"Mood" Tidur Lewat...

Farah Waheda Wahid
7

Selesai mengusut masai kan tilam dan cadar ikut citarasa dan kehendak dia... Ingatkan nak tidur dah, rupa-rupanya sangkaan Farah meleset. Dia bangun, capai "remote" televisyen, "remote" Astro... Selepas itu dia pun buka... Bila saluran tak kena dengan jiwa dia... Dia tekan-tekan "remote" sampai dia puas hati berjumpa dengan saluran idaman hati dia. 

Apa lagi??? Kartun ler memalam buta pun... Seisi rumah semua dah tidur awal semalam. Masing-masing keletihan agaknya. Tinggallah Ash dan Mommy terkontang-kanting berdua beranak yang masih berjaga. Kalau Mommy dia memang toksah cakap ler kann??? Setiap malam pun tidur lewat sebab banyak kerja yang perlu diselesaikan yang tak dapat diselesaikan bila Ash berjaga. Hua hua hua... 

Iyalah... Mommy pegang telefon, dia pun nak pegang telefon juga. Mommy nak kemaskini Bubblynotes.Com, dia sibuk nak main telefon Mommy. Yang hairannya "tablet" dia ada jer yang Abah belikan untuk Mommy dulu tu. Dah jadi hak milik kekal dia dah selepas Mommy perturunkan kepada dia. Tapi nakkkk jugaaaa apa yang ada di tangan Mommy. Dush dush dush. Sajalah tu dengki kat Mommy kan??? 

Semalam "mood" dia nak tidur lewat pula. Jarang-jarang dia macam ni. Nak kata siang hari tidur lama... Tak juga... Ajak Mommy main "sep sep sep tom tom tom" lahhh... Ajak Mommy tonton kartun lah. Tiba-tiba rasa macam tengah bercuti pula Farah ni. Ha ha ha... Bila Ash ajak buat aktiviti berdua dalam keadaan rumah sunyi sepi. 

Tips bila anak sesekali angin tidur lewat sampai? Kalau ikut cara Farah mudah jer... Tapi cara orang lain tak taulah kann??? Kebiasaannya... 
  • Bila Ash muncul dengan angin nak tidur lewat dia sesekali, Farah tak pernah paksa Ash untuk tidur juga. Farah beri dia waktu sehingga dia sendiri dah tak larat dan nak tidur. 
  • Biarkan dia buat apa yang dia suka sama ada nak bermain ke? Nak menonton televisyen ke? Nak kisai tilam ke? Ha ha ha... Tapi nanti Mommy juga yang kemas kan? Kenapa biarkan? Sebab sel-sel otak sedang berekplorasi, tak naklah asyik nak melarang jer, nanti terbantut pula perkembangannya. 
  • Lakukan apa sahaja aktiviti yang bersesuaian dengan Ash walaupun hakikatnya kadang-kadang tu mata memang dah tak boleh nak angkat pun. Biasalah jadi mak-mak kena tahan mata. 
Ini tips untuk sesekali tapi bukannya setiap hari tidur lewat. Sesekali tak apa pada Farah beri kelonggaran. Kalau dah selalu tak bolehhh... Nanti jadi tabiat pula... Takut masalah kemudian hari bila dah terbiasa tidur lewat. Sedangkan hidup Ash tu agak macam berjadual dengan tujuan untuk mengajar dia tentang disiplin. 

Kenapa perlu beri kelonggaran? Anak kecil ni sama juga seperti kita yang ada kalanya tak nak tidur awal ataupun mata tak boleh nak lelap. Sesekali apalah salahnya... Kann??? Janganlah dok asyik paksa-paksa jer... Lama-lama paksa punya paksa dah tak makan paksa dah anak tu. 

Jadi ibu bapa ni kena bersiap sedia ada hari-hari memang perlu dan terpaksa tidur lewat. Sebab tu orang kata, sila nikmati waktu tidur anda dengan sebaiknya dan sepenuh-penuh nikmat sebelum ada anak. Bila dah ada anak, nikmat tidur tu dah tak seperti nikmat tidur sebelum ada anak. Ha ha ha... Baiklah nikmati puas-puas... Makanya, jangan stres stres sangat bila anda terpaksa berjaga malam... Fikir positif, semua ibu bapa akan melalui fasa dan detik itu... Muahahaha... "The joy of parenthood!"... 

Berbalik pada kisah Ash... Sudahnya dia sendiri angkat bendera putih bila terlelap dengan sendirinya di hadapan televisyen sewaktu menonton kartun lebih kurang pukul 1.30 pagi tadi... "Hat trick" betul rekod nih... Dan disebabkan itu juga, putera raja Mommy nih masih tak bangun lagi nih... Sedap tidur sambil dihembus lembut oleh angin penghawa dingin... 

Agak-agaklah pukul berapa putera raja ni nak bangun ni? Cuba teka? Ha ha ha... 

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. budak ni ada time2 dorang suka tido lewat.. tp nnt habit tu bertukar lg....

    ReplyDelete
  2. 10 pagi kot Ash baru bangun. Hahaha :p

    ReplyDelete
  3. ash...ash..nak caras mummy ke..tapi memang awak win la baby boy..kihkihkih..tak percaya tanya mummy awak..

    ReplyDelete
  4. jangan sampai die tak tidur sehingga kak farah nak pergi kerja..ehehee

    ReplyDelete
  5. budakk.. bile dia dah taknak tido kann. mmg tak tido lahh

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !