Cara Ash Mengada-Ngada...

Farah Waheda Wahid
5
Setiap dari anak-anak ada cara mereka yang tersendiri bila nak menarik perhatian ibu bapa. Bagaimana caranya itu bergantung kepada perkembangan akal mereka. Reaksi ibu bapa pula adalah berbeza mengikut individu dan juga prinsip masing-masing. Anak pertama mungkin caranya lain untuk menarik perhatian ibu bapa, anak kedua cara yang berbeza, anak ketiga, keempat dan seterusnya memang tak sama. Kalau ada yang sama adalah yang menurun dari kakak atau abang atau adik tu... Ataupun sebab mereka memerhatikan cara adik beradik yang lain menarik perhatian ibu bapa dan usaha itu berjaya. Oleh yang demikian, mereka pun mengambil keputusan untuk meniru cara dan gaya tersebut. 

Anak tunggal pun lain juga caranya...Ha ha ha...Dan kebiasaannyalah, disebabkan tahu dia seorang dan tiada saingan, makanya mengada-ngada anak tunggal ni akan lebih. Macam Ash... Dia kan seorang sahaja, tahu tiada saingan, tahu tiada siapa dapat merampas takhta kemanjaan dia kepada Mommy, terbaru!!! Dia sudah menunjukkan satu cara dia yang mengada-ngada sangatttt tau untuk menarik perhatian orang-orang sekeliling. Tidak kiralah Nek Ma ataupun Atuk ataupun Mommy. Cuma depan Abah dia jer dia belum buat lagi perangai mengada-ngada tu... Muahahaha... Beranilah buat depan Abah...Kena rotan dengan Abah nanti baru tau... Uhukss...Abah kan garang sikit?

Caranya??? 


Dimulakan dengan muka sedih di atas ni...Tu konon-konon nak menangis lettew... Ha ha ha... Yang Farah pula, tahan perut jer nak menghamburkan gelak bila melihat gelagat dia.... Sedih sangat tu rupa paras tu penjelmaan dia... Kemudiannya, naik ke satu fasa lagi... 


Ash mungkin rasa itu muka paling sedih yang dia boleh lakukan untuk menarik perhatian Mommy... Ha ha ha, tetapi hakikatnya Mommy rasa itu muka seperti sedang gelak... atau ekspresi diri kerana geli hati akan sesuatu... Tak ada rupa sedih pun Ash... Muahahaha.... 


Akhirnya di fasa yang ketiga, beginilah cara dia untuk menjadi lebih ekstrem diikuti dengan bunyi seolah-olah tangisan tapi sebenarnya tak ada setitik pun air mata. Ianya akan berterusan sehinggalah salah seorang dari kami di dalam isi rumah memujuk dia. Kalau dengan Farah, dia tak akan senyap selagi tiada pelukan, ciuman serta kata-kata... "Sayanggggg Mommy... Manja Mommy... Siapa sayang busuk Mommy nih? Alaaaa... ngada-ngadalah dia..."...Haaa tulah dia...nak jugaaaa dengar perkataan itu... Lepas tu mulalah meliuk lintuk dia melembik-lembikkan badan meleseh kat Mommy... Pengsannn.... 

Usia 1 tahun 9 bulan dah pandai menarik perhatian dengan cara macam tu pula... Manja sangat Ash nih... Hu hu hu... Lepas ni tak taulah lagi apa pula akal dia lagi...Tunggu jer lah...  

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !