"A...Neeer...Bah???"

Farah Waheda Wahid
7

Dua tiga hari ni, dia asyik sebut... "Bahh...Ba...Bahh..."... Asyik minta bukakan tablet dan dia terus sentuh galeri dan sibuk skrol nak tengok gambar-gambar dia dan Abah dia. Nek Ma dia kata, dia rindu dengan Abah dia lettew. Iya kot? Memang Farah pun rasa dia rindu dengan Abah dia nih... Semalamlah paling banyak berulang-ulang dia menyebut Abah dia. Pagi sekali, tengah hari dua kali, petang sekali... 

Kesian pula tengok dia sebab asyik menyebut Abah dia... Sudahnya, petang semalam telefon juga Abah dia dan beri dia masa untuk bercakap dengan Abah dia. Amboiii, besarnya hati dia sebesar jantung pisang... Ceria jer riak muka dan wajah dia bila dapat bercakap dan dengar suara Abah dia...Gitchewss kannn??? Rindu sangat lettew??? Lepas dapat dengar suara Abah, terus malam semalam makan habis...Selera betul!!! Kalau tidak, nak menghabiskan semangkuk atau sepinggan nasi dengan "portion" dia payah juga... *Boleh guna taktik ni lagi ni nak suruh selera makan dia terbuka ni...Ha ha ha...

Hari ni...Dia dah terluncur perkataan "A...Neeer...Bah???"... Saja Farah tanya sekali lagi... "A...Neer...Bah???"... Sama jer bunyinya... Wahhh, fasa itu sudah bermula...Dia dah mula bertanya dah sekarang ni ok? "Don't play-play"...Bersedialah Mommy untuk menjawab soalan-soalan cepu emas bertatahkan berlian dari Iman Firash bermula saat dan ketika ini. Bila dah sekali tanya akan kerap bertanya. :-)... Soalan dijawab dengan jawapan, dan yang tukang jawab adalah Nek Ma dia sebelum Mommy dia sempat menjawab...Kata Nek Ma dia... "Abah "work", Abah cari duit..."... Jawapan Ash??? "Oooo..."... 

Tapi rasanya, ni bukan sekali dua jer ni soalan ni akan berulang... Akan berulang-ulang lagi selepas ini... Bermulalah era di mana Ash sudah pandai menzahirkan apa yang dia fikirkan tatkala mulut sudah mula mengeluarkan perkataan-perkataan yang hampir-hampir jelas...Dan bermulalah juga era, Mommy terpaksa menjawab dengan jawapan yang berulang-ulang tetapi terpaksa jadi kreatif sedikit buat sementara waktu... Tahap penerimaan anak tu penting untuk diambil kira ok? Nak beri jawapan orang kata biar bersesuaian dengan peringkat umur dan pemahaman dia... 

Tugas lebih berat menanti dah nih... Mematangkan anak itu memang perlu, mematangkan anak itu memang bagus, tetapi biarlah sejajar dengan peringkat usia dan kebolehan pemahaman dia yer tak? Bukan nak berbohong atau menipu pada anak supaya anak boleh belajar menipu atau berbohong, tetapi ada alasan yang tersendiri supaya emosi dan psikologi dia tidak terganggu. Iyalah, Mommy kan nak Ash gembira jer sentiasa? Memang tak nak dan tak sanggup nak tengok dia murung...

Ash rindu Abah ke? Nanti kita jumpa Abah ek? Ha ha ha...Mommy pun rindu juga... Mestilah rindu kannn? "Of course"... Agagagaga.... (Nak juga tumpang sekaki yer tak?)

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. cian ash..abah work jauh ye...dah laa muka sama dengan abah.. huhu... irine pon hari2 jumpa, kalau bangun pagi bapaknya dah pi kerja, dia dok jerit ayah, ayah..

    ReplyDelete
  2. Ash rindu abah ye...betul la..jawapan wajar diberi mengikut kesesuaian usia..yang penting jangan jawapan itu buat anak jemu..mummy mula memerah keringat ni..

    ReplyDelete
  3. Alahai comel je ash cari abah dia.

    ReplyDelete
  4. sy rasa bahagia bila baca entry nih ...ibu mana yg tak gembira bila anaknya dah pandai bercakap.....moga menjadi ibu yang baik !such a happy family!

    ReplyDelete
  5. sedih plak baca..sian ash..sama macam kakak Dania

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !