Mendidik Anak Membezakan Orang Asing Berbahaya & Sebaliknya...

Farah Waheda Wahid
5
Sumber dari Google
Gila tak risau bila mengenangkan sekarang ni kes penculikkan kanak-kanak atau kes kehilangan kanak-kanak berleluasa? Bila lalu di lebuhraya bertol, di kawasan pembayaran tol ada sahaja poster atau risalah kanak-kanak hilang. Bila jalan-jalan sana sini, sesekali ada terserempak dengan poster kanak-kanak hilang. Di dada akhbar dan juga berita di saluran elektronik pun ada sahaja berita kanak-kanak hilang. 

Teringat sewaktu kecil-kecil dahulu, Nek Ma Ash selalu pesan pada Farah... Jika ada orang yang tidak dikenali datang dekat, kalau dia ajak naik kereta jangan sesekali ikut. Nanti dia potong kaki ke, potong tangan ke, lepas tu jadi kudung, dia hantar pergi Thailand dan suruh jadi peminta sedekah. Ngeri membayangkan. Sebab tu masa zaman-zaman sekolah dulu memang kalau orang tak dikenali tegur automatik jadi sombong yang amattt... 

Dulu masa anak-anak main ikut jer cakap Nek Ma Ash. Kini bergelar seorang ibu... Haaa... Baru tau kembang kempis nafasnya dilanda kerisauan. Hu hu hu... Bukan "over" nak risau lebih-lebih, tapi memang harus senantiasa berwaspada kot. Memang penting peranan ibu bapa nak pesan pada anak, nak didik anak, supaya dapat membezakan orang asing atau orang yang tidak dikenali di antara yang berbahaya ataupun sebaliknya. 

Persoalannya... Bagaimana kita sebagai ibu bapa hendak mendidik anak-anak kita supaya tahu membezakan di antara orang asing atau orang yang tidak dikenali itu adalah orang yang berbahaya ataupun sebaliknya? Yang dapat Farah fikirkan serta kongsikan serba sedikit adalah... 

Berkata TIDAK
Sumber dari Google
Anak-anak sering dididik untuk beradab serta bersopan santun. Akan tetapi, mereka juga perlu diajar bahawasanya... Tidak mengapa untuk menjadi kasar ketika mereka di dalam ketakutan. Mereka tidak sepatutnya merasa ragu-ragu untuk berkata tidak kepada orang asing dan tidak sepatutnya merasa ragu-ragu untuk menjerit, melawan ataupun menendang sekiranya mereka merasa tidak selamat.

Menjadi SPESIFIK
Daripada kita mengatakan serta mengingatkan anak-anak... "Jangan bercakap dengan orang asing"... Ajar anak-anak untuk mengetahui, orang asing mana yanh mereka boleh dekati. Sebagai contoh Polis. 

Percaya Kepada NALURI Mereka
Sumber dari Google
Ajar atau didik anak-anak untuk mempercayai naluri atau kata hati mereka. Jika mereka tidak merasa selamat, mereka sepatutnya cuba untuk beredar dari situasi terbabit dan meminta pertolongan.

Ruang Selamat
Sumber dari Google
Pastikan anak-anak anda boleh memberi tahu anda apa sahaja dan anda memberikan satu rasa kepastian yang apa pun terjadi, apa yang dikatakan serta apa yang orang lain lakukan kepada mereka anda tetap menyayangi mereka sebagai anak. Berkomunikasi secara terbuka dan ciptakan satu ruang selamat supaya anak-anak tahu yang apabila ada sesuatu masalah mereka boleh rujuk kepada kita sebagai ibu bapa bukannya orang lain.

Sentuhan Yang Tidak Sepatutnya
Ajar anak-anak tentang sentuhan yang selamat dan sentuhan yang tidak sepatutnya. Sebutkan bahagian sulit dengan nama sebenar berbanding memberikan gelaran dan tekankan bahawasanya tiada sesiapa boleh menyentuh bahagian peribadi mereka.

Katakan TIDAK Kepada Apa Yang Orang Lain Beri Atau Belanja
Barang percuma memang ramai yang suka. Nak nak lagi kalau sesuatu yang menarik dan memang kita rasa nakkkk sangattt. Tapiii... Ajar anak untuk sentiasa berhati-hati apabila ada orang asing memberikan sesuatu barangan kepada mereka atau meminta pertolongan mereka ke atas sesuatu perkara. Sekiranya keadaan ini berlaku, mereka sepatutnya berkata tidak dengan kuat dan berlalu pergi.

Memainkan Peranan atau Berlakon
Selepas bercakap tentang orang asing, ibu bapa boleh berpura-pura berlakon menjadi orang asing. Tanyakan kepada anak-anak, apakah yang sepatutnya mereka lakukan.

Ulang, Ulang Dan Ulang
Jadikan topik keselamatan salah satu topik yang biasa di dalam keluarga. Sentiasa ulang perkara yang anda mahu anak-anak anda tahu.

Mungkin ibu bapa kelihatan paranoid bila terlalu mementingkan keselamatan anak-anak tapiii bagi Farah tidak salah. Paranoid tentang keselamatan anak-anak pula tidak bermakna kita perlu terlalu mengongkong anak-anak sebaliknya ini apa yang dikatakan kebebasan berpantau. Itu antara tips atau cadangan yang boleh Farah fikirkan. Siapa tahu di luar sana ada pendekatan yang lebih baik kan? 

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. setuju...lps tu kita kena ulang2 selalu agr mereka sentiasa beringat

    ReplyDelete
  2. Betul.kena ingatkan anak anak kecil mahu pun remaja sentiasa.bahayalah.

    ReplyDelete
  3. stkt ni sy xpnh lagi ajar arfan pasal org asing sebab xpnh dedahkan dia dgn persekitaran luar..Dia sll ada dgn sy..lepas ni, insyaAllah nak kena tekan kan lah pasal ni..sbb dia pn dh makin besar..Semoga dia phm ape yg sy nak smpika .huhu..tktnye

    ReplyDelete
  4. memang bahaya sekarang..nak bagi main sorang2 pun takut

    ReplyDelete
  5. alert dari komuniti.... zaman la ni pepatah "jangan jaga tepi kain orang" dah kurang relevan.... kalau org sekeliling alert dan x selfish dgn keadaan sekeliling.. skrg krgnya boleh meminimakan risiko...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !