Alat "Solek" Ash Memang Banyak...

Farah Waheda Wahid
16
Walaupun Ash cuma seorang kanak-kanak lelaki biasa seperti kanak-kanak yang lain, Ash ni kalau nak bersiap punyalah lamaaaa... Masuk dengan dia main kejar-kejar dalam keadaan tidak berbaju lagi, masuk dengan dia tidak mahu duduk diam bila hendak dipakaikan baju, masuk dengan nak tunggu dia pilih baju apa yang dia nak pakai, masuk dengan masa nak pakai baju, masa tu lah dia nak main... Phewww... Memang tingkat kesabaran tu perlu tinggi bila nak menyiapkan dia ok? 

Ingatkan Farah jer yang bersiap lambat... Rupa-rupanya menurun ke anak sekali....agagagaga... Lagi satu? Lagi satu yang nak dijadikan cerita, Ash lambat bila bersiap? Sebab banyak nau alat "solek" yang nak dipakainya... Ha ha ha...Jom tengok apa yang banyak sangat tuuu... 


Tu diaaa... Banyak tak banyak? Alaaa... Bayi dan kanak-kanak biasalah kann??? Dengan losyen, dengan minyak telon, dengan minyak rambut. Macam-macam nak dipakainya... 

1. Selepas mandi bila badan dah kering dilap, harus sapukan losyen Seba Med tu ke seluruh badan. Terutama muka dan bahagian leher sebab Ash suka dihinggapi ruam kalau tak pakai losyen Seba Med tu. Bila pakai secara konsisten memang tak ada ruam langsung. 

2. Losyen Drapolene... Dipakai di bahagian alat sulit untuk mengelakkan ruam lampin. Walaupun Ash tak pernah sekalipun kena ruam lampin, memang Ash pakai losyen Drapolene. Tujuan bagi mengelakkan ruam lampin ler. 

3. Losyen Talkum Tea Tree Oil Cosmoderm... Memang sangat bagus oiii... Untuk elakkan Ash dari digigit serangga dan nyamuk. Sejak mula pakai losyen ni 2 minggu lepas memang tak dihinggapi kesan-kesan gigitan nyamuk atau semut lagi dah Ash. Jadi anda memang perlu cuba untuk anak-anak anda. Farah syorkan ni. 

4. Bedak Johnson Prickly Heat... Untuk disapukan di badan dan muka. Nama pun Prickly Heat. Nak bagi tubuh tu sejuk dan ruam tak terjadi di samping bagi wangi. 

5. Vicks Vaporub disapukan di bahagian dada hadapan dan belakang. Sebab apa? Ha ha ha, jangan tanya sememangnya dah biasa sapukan begitu. 

6. Minyak Bebe Anugerah disapukan di perut untuk mengelakkan kembung perut, sakit perut dan sebagainya. Tak kisahlah sama ada minyak ni ataupun minyak Batook Ori. Buat masa ni minyak Batook Ori dah kehabisan stok. Tengah tunggu sampai yang baru. 

7. Baby Cologne Eskulin... Ha ha ha, ini permintaan Ash sendiri. Mesti sembur pada baju dia sebelum dipakaikan. Kemain kan??? Anak teruna ni??? Kecil-kecil lagi dah nampak tokoh jadi lelaki metroseksual. Mommy "likeee" sangat-sangat... Ha ha ha... Baby Cologne ni dia yang capai sendiri di TESCO... Bukan Mommy yang ajar... 

8. Baby Oil Johnson... Sebagai minyak rambut, dipakaikan dan disikat rambut tu.

9. Seba Med Baby Lip Balm... Haaaa koooo.... Kemain nak pakai lip balm segala bagai... Sebenarnya hari tu ada pergi ke klinik sebabkan Ash tak sihat, lepas tu pasal bibir dia kering sangat walaupun banyak minum, doktor bagi Seba Med Baby Lip Balm ni... Sejak dari hari tu sampai ke hari ni, dia minta pakaikan lip balm tu...Adehhh... 

Dah selesai kesembilan-sembilan langkah tu barulah Ash siap lengkap. Banyak betul prosesnya... Itu nak pakai ini nak pakai... Dah macam lebih kurang Mommy jer dah... :-P...

Post a Comment

16Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. perghh menakjubkan sungguh..gigih mama nk siapkan anak teruna..kalo anak girl cmne lah ye.hehe

    ReplyDelete
  2. salam singgah sini farah....wahh...memang banyak lah alat solek ash ni farah...klu nak jalan kena siap awal2 ni...hihi

    ReplyDelete
  3. Klau baby gigirl lgi la byk aksesorinya hihi..sib baik lelaki

    ReplyDelete
  4. Like mummy like son nih..kihkihkih....ash...ash..

    ReplyDelete
  5. wah, banyaknya alat solet Ash, kalah aunty ni

    ReplyDelete
  6. untunglah ash . saya lbh suka klu budak tak menggunakan kosmetik sbb wpun sikit tetap ada bhn kimia ...

    ReplyDelete
  7. Hihi..ni betul2 ikut mummy nih ..maunye sejam utk 2 beranak ni ready kedua2nya :)

    ReplyDelete
  8. perghhh... banyak giler nak pakai. memang lambat la. haha..

    ReplyDelete
  9. SebaMed mmg wajib.. hehe... sama la cm Thaqif..

    ReplyDelete
  10. Banyaknya minyak... Hehe. Macam mandi minyak da... Hehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !