Tentang Alergi Anak Kecil...

Farah Waheda Wahid
6
Sumber Dari Google
Olo olo olo, kesiannya dia... Comel dah, sangat-sangat comel... (semua bayi pun comel yer tak? Mana ada yang tak comel?)...Tapi yang kasihannya apabila bayi tersebut sedang mengalami alergi. Kadang-kadang jadi tak sanggup melihatnya...Sebab kasihan sangat-sangat bila membayangkan bagaimanalah rasanya dia kegatalan dan merasa tidak selesa. 

Yang menjadi ibunya pula, dah tentu-tentulah risau yer tak? Bila anak kecil mula cirit-birit, muntah atau mengalami bengkak di bahagian anggota tubuh. Sebenarnya banyak sebab dan antaranya adalah alahan kepada pemakanan. Sebab tu memang penting ibu bapa untuk cuba mengenali serba sedikit mengenai alergi yang dilalui oleh anak kecil. Jangan semberonon sapu ubat dan terus bagi makanan pada si kecil yer?

Macam Ash, dia alergi pada udang. Kalau makan udang, mulalah dia tergaru-garu sana, tergaru-garu sini. Tapi tak ada pula naik ruam, kemerah-merahan ataupun bengkak ke apa...Cuma kulit dia seolah-olah terasa gatal dan mendorong dia untuk menggaru. 

Mangsa terdekat dengan dunia alergik adalah bayi berusia di bawah 2 tahun, terutama di bawah 3 bulan. Ini kerana semenjak usia lahir sehingga 3 tahun, organ tubuh yang paling sensitif ialah kulit dan pencernaan. Tidak hairanlah jika ramai kanak-kanak yang menderita alergi terhadap jenis makanan yang diambil yer tak? 

Perkongsian dari pembacaan Farah di SINI, ada cara dan beberapa jenis alergi yang kerap menyerang bayi dan kanak-kanak, antaranya:

Debu
Alergi hama adalah reaksi terhadap partikel kecil yang berkembang biak dalam suhu yang hangat dan lembap seperti selimut, kain dan karpet. Dalam kes ringan, ia menyebabkan demam, bersin, kesejukan, mata merah atau berair, batuk, hidung tersumbat dan hingus berair. Namun ia boleh lebih serius apabila membuatkan penderita mengalami asma, sakit di bahagian dada hingga sesak nafas.

Bila bercakap tentang debu ni kannn? Macam biasalah...rumah nak kena rajin kemas dan bersihkanlah... Hu hu hu, bila anak dah alergi pada debu, memang kena rajin mengemop dan mengelap. Al-maklumlah rumah kan memang cepat berdebu. 

Susu Lembu
Bagi bayi, susu lembu termasuk protein yang asing. Oleh itu, susu ini sebaiknya diberikan setelah bayi berusia 1 tahun. Protein susu lembu boleh menyebabkan alergi yang berterusan sehingga memasuki usia remaja. Ini termasuklah mengambil produk olahan susu seperti ais krim, keju dan yogurt. 

Ash pernah mengalami seketika alergi susu lembu ni, asyik ter-"cherry berry" jer dia, akhirnya dari susu AnMum, bertukar kepada susu SIMILAC buat seketika, kemudiannya bila dah 2 bulan macam tu, baru beralih ke Friso Gold 3. Alhamdulillah, sampai sekarang kekal dan tiada apa-apa masalah alergi pada dia. 

Telur
Alergi telur berlaku kerana terdapat 3 protein di dalam telur, iaitu ovomucoid, ovalbumin dan conalbumin. Lazimnya penderita alergi terhadap telur juga menghadapi alergi terhadap ayam dan ayam Belanda. Bagaimanapun, 80 hingga 90 peratus alergi telur pada kanak-kanak akan hilang dengan sendirinya ketika mereka berusia 3 tahun.

Ikan Dan Makanan Laut
Salah satu alergik yang kuat, khususnya ikan laut, udang dan ketam. Bentuk reaksi alergi yang sering muncul adalah asma. Dengan hanya mencium bau yang sedang dimasak, anak yang sangat sensitif boleh mengalami sesak nafas dan bersin. Biasanya bengkak di kawasan bibir atau muntah adalah reaksi yang sering berlaku. 

Kekacang
Gejala yang biasa dihidapi ialah gatal ditetak. Walaubagaimanapun, memandangkan sifat alergennya yang rendah, ia menjadi pengganti susu lembu pada anak yang alergi susu lembu. 

Sayur dan Buah-Buahan
Alergi terhadap sayur dan buah-buahan sering dialami mereka yang juga alergi terhadap serbuk bunga. Sifat alerginya akan hilang jika sayur dan buah-buahan dimasak selama 2 minit.

Ada pelbagai jenis alergi kan? Memang mana ada mak-mak yang nak tengok anak alergi itu alergi ini, tetapi kalau dah terkena dan memang anak tersebut sensitif terhadap sesuatu bahan pemakanan tu, makanya kitalah yang kena ambil langkah pencegahan dan lakukan sesuatu supaya anak-anak tidak merasa ketidakselesaan alahan yang dialami. 

Post a Comment

6Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. anak sue alergi yg lead pd ekzema, salah satu perkara yg harus dijaga ialah bab pemakanan mcm seafood dan telur.

    ReplyDelete
  2. nice share..dulu asyraf alergik..xleh mkn apa2 sumber susu lmbu.tp skrg ok plak minum susu formula

    ReplyDelete
  3. memang kesian tengok baby yang ada eczema..tergaru-garu mereka. Adaanak sedara yang ada eczema tu, dah 3 tahun umur dia tapi sampai sekarang tak pasti punca nya apa.

    ReplyDelete
  4. Diana tak ada juga alergik...Alhamdulillah....tapi adik Diana ni jer alergik pada makanan udang dan ketam...

    ReplyDelete
  5. Tak tau nk kenal pasti alergi si anak. Sbb skg yg menggaru2 tu sbb dia tgh ruam. Tak tahu la plk kalau sbb mama dia xjaga pemakanan ke apa.
    Tp yg sure Sarah hidung dia sgt sensitif dgn bau yg baru dia hidu. Cepat je akan bersin 2x. Tak kisah la bau apa utk pertama kali.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !