Home »
advertorial
,
celebrity
,
entertainment
,
filem
,
film review
,
lifestyle
,
movie
,
review
,
review filem
,
reviews
» Pontianak Menangis | Paku Jangan Tak Paku!!!
Pontianak Menangis | Paku Jangan Tak Paku!!!
Malam semalam punya kes!!! Dahlah diri ini tak berapa nak berani sangat tetapi nak jugaaaa tonton tayangan perdana filem Pontianak Menangis ni bersama dengan rakan-rakan dari Kelab Blogger Ben Ashaari. Rasa-rasa andalah, jika anda menonton trailer filem Pontianak Menangis di dalam video trailer di atas yang dipetik dari YouTube, anda berani tak nak pulang ke rumah melalui satu jalan yang sememangnya tidak banyak kereta dan jalannya sunyi gelap...Muahahaha...
Pontianak Menangis ni sebenarnya adalah sebuah filem yang bergenre seram komedi. Ianya adalah merupakan sebuah filem terbitan pertama Heart N Soul Sdn Bhd yang telah diarahkan oleh seniman saudara Ismail Jejaka FDAM yang lebih dikenali sebagai pemuzik penggesek gergaji di mana bakatnya telah dicungkil dari program "BAKAT" terbitan RTM pada tahun 1979.
Inilah dia pengarahnya seniman saudara Ismail Jejaka... Ok, apakah kisahnya Pontianak Menangis ni?
Sinopsis Pontianak Menangis
Berkisahkan Kampung Selamat yang kerap diganggu oleh pontianak di waktu malam dan setiap hari sering berlaku kecurian harta benda penduduk Kampung Selamat. Disebabkan kejadian itu, penduduk Kampung Selamat telah berpakat untuk mencari jalan bagi menyelesaikan masalah yang mereka hadapi di atas gangguan yang berlaku setiap hari.
Seorang pemuda yang bergelar Din Kelentong telah memberi cadangan yang kononnya dia mengenali seorang pakar pengusir pontianak dari Tanah Jawa yang digelar Raja Paku. Di atas cadangan yang bernas itu, seluruh penduduk Kampung Selamat telah sepakat bersetuju dengan menyokong rancangan Din Kelentong.
Oleh kerana Raja Paku yang diceritakan oleh Din Kelentong itu tidak wujud, maka dia berpakat dengan rakan karibnya "Mat Yeh" untuk menyamar sebagai Raja Paku. Mat Yeh bersetuju dengan cadangan itu sehingga dipercayai oleh semua penduduk Kampung Selamat.
Harapan tinggi penduduk Kampung Selamat mengharapkan Mat Yeh dapat mengusir pontianak. Tetapi lain pula terjadi apabila Mat Yeh telah jatuh cinta pada pontianak itu. Akhirnya segala kejadian yang terjadi di Kampung Selamat telah terbongkar... Semuanya terbongkar...Siapakah dalang yang berbuat onar dalam semua kejadian di Kampung Selamat???
Begitulah kisahnya... nak tau kisah sepenuhnya??? Anda boleh tonton filem ini di pawagam bermula dari 1 Oktober 2015 ini. Menangis tak menangis kita tengok nanti yer? Antara barisan pelakon yang menjayakan filem ini adalah Sally (Indonesia), Bella (Indonesia), Sayuti (Indonesia), Soya, Yassin Senario, Wan Walla, Rahim Sepahtu, Hamdan Senario, Ilya Senario, Joey, Watie Elite dan Sathia.
Alhamdulillah, sampai juga rumah dengan jayanya...Selepas menonton masih berani lagi meneruskan perjalanan pulang ke rumah walaupunnnn dah tengah malam kannn???
Label:
advertorial,
celebrity,
entertainment,
filem,
film review,
lifestyle,
movie,
review,
review filem,
reviews
Terimakasih telah membaca artikel Pontianak Menangis | Paku Jangan Tak Paku!!! . Jangan lupa share ya
Share
21 komentar:
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
assalamualaikum.
ReplyDeletetq sharing...
saspen. heee
ReplyDeleteserammmmm pulak dengor muzik terapi tu huhu ... agaknya filem ni pun seram jugak la ye kan hehe :D
ReplyDeleteKite takut tgk cter hantu..hee
ReplyDeleteWINNN... nice review
ReplyDeletesaya tak berani tengok filem seram sorang-sorang..hihi
ReplyDeletetakut jugak nak tengok,pastu nak balik sensorang..ehehe..
ReplyDeleteWalaupun ianya berbentuk komedi, tapi tajuknya tetap seram. Huhuhuhu
ReplyDeleteHehe best ke citer ni ...seram plok mlm2 nk blik umah
ReplyDeleteharap tak menangis lah tengok pontianak ni.. huhuhuu
ReplyDeleteHmm nama watak din kelentong, kenapa lah agaknya ye
ReplyDeleteHmm nama watak din kelentong, kenapa lah agaknya ye
ReplyDeleteWow...agak2 menangis tak lepas tengok cerita nie...lagi2 bila nak balik rumah
ReplyDeleteAlah..PC penakutlah..
ReplyDeleteMacam seram je..huhu
ReplyDeleteLama tak tgk wayang. ..nt nk try juga bw anak2
ReplyDeleteassalam farah
ReplyDeletejenjalan sini.
ismail jejaka ni ayah my friend. orang ganu juge.
lbh kpd komedi sbnrnya citer ni kann...
ReplyDeleteSedih ! Gelak je ....menangis2 tengok...
ReplyDeletescene mat yeh dengan pontianak tu memang best..
ReplyDeleteending tak sempat tgk habis blh terlelap..
ReplyDelete.syahdunya gesekan gergaji, boleh membuatkan penontonn menangis teresak bersama pontianak ? ..jom la tonton