Kasihan kan bila anak-anak kecil mempunyai masalah sembelit? Kalau orang dewasa yang sembelit tak apa lagi, tapi kalau kanak-kanak? Alahaiiii.... Memang akan menyusahkan hati ibu bapa... Alhamdulillah, bagi Ash pula setakat ini dia belum pernah lagi mengalami masalah sembelit. Harapnya tidaklah kan? In Shaa Allah, mudah-mudahan...Amin...
![]() |
Sumber dari Google |
Ala sedihnya muka... Menyakitkan sembelit itu buat kanak-kanak kecil... Sebenarnya cara terbaik untuk mengelakkan sembelit adalah dengan tidak mengambil makanan yang menyebabkan sembelit. Susah hati bila melihay anak kecil yang menderita sembelit. Muka merah padam menahan sakit, bagi yang tidak mampu menahan keaakitan mereka akan menangis mengadu sakit perut.
![]() |
Sumber dari Google |
Haaaa...bayangkan ekspresi muka kanak-kanak sampai begitu sekali demi menahan kesakitan sembelit tu. Sebenarnya apa penyebab berlakunya sembelit ni ek? Apa puncanya? Melalui sumber di SINI...
- Tidak mengambil serat yang mencukupi seperti buah-buahan, sayuran dan bijiran.
- Perubahan dalam rutin harian atau cara hidup contohnya perubahan dengan tabiat pemakanan.
- Kurang privasi semasa menggunakan tandas.
- Tidak menghiraukan rasa untuk ke tandas.
- Kurang pergerakan atau senaman.
- Tidak minum air dengan secukupnya.
- Demam.
- Kurang atau lebih berat badan.
- Kebimbangan atau tekanan perasaan.
- Masalah psikiatri.
Cara terbaik untuk mengelakkan sembelit adalah dengan tidak mengambil makanan yang menyebabkan sembelit. Di sini disenaraikan makanan yang lazimnya menyebabkan sembelit. Persamaan dalam makanan-makanan ini adalah kekurangan serat di dalamnya. American Dietetic Association menyarankan seorang dewasa untuk mengambil 20 hingga 35 gram serat pada setiap hari.
Produk Tenusu
Keju, aiskrim dan produk tenusu lain biasanya menjadi punca sembelit. Ini disebabkan produk ini mengandungi kandungan lemak yang tinggi dan kurang serat. Produk tenusu boleh menyebabkan sembelit terutama pada kanak-kanak. Untuk mengelakkan sembelit, cubalah sorbet buah-buahan.
Daging
Pengambilan daging yang berlebihan serta pemgurangan serat dalam hidangan adalag salah satu punca sembelit. Pastikan hidangan stik anda dilengkapi dengan makanan tinggi serat seperti kentang dengan kulit dan salad untuk mengelakkan sembelit.
Kerepek
Snek seperti kerepek kentang termasuk di antara makanan penyebab sembelit kerana kandungan serat yang sangat rendah. Di samping itu, pengambilan snek tinggi lemak seperti ini melambatkan proses penghadaman sekaligus menyebabkan rasa terlalu kenyang dan menyebabkan sembelit. Untuk mengelakkan sembelit, ambillah snek kurang lemak yang mengandungi bijiran penuh untuk meningkatkan pengambilan serat.
Makanan Sejuk Beku
Kebanyakan makanan sejuk beku memang mudah didapati tetapi mempunyai kandungan nutrisi yang rendah. Malah kandungan sodium yang sangat tinggi yang menyebabkan kekurangan air sekaligus menyebabkan sembelit.
Biskut
Biskut dan makanan tinggi karbohidrat seperti pastri, kek dan kerepek mempunyai tiga ciri yang boleh menyebabkan sembelit, iaitu rendah serat, rendah kandungan air dan tinggi lemak.
Pisang
Pisang boleh menjadi punca dan juga penawar bagi sembelit bergantung kepada tahap keranuman. Pisang hijau atau belum ranum boleh menyeabkan sembelit. Tetapi pisang yangbtelah ranum mempunyai kandungan serat yang sangat tinggi dan membantu dalam proses nyah tinjaan.
Kalau anak-anak terkena sembelit, jika kita bawa mereka ke klinik, doktor akan berikan ubat untuk sembelit. Tetapi kalau nak elakkan anak-anak dari mengambil ubat sembelit, boleh juga... Itu Farah pernah kongsikan di dalam entri bertajuk Mengelakkan Pemberian Ubat Jika Sembelit Berlaku Di Kalangan Bayi Dan Kanak-Kanak....
pernah bc kt fb kalau anak sembdlit bg makanan yg bermula dgn huruf P = papaya, pisang.. Insya Allah berkesan...
ReplyDeleteohh tak pernah tau pun pisang yg blum ranum tu boleh jadi punca sembelit. good sharing farah
ReplyDelete