bola tu dan masukkan bola mengikut kelas warnanya yang tersendiri... Bukan main seorang diri, asalkan ada kawan jer dia ajak, asalkan ada kawan jer dia ajak... Kalau kawan nan hado? Kawan pergi main tempat lain... Dia ajak Mommy... 

Owhh, lagi satu... Ini kepandaian baru ni... Farah tak sempat nak ajar punnn... Dia sendiri yang letakkan bola di situ dan kemudian dia sendiri tekan punat merah di mesin tu... Huh... 
Suka betul dia... Bila tengok dia di dalam kesukaan, tentulah Mommy dia jadi "double" suka. Yer tak? Biarpun seorang tetapi tidak keseorangan gitchewss... Bila bawa dia bersosial begini dan beraktiviti bebas sebegini sesekali memanglah jadi menyeronokkan bagi dia... Siapa kata tidak duduk di nurseri atau rumah pengasuh, anak jadi tidak pandai nak berkawan sangat? Semua tu boleh diubah, pokok pangkalnya ibu bapa... Betul tak? 
Dah bosan dengan bola berwarna-warni dia tu, main pusing-pusing pula. Ikut suka hati Ash lah... Ha ha ha... Sampai terjatuh-jatuh, tapi tak serik juga... Nak jugaaa... Naik dan berpusing-pusing lagi... Biasalah Ash... Jenisnya main sampai betul-betul bosan... Selepas itu baru beralih ke kawasan yang lain. 


Sakan dia main dengan abang-abang. Macam rakan sebaya jer dia buatnya. Langsung tak kekok, tapi dia makin teruja dan makin teruja... Lembut jer sebutnya... "Bang..."... Ha ha ha... Yang abang-abang pula rajin melayan adik nih... Elok sangatlah tu...


Inilah satu-satunya intan payung, pengarang jantung, buah hati Mommy!!! Terima kasih Allah atas anugerah dan amanah ini. Ku bersyukur sangat sangat padamu Ya Allah... Syukran Allah... Yang benarnya Mommy sibuk nak "wefie" dengan dia... Tapi katanya... "Piii... Piiii... Piii... Meee..."... Tepi tepi tepi Mommy... Ha ha ha... Ash nak main nih!!! Kacau jer Mommy dia kannn??? 

Main sampai lebam, sampai akhirnya nak tolak bola pun jadi lemah. Lama juga kami di situ. Kira-kira lebih kurang 3 jam jugalah berkampung dalam JKids tu. Ha ha ha... Siap pergi tandas masuk balik, pergi tandas masuk balik... Caj cuma sekali tapi boleh keluar masuk dalam sehari ikut suka hati... Sampai lupalah pada susu, pada air suam bila bermain dalam tu... Langsung dia tak ingat... 

Akhirnya, di dalam perjalanan pulang ke rumah, anak teruna Mommy tewas keletihan dan hanyut di alam mimpi dengan lenanya... 


Tu tu tu... Dengan mulut nganga dia... Ditemani oleh kedua-dua bantal papam dan tidurlah Ash dengan lena sepanjang-panjang perjalanan sehingga sampai ke rumah dan sehingga Mommy keluar bekerja seketika... 

Bagi ibu bapa yang berminat untuk membawa anak-anak beriadah di Jkids dan untuk maklumat lanjut, bolehlah merujuk:



ataupun boleh juga e-mel-kan maklum balas serta pertanyaan ke:
jnews.jnm@gmail.com


*Jkids Malaysia Playground & Kids Party adalah pemenang kepada Baby Talk Readers' Choice Awards 2014...

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. hehehe..haa lepas seronok beronok ronok ash bermain..taaraaaa..lena sudah dibuai mimpi..

    ReplyDelete
  2. Wah macam best je tempat ni....in sha Allah ada masa nak ajak anak-anak main kesana juga laa...thanks for info dear...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !