Rasanya baru sahaja lagi bercerita tentang Mural Pertama Ash Di Atas "Tiles" beberapa hari sebelum raya hari tu. Hu hu hu. Hari ini ada kisah lain pula bila Ash sekali lagi dapat krayon di tangannya. Yang peliknya tu, krayon hijau juga tu yang jadi pilihan dia. Ha ha ha... Tapi bukan Ash hijau tau...
Jika cerita yang lepas kisahnya menconteng "tiles"... Kali ini dah "upgrade" sedikit. Dari bawah naik ke atas. Muahahaha... Dari "tiles" beralih ke "sliding door". Amboiiii... Kemain syok dia menconteng "sliding door".
Dah macam papan putih jer dia buat "sliding door"... Huntunglah bukan dinding oiiii... Tapiii tanda-tanda nak ke dinding tu dah macam ada kalau dah mula di "sliding door" kan? Tak mustahil pun...
Nampak-nampak gayanya dah mula kena cari dan gantung papan putih. Tempat khas untuk Ash menconteng. Tapi efektif tak agak-agak? Kalau tak efektif, bermakna dah mula kena siap sedia untuk mengecat dinding rumahlah ni jawabnya. ;-)
memang kene buat khas papan putih untuk anak menconteng..takdelah conteng dinding..
ReplyDeletesalam cik farah...
ReplyDeletehaha ash..ash...biasalakan..mne dia tau..budak2 asl boleh dilukis,diukir semua nk buat ^o^
Farahhhh
ReplyDeletecreatif yer ash..
saya beli kertas putih mcm kertas mahjong tu tampal kt dinding..haa ari2 diorg menconteng sepuas hati..lama2 dh bosan dh x conteng dah :d
ReplyDeletekalau ada anak kecik sabar jelah... akak dah ada pengalaman dinding kena conteng dgn Abg Adam... dia kata buku tulis dia abis, jadi adam tulis kat dinding... bolehhh huhu
ReplyDeleteDah minat ash ni dalam bidang seni...hihi
ReplyDelete