Sesekali Kita Katakanlah YA kepada Anak-Anak... ^_^

Farah Waheda Wahid
5
Sumber dari Google
Macam tulah sekali gembiranya hati anak-anak oiiii kalau sesekali kita katakan YA kepada perkara-perkara yang selalunya kita larang mereka dari lakukan ataupun kita katakan YA boleh makan bila kita beri kebenaran kepada mereka untuk makan, makanan yang kita larang mereka dari makan kebiasaannya. Seronok tak? Seronok kan tengok wajah anak-anak mempamerkan kebahagian dan kegembiraan yang ikhlas.

Ibu bapa mana yang tak suka melihat anak kegembiraan? Di dalam mendidik anak, pastinya ada perkara yang kita larang dan ada perkara yang boleh kita bertolak ansur yer tak? Apabila bergelar ibu ada kalanya anda perlu bertindak seimbang dalam memastikan anak-anak sihat dan dalam masa yang sama gembira. Ibu memang berusaha untuk membuatkan anak-anak gembira dalam dunia kanak-kanak mereka. #ehhh oklah oklah bapa pun samaaa.... tapi biasanya bapa garang sedikit kannn? 

Tetapi adakalanya kegembiraan tersebut bertukar kepada permintaan yang bukan-bukan hingga menyebabkan si ibu bertukar hijauuuu... ha ha ha... Mak ko hijo....   "naik angin" terutama apabila melibatkan bab keselamatan. Akhirnya ibu mengambil keputusan untuk berkata "tidak" terhadap permintaan yang tak masuk akal.

Jadi ibu ni sepatutnya kena "happening" dan ceria sikit. Kadang-kala tu tak salah kalau kita berkata YA kepada sesetengah perkara yang tidak masuk akal yang diminta oleh anak-anak. Sesekali tu tak salah untuk membuatkan mereka gembira dan ceria, tapiiii "of course" bukan selalu yerrrr??? ;-)

Menurut artikel di SINI, sesekali tu katalah ya kepada???

Seharian Di Hadapan Televisyen
Sesekali apa salahnya berkata YA kepada anak-anak untuk menonton televisyen sehari suntuk. Mesti mereka seronok sebab dapat menonton cerita kegemaran tanpa kata larangan daripada ibu. Macam kes Iman Ash, dia tonton televisyen tapi bila dah bosan dia sendiri yang beralih buat aktiviti apa yang dia suka...Ha ha ha.... 

Makan "Jajan"
Mungkin bukan seharian tetapi tak salah bagi mereka kebenaran makan "jajan" yang sudah lama diidamkan. Senyum sampai ke telingalah jawabnya.

Lompat Atas Sofa
Mungkin sebelum ini anda penat menjerit "jangan lompat atas sofa ibu" sampai 100 kali. Cuba sekali sahaja apabila mereka lompat anda biarkan sahaja. Anak anda tentu hairan kenapa ibu tak marah. Ha ha ha, lepas tu bersedialah untuk "survey" sofa baru yer???

Abaikan Kerja Rumah
Untuk satu hari sahaja, apa salahnya abaikan sekejap rumah bersepah yang dilakukan oleh anak-anak? Ibu bukannya robot yang perlu mencuci, menukar lampin, memasak, mengemas rumah 24 jam sehari selama tujuh hari. Sesekali abaikan jer...Ha ha ha, tapi jujur Farah jenis yang tak tahan ok? Tak sanggup oiiii... Pening dan semak rasanya...

Bermain Dengan Anak
Apa salahnya bermain dengan anak anda? Bagilah si kecil peluang bermain masak-masak, pondok-pondok, mekap-mekap atau lari kejar mengejar dengan anda. Mesti dia seronok dan menjadi memori indahnya sampai bila-bila.

Boleh Conteng Dinding
Kadang kala cuba bagi anak-anak kebenaran menconteng dinding (sediakan satu sudut khas sahaja) di kawasan rumah anda. Anda cuma perlu memantau untuk memastikan keselamatan dan tersenyum kepada mereka. Ha ha ha, sila korbankan satu sudut rumah untuk contengan yer ibu-ibu.... Tapi idea yang bernas dari salah seorang pembaca Bubblynotes.Com adalah... lekatkan kertas mahjong tu di dinding...lepas tu contenglah puas-puas nak oiiiii!!!!

Benarkan Si Kecil Menang Pertengkaran
Cara terpantas untuk mengakhiri pertengkaran dengan si kecil adalah tersenyum, mengangguk dan berkata... "Ash betul!!!". Haaaa kalau orang dewasa yang nak menang sangat dalam pertengkaran tu, berkelakuan seperti ni, nak kita akui dia betul juga, maknanya macam budak-budak kecil lettew...Hik hik hik... Apa nak buat, ya kan ajerlah... Jika tidak, anda perlu mendengar si kecil sibuk menerangkan dengan lengkap apa yang terjadi tentang sesuatu perkara itu.

Bertinju Dengan Adik Beradik
Kalau anda ada beberapa anak lelaki, kalaulah... bergaduh dan bertinju adalah perkara biasa. Sesekali cuba jadi pengadil dan berdiri di tepi mereka. Mesti mereka tak jadi bertumbuk.

Makan Aiskrim Waktu Malam
"Betul ke Mommy???" mungkin soalan itu yang akan ditanya banyak kali oleh anak anda. Apa salahnya bagi peluang.

Tidur Lewat
Mesti muka mereka macam tak percaya bila ibu beri kebenaran untuk tidur lewat kerana hendak menonton filem kegemaran. Tapi pastikan anda pilih malam minggu supaya anak tidak buat hal untuk bangun pagi ke sekolah pula.

Jujurnya, kalau hidup ber-Mommy-kan Farah, memang banyak "rules and regulation"...Sebab nak pupuk dan didik disiplin anak tu yang benarnya...Tapi tak adalah pemerintahan kuku besi sampai menjadikan tekanan kepada anak...Hishhh... Farah ni jenis "happy go lucky" dan "firm"... Dalam gelak, dalam senyum ada ketegasan... Sesekali anak perlu dimarahi bukan dibelai senantiasa...Kalau dibelai sahaja senantiasa tanpa ditegur kesalahan mereka nanti jadi lain pula... Tapi "to say OK once a while is OK with me..."...:-)...Alaaa, macam kita kecil-kecil dulu lah kannn? 

Bila sesekali ibu bapa kita beri kebenaran untuk sesuatu kitalah orang yang paling gembira yer tak? He he he... 

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Memang seronok bila mak ayah bagi apa yang kita nak :D

    ReplyDelete
  2. Anak ena jenis nya kene kata YA..never say no ? Kalau tak mengamuk.

    Kalau kita xmo benarkan pon, kata YA dlu , OK dlu..lepas tu buat xtahu je apa dia mintak tadi; )

    ReplyDelete
  3. Betul... betul... saya pun mmg ada waktu2 yg saya bolehkan YA pada sesuatu yg mereka suka...

    ReplyDelete
  4. Salam singgah pagi Farah....setuju dengan apa yang Farah kongsikan ni...Ibu bapa mana tak gembira bila tengok si anak gembira...

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah YA bila sarah dh besar sikit dan dh mula buat perangai nti. Hehehe,

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !