 |
Sumber dari Google |
Dahulunya Farah pernah berkongsi tentang penyakit meroyan di dalam entri
Jenis-Jenis Sakit Meroyan, ingatkanlah kan, hanya kaum wanita yang lepas bersalin sahaja berpotensi mengalami penyakit meroyan ni. Huhh...rupa-rupanya, seorang bapa juga berpotensi untuk terkena penyakit meroyan ni.
Terlebih dahulu, apa yang Farah faham dan Farah pernah baca adalah, mengikut ilmu perbidanan Melayu, penyakit meroyan atau merian hendaklah diberi perhatian kerana penyakit ini akan berlarutan seumur hidup sekiranya dibiarkan tanpa rawatan. Salah satu punca penyakit meroyan ini adalah dikatakan darah bantal yang tidak keluar dengan sempurna ataupun teratur, yang seterusnya akan menjadi darah beracun. Darah beracun ini akan menguasai urat saraf dan mengganggu keseimbangan hormon wanita.
 |
Sumber dari Google |
Alih-alih hari ini, terlintas pula membaca satu artikel yang mengatakan bahawasanya penyakit meroyan bukan sahaja boleh menyerang seorang wanita atau ibu tetapi juga boleh menyerang seorang bapa. Hu hu hu... Owhhh, macam ni pun ada... Menurut artikel di
SINI
Postpartum Depression atau kemurungan atau dalam bahasa pasar, sakit meroyan sering dikaitkan dengan wanita selepas bersalin. Tetapi tahukah anda,lelaki yang baru bergelar ayah juga boleh diserang postpartum depression.
Banyak kajian yang dilakukan oleh Pakar Psikiatri sejak tahun 2007 membuktikan kaum lelaki juga mengalami perubahan hormon sama seperti pasangan mereka, suami juga mempunyai risiko yang tinggi mengalami kecelaruan emosi.
Kira-kira 10-15% kaum lelaki mengalami pengalaman kemurungan atau kebimbangan ketika isteri mereka mengandung dan semakin melahirkan bayi. Mengapa lelaki mendapat postpartum depression? Masalah kewangan dan dibuang kerja, apatah lagi berita buruk itu diterima saat si isteri memberitahu dirinya disahkan mengandung adalah punca utama mengapa lelaki kena postpartum depression.
Rasa rendah diri, tidak berguna, hilang keyakinan diri membuatkan karakter bakal ayah berubah menjadi cepat pemarah walau kepada perkara remeh temeh, pemurung, pertambahan berat badan dengan mendadak dan lagi teruk keletihan yang melampau.
Biasanya sukar hendak perasan seorang ayah itu mengalami kemurungan. Wanita lebih beremosi dan mudah menunjukkan perasaan mereka melalui tangisan tetapi lelaki dengan ego mereka tentu sahaja tidak mahu menunjukkan yang mereka sedang dalam kemurungan. Dengan kesibukkan di tempat kerja, kemurungan tersebut hanya dapat dilepaskan menerusi kemarahan dan kekecewaan.
Kajian juga mendapati, lelaki yang baru bergelar ayah kurang meminta bantuan seperti ibu baru. Mereka dengan keegoan yang tinggi tetap percaya yang mereka tiada masalah dan sebagai ketua keluarga mereka mesti menunjukkan diri tahu segalanya.
Hakikatnya kannn? Lelaki juga perlu mengakui adakalanya mereka perlukan bantuan. Ia adalah perkara normal untuk merasakan pelbagai emosi sebaik menerima kelahiran anak. Situasi baru tersebut tentu sahaja memerlukan ibu bapa baru tersebut belajar menyesuaikan diri. Sepatutnya perasaan bercampur baur antara gembira, sedih, takut, bimbang itu hanya setakat sebulan sahaja. Selepas melakukan pelbagai aktiviti menguruskan bayi setiap hari, mereka seharusnya sudah boleh menyesuaikan diri.
Oleh yang demikian, sekiranya anda yang baru bergelar ayah mengalami situasi kemurungan, jangan pendamkan ia. Segera berbincang dengan pasangan atau berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan. Jangan biarkan ia semakin parah. Ingatlah yer...sebagai bapa andalah tempat isteri dan anak berlindung.
Ada rupanya, hu hu hu...tetapi jarang-jarang kot? Dan Farah rasa memang tak mustahil terjadi pun....
Yup. Lelaki dengan egonya. Tanpa mereka sedari mereka juga sakit meroyan! Arghh takutnya!
ReplyDeleteBaru tau..ingatkan perempuan je yg kena penyakit meroyan nie..
ReplyDelete