Minda Tercabar, Setiakawan Diuji Di Breakout Malaysia, Nu Sentral

Farah Waheda Wahid
27

Bayangkan... Anda di dalam sekumpulan seramai 2 ke 8 orang dikurung di dalam sebuah bilik dan diberikan sebuah "clue" untuk bersama-sama meloboskan diri ke 2 lagi bilik yang seterusnya demi untuk melepaskan diri dari kurungan? Sebuah "clue" yang perlu dicari serta diselesaikan "puzzle" yang terdapat di sesebuah bilik untuk ke bilik yang seterusnya bagi mendapatkan "clue" yang lain sehingga anda dan kawan-kawan berjaya melepaskan diri. Masa yang diperuntukkan cumalah selama 45 minit. Cuma 45 minit!!! 

Mungkin pada anda yang belum pernah merasai pengalaman ini akan berkata 45 minit tu dah terlalu lama dan lebih dari cukup. Tapi bukan mudah yer??? Bila dikurung dan berbekalkan sebuah "clue" sahaja di mana anda perlu mencari dan menyelesaikan di situlah minda anda tercabar dan setiakawan anda diuji!!! 

Ya, di dalam sesuatu yang berkonsepkan "survival" dan anda berada di dalam satu kumpulan kecil manusia, apa yang penting kerjasama... Kadang-kadang apabila manusia perlu menyelamatkan diri , setiakawan mungkin berubah kerana masing-masing ingin melepaskan diri masing-masing. Apa yang difikirkan adalah hendak selamat... Bukan kita tidak pernah menonton filem-filem yang ditayangkan di pawagam atau kaca televisyen... Apabila di dalam keadaan yang terdesak, manusia sanggup belot dan berpaling tadah demi kepentingan diri sendiri. 

Namun berbeza halnya di dalam permainan ini... Anda mahu atau tidak HARUS bekerjasama untuk sama-sama melepaskan diri kerana anda seorang tidak akan mampu untuk menyelesaikannya. 


Pengalaman yang Farah ceritakan di atas sebenarnya anda boleh rasai dan perolehi sendiri di Breakout iaitu pusat permainan yang terdapat di Nu Sentral dan juga Avenue K. Memang menyeronokkan, memang mengujakan dan memang banyak yang boleh dipelajari dari permainan berkonsepkan "survival" ini yang disediakan di Breakout. Itu yang Farah rasakan semalam. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, HARUSLAH baca sehingga habis entri ini kannn??? Banyak yang Farah nak kongsi nih!!! Rugilah kalau tak baca sampai habis... Ihiks... 


Seperti yang anda lihat pada gambar di atas ini, inilah cara-cara permainannya. Owhhh... Tak jelas??? Ok, meh meh meh Farah terangkan cara permainannya. Mula-mula apa yang perlu dilakukan anda perlu mencari ahli kumpulan seramai di antara 2-8 orang, pilih bilik manakah yang anda ingin dikurung. He he he... Terdapat lebih kurang 6 buah bilik dengan tema yang berbeza di Breakout. Apakah tema dan "ambience"nya? Itu anda perlu ke Breakout dan cari sendiri jawapannya... Gitchewss... 

Iyalah kalau Farah cerita semuanya tak menarik dahlah kannn??? Kenalah pergi dan tengok serta merasai sendiri pengalaman itu. 


Kemudiannya, di kalangan ahli-ahli kumpulan anda, anda perlu memilih siapa yang akan menjadi "The Oracle, The Lockmaster, The Scholar, The Time Bender, The Light Bender". Setiap seorang yang memegang satu gelaran mempunyai tanggungjawab yang tersendiri. Macam seolah-olah pembahagian tugas lerr... Jadi tak adalah bercelaru sangat yer tak? 


Ini adalah ahli-ahli di dalam kumpulan Farah. Ada 7 orang kesemuanya dengan peranan masing-masing. Yang seorang lagi tu adalah "instructor" permainan kami iaitu Manami yang berbangsa Jepun. 


Bila terlibat dengan permainan yang berkonsepkan "survival" sebegini memang wajib penerangan mengenai keselamatan diberikan. Sebelum memulakan permainan kami diberikan satu taklimat ringkas mengenai keselamatan diri setiap peserta yang menyertai permainan ini agar perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. 


Setiap peserta tidak boleh melakukan perkara-perkara yang kelihatan di dalam gambar di atas dan setiap kerosakan yang berlaku di dalam bilik permainan akan dipertanggungjawabkan kepada peserta-peserta yang bermain di sesebuah bilik. 

Ini nak bagi "teaser" sikit ni sebelum Farah beranjak ke cerita pengalaman kami di dalam bilik yang kami dikurung. Sila lihat sedikit sebanyak suasana atau "ambience" bilik-bilik permainan di Breakout Malaysia, Nu Sentral.




Agak-agak setelah melihat suasana di dalam bilik permainan yang sempat Farah rakamkan di atas macam mana??? Setiap bilik tak adalah besar mana pun dan itu juga salah satu cabarannya. Anda perlu menyesuaikan diri untuk berada di dalamnya. Ada rasa takut ke? Farah tak. Jujur Farah katakan tak malah semakin teruja Farah nak mencuba permainan ini.


Sebelum permainan bermula kami telah diberikan sebuah kotak yang perlu kami pegang dan ianya dikunci. Dah tentu tugasannya kena cari kunci nak buka kotak nilah kan??? Nak cari macam mana??? Pandai-pandai sendirilah yer? Kalau beritahu semuanya dalam entri ni tak ada cabaran dan tak mengujakan langsung. Bagi kumpulan Farah, kami telah ditempatkan di dalam bilik yang diberikan nama Chamber of Hocus.


Nampak??? Gigih tak gigih kami mencuba untuk menyelesaikan sesuatu. Tak boleh ramai-ramai... Ha ha ha... Dua orang cukup, bila yang dua orang tu dah tak boleh baru yang lain pula mencuba. Sambil-sambil tu, yang lain tu bukan duduk macam tu ajer yer? Kami beri buah fikiran bagaimana nak menyelesaikannya. Sama-sama berfikir. Apa yang penting kerjasama!!! :-)


Dapat nelepaskan diri ke bilik yang kedua, keluar-keluar jer dari terowong, ko dah nampak kepala bayi berdarah macam ni. Ha ha ha... Agak-agak apa rasanya??? Ekekekeke... Terperanjat tu dah tentu ler kann??? Lagi terperanjat bila lelaki yang menjerit... Ekekekeke... Kalau dah lelaki terperanjat apatah lagi kami-kami yang perempuan ni???


Tak semudah itu, ada perkara yang perlu diselesaikan di bilik yang kedua sebelum pintu bilik yang ketiga dibuka. Owhh, sebelum tu andai kata anda memerlukan bantuan ataupun rasa dah berpatah arang serta tak mampu nak meneruskan permainan... Boleh jer mengalah...


Bolehlah ke bilik yang pertama semula dan kemudiannya tekan butang dalam gambar di atas ni di pintu masuk tu. Tak semestinya mengalah, kalau nak jawapan pada "puzzle" tu pun boleh tekan. Nanti "instructor" akan masuk dan berikan talian hayat pada anda dan rakan-rakan. ;-).



Kami berjaya sampai ke bilik kurungan yang ketiga. Fuhhh... Di bilik yang ketiga ni, cabaran semakin sukar. Gigih kami cuba membuka rantai itu bersilih ganti dan ada juga yang dah kebuntuan bagaimana nak selesaikan masalah rantai dan juga "puzzle" yang lain. Ahakss, "clue" pula memang dalam Bahasa Inggeris sanskrit yang berbunga-bunga. Memang uji minda betul!!! Di situ juga di dalam masa yang sama kemampuan kefahaman Bahasa Inggeris Latino anda diuji ke tahap yang satu lagi. He he he...

Agak-agak kami berjaya ke keluar??? Jeng jeng jeng...


Haruslahhh... Nampak tak keluar dengan penuh bergaya tu. Kemain kann??? Bila dah dapat keluar??? Tapi sebenarnya rasa tak puas... Macam nak mencuba pula bilik-bilik yang lain. Banyak yang kami perolehi semasa aktiviti ini.


Ternyata!!! Dari sini kami di Kelab Blogger Ben Ashaari boleh dilihat sememangnya sebuah keluarga yang bantu-membantu di antara satu sama lain, mempunyai sifat setiakawan dan "essence" yang paling penting adalah kesepakatan dan kerjasama kami semua bersama-sama di dalam menghadapi cabaran yang datang serta kami berfikir bersama-sama di dalam menyelesaikan sesuatu masalah juga setiap seorang dari kami berganding bahu di antara satu sama lain tanpa mempunyai kepentingan kami masing-masing yang tersendiri. Kami berfikir secara bersama dan bergerak sebagai satu di bawah satu bumbung.

Untuk Breakout Malaysia, Nu Sentral... Terima kasih di atas penganjuran aktiviti ini untuk kami di Kelab Blogger Ben Ashaari dan sesungguhnya kami teruja, seronok, gembira dan merasakan ini adalah satu pengalaman yang berharga buat kami. Bagi yang bercadang untuk melakukan aktiviti berkumpulan, riadah dan juga yang berkonsepkan "team work enhancement" ataupun "team building" secara santai dan riadah, sememangnya secara peribadi Farah menggalakkan anda untuk cuba ke Breakout.

Breakout bukan sahaja terletak di Nu Sentral tetapi juga di Avenue K.

Breakout Nu Sentral
Tingkat 4 (Bersebelahan Celebrity Fitness)
03 | 2276 3705

Breakout Avenue K
03 | 2181 1835

Untuk Maklumat Lanjut:



Post a Comment

27Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. best jugak kan ni farah..aktiviti macam ni pun seronok jugak...tapi cam ngeri je..hehehe...

    ReplyDelete
  2. best kan Farah..baca pasal family kbba tu rasa sebak pulak..sebab mmg rasa mcm family dah semua..ehehe..

    ReplyDelete
  3. memang teruja tengok..
    alangkah best kalau dpt join..

    ReplyDelete
  4. menguji kepintaran, ketahanan mental dan emosi!

    ReplyDelete
  5. dam macam movie SAW jer cara permainan dia.
    seram tapi menyeronokkan.
    orang kreatif dan bijak bleh ler layan.

    ReplyDelete
  6. Waaah bestnya...

    Best tajuk entri ni. Lain dr yang lain

    ReplyDelete
  7. Bestnya game ni..rugi tak dapat join

    ReplyDelete
  8. Memang best dan terasa nak Cuba bilik yg lain² pula lain kali

    ReplyDelete
  9. best jugak yer.. kene ade team la nak main game nie.. kalau buat utk company game pun oke jugak..

    ReplyDelete
  10. Yg penting team kite no.2 hehehe

    ReplyDelete
  11. Best sangat...rasa nak repeat je lagi

    ReplyDelete
  12. memang menarik..rugi sangat tak join..bukan lasak pun..ahhaha..tapi dalam dia macam menyeramkan..hhahaa

    ReplyDelete
  13. Bestnya..memupuk semangat setia kawan ni..

    ReplyDelete
  14. Teruja rasa nak main game kat situ... may be next time.. hi hi hi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !