The ME Time...

Farah Waheda Wahid
5

Lama sudah meninggalkan bidang melepak di "coffee parlour" ni semenjak melahirkan Iman Ash. Tumpuan dan fokus hanyalah pada dia. Rindu juga pada zaman-zaman itu. Muahahaha... Bak kata orang sesekali nak juga berkepak yer tak? Pengorbanan seorang ibu kaedahnya.

Sanggup meninggalkan segala benda dan perkara di belakang termasuk waktu rekreasi, waktu berjimba bersama rakan-rakan demi anak tunggal Mommy ini...(for now)... Semua ibu menghargai anak yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Bertambah-tambah lagi ibu yang sukar mendapatkan atau mengalami pelbagai dugaan serta rintangan sewaktu proses untuk mendapatkan yer tak? 

Keutamaan adalah pada anak. Keutamaan pada suami tu dah tentulah... Tetapi jarak memisahkan kami...Ecewah...Farah tak pernah lupa tau keutamaan kepada suami itu. Itu sudah semestinya. 

Malam semalam dah "pecah dara" kembali dah zaman menghabiskan masa bersama kawan di "coffee parlour". Ya, yang benarnya dah lama teringin dah pun cuma keadaan tidak mengizinkan Farah untuk berbuat demikian. Bila Ash sudah menginjak ke usia 2 tahun tak lama lagi ni, In Shaa Allah sesekali tak salah rasanya Farah ada "ME Time" sama ada secara bersendirian ataupun bersama kawan-kawan. 

Dah semestinya bukan selalu tau.... "ME Time" itu sememangnya perlu bagi setiap ibu-ibu. Ada waktu dan ketikanya ibu juga perlu bersantai. Perlu menenangkan fikiran serta merehatkan minda. Cuma satu jer satu...Ha ha ha... Ingatan kepada tanggungjawab dan anak tidak pernah pupus. 

Malam semalam dari selepas Maghrib sehingga lebih kurang 9 lebih... Farah pun bersosiallah seketika buat sekian kalinya setelah sekian lama. Seronok juga rasanya sesekali berjumpa kawan sekolah dulu oiiii.... Macam nak buat lagi jer? Terima kasih Nek Ma sebab sudi tengokkan Ash seketika. "I Love You, Ma..."

Owhhh...balik-balik jer, sampai-sampai dah 11 lebih. Ash pun dah selamat beradu. Esok, Ahad dan Isnin masa sepenuhnya untuk dia... Fokus pada dia dan fokus bagaimana nak mengisi "bonding time" kami bersama-sama... Rindu sangat dah nih pada dia... Ngeee.... Yang penting sasarannya adalah untuk menggembirakan hati dia... 

Malam tunggu-tunggu Mommy balik tak sampai-sampai... Nanti terjaga... Cakkk!!! Ash.... Mommy dah balik... Hua hua hua....

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Betul tu, me time perlu juga utk restkan minda.. Hangout ngan kawan2.. Tpi biasanya, mommy pisan ngan anak 1 jam pun dah rinduuuu.. Camne tu? Hihi

    ReplyDelete
  2. Refresh dan restart mood dan minda ye mummy..

    ReplyDelete
  3. baru perasan dh lama takde ME TIME ni.hihi


    datang singgah dari bloglist ena , nak jemput JOIN dan SUPPORT 1st GA ena : http://www.aeinnamusa.com/2015/08/giveaway-1.0-by-ena.html

    TIA

    ReplyDelete
  4. sesekali kak lepaking bersama kawan :)

    ReplyDelete
  5. hmmm aida sudah takde kot the me time :(
    sebab frens pun semua busy.
    beranak pinak masing-masing...
    hu hu hu :(

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !