Sehingga 11 Ogos 2015...

Farah Waheda Wahid
13
Sumber dari Google
Ramai yang hairan, ramai yang jadi pelik, sejak kebelakangan ni gayanya macam Farah sentiasa ada di rumah sahaja. Ha ha ha...Memang yer punnn... Bermula Ogos 2015, sememangnya Farah telah memulakan tugas-tugas sebagai blogger sepenuh masa dan juga menghabiskan sisa-sisa hari di rumah menjaga Ash.

Oooo, macam nilah rasanya jadi blogger sepenuh masa berbanding blogger separuh masa yer. Jangan pandang rendah dan jangan pandang sebelah mata tau. Bukan mudah menjadi blogger sepenuh masa ni. Terutama-tamanya kalau beranak kecil. Kena lakukan pembahagian masa yang sebetulnya agar tidak ada yang tergelincir. Sama macam bekerja juga. 

Bila menjadi blogger sepenuh masa ni, memang kena kerja keras sedikit lagi dari kebiasaan ok? Siapa kata mudah menjadi blogger sepenuh masa? Dari sumber rezeki itulah dapat melunaskan komitmen yang ada sedikit demi sedikit. Jadi blogger sepenuh masa perlu bijak dengan perancangan, perlu bijak menyimpan, perlu bijak berbelanja dan perlu pastikan agar segalanya "on track". 

Tiada masa untuk bermain-main dan bersuka-suka sebegitu sahaja berblog. Tiada masa untuk bermalas-malasan. Tiada masa untuk mengambil tahu perkara-perkara remeh. Kena sentiasa fikir ke hadapan, kena sentiasa membuat perancangan tentang apa yang mendatang. Jadi blogger sepenuh masa bukan seperti makan gaji. Kewangan adalah salah satu faktor yang sangat-sangat "crucial" yang betul-betul perlu dijaga. Kalau tidak... Memang terasa perit, memang terasa derita weiii.... Alhamdulillah, dengan hasil blog, duit kereta tidak tergantung, duit rumah tetap berbayar, keperluan anak tetap cukup. Waktu permulaan ni memang perlahan-lahan kayuhlah... 

Fuyooo...bunyi serius sungguh macam selama-lamanya bakal bergelar blogger sepenuh masa. In Shaa Allah, jika sampai masanya jika sampai ketikanya... Sampailah rezeki nak jadi blogger sepenuh masa yang diidam-idamkan. Siapa kata dengan berblog tidak boleh hidup? Dengan berblog tidak boleh menghidupkan anak? In Shaa Allah, boleh...Rezeki itu Allah yang punya, rezeki Allah itu luas... Jika Allah nak beri, berilah...Yakin pada rezeki Allah SWT dan percayalah ada rezeki buat zuriat kita. 

Apa ajer yang dibuat bila dah duduk rumah ni? Puas weiii puas... Memang rasa satu kepuasan yang inilah yang nak Farah rasai selama ini. Patutlah ramai yang ambil keputusan untuk duduk di rumah, bekerja sendiri, buat perniagaan atas talian dan kerja sebagai "freelancer". Tidak terikat, tidak perlu menurut sesuatu yang tidak disukai, banyak masa dengan anak, boleh buat segala-galanya untuk keluarga, bebas ke sana ke mari sesuka hati. Hew hew hew... 

Paginya, masih bangun awal seperti biasa... Usai Solat Subuh, duduk menghadap telefon, semak e-mel yang masuk, balas e-mel yang patut dan rancang apakah kerja-kerja blog yang perlu diselesaikan untuk hari tersebut. Rancanglah, pukul berapa nak kemas rumah, pukul berapa nak masak, pukul berapa nak tidurkan anak, pukul berapa nak "cyber cafe", pukul berapa nak balik dari "cyber cafe", pukul berapa nak mandikan anak, pukul berapa nak tidurkan anak... Hua hua hua... Tak mencabar langsung ek? 

Sumber dari Google
Rutin hariannya, pagi sebelum Ash bangun dari tidur, melakukan aktiviti mengemas rumah. Mainan yang berterabur disimpan elok-elok walaupun tahu dia akan teraburkan kembali. Muahahaha.... Kemas apa yang patut. Lap habuk, sapu rumah, "vacuum" rumah, mop lantai. Selepas itu, keluarkan ikan ke ayam ke daging ke sayur ke dari peti. Siapkan bahan-bahan untuk memasak makanan tengah hari. 

Ash bangun jer... mandikan dia, beri dia sarapan pagi. Luangkan masa bersama dia, sambil-sambil dia bermain tu, sesekali tangan capai telefon. Semak e-mel. Kot-kotlah ada e-mel baru masuk kan? Selepas itu, layan dia bermain, ajar dia apa yang patut. Kemudiannya, gerak ke dapur, masak untuk makan tengah hari. Pukul 12.00 tengah hari adalah waktu makan Ash. Jadi kena masak sebelum tu. 

Dah selesai masak, beri Ash makan. Selesai Ash makan, mandikan dia, siapkan dia, bancuh susu, masukkan air suam ke dalam botol susu dia. Bentangkan tilam...tidurkan dia. Dia dah tidur...tunggu Solat Zohor. Selesai Zohor, Ash tidur...Masa tulah bergerak ke "cyber cafe" untuk melangsaikan segala kerja-kerja yang perlu dilangsaikan. Kebiasaannya, Farah akan menghabiskan masa di "cyber cafe" dari pukul 2.00 petang sehingga ke 5.30 petang. Hua hua hua, hari-hari dok tabur duit kat "cyber cafe" tu oiiii... Kaya tauke Arab "cyber cafe" ni... Ihiksss.... 

Macam bekerja biasa juga... Ada masa Ash akan ditinggalkan. Kalau-kalau ada keperluan untuk Farah ke mana-mana untuk temujanji, Ash tetap kena tinggal dengan Nek Ma dia. Selesai di "cyber cafe", pulang ke rumah, Ash pun dah bangun dari tidur. Mandikan dia, siapkan dia, beri Ash makan malam, Solat Maghrib, Solat Isya' dan bermain serta habiskan masa dengan dia sampai tiba waktu tidur dia pada pukul 10.30 malam.

Selepas dia tidur, waktu tu barulah boleh menghadap telefon sepuas-puasnya...tak kisahlah "update" blog ke, layan Facebook ke, layan Instagram ke... Gitchewsss...Indahnya "moment" bersama anak yer tak? Hargailah waktu-waktu ini selagi ada katanya... 

Errrr...selama-lamanya ke akan jadi blogger sepenuh masa ni? Dengggg... Kenapa ambil keputusan untuk jadi blogger sepenuh masa? Kenapa berhenti kerja? Ada masalah di tempat kerja ke? Atau disuruh berhenti kerja ke? Uishhh... "harsh" benar tanggapan tu.... Ihikss... Bukan, bukan, bukan... Ini adalah untuk sementara waktu sahaja.... Mana boleh tak kerja? Mesti kena kerja juga. Segalanya di bahu sendiri harus bekerja. Untuk jadi blogger sepenuh masa itu memang impian, tetapi belum sampai ke tahap yang Farah inginkan..."security" itu masih belum ada di situ lagi.

Ini semua hanyalah sementara ok??? Sehingga 11 Ogos 2015 sahaja. Selepas itu, Farah akan mula kembali bekerja di tempat yang baru. Ingat tak entri Farah berkenaan dengan Semangat Kerja Menurun??? Jom Cuba Cara Ini!!! dan Petanda Anda Sudah Bosan Bekerja Di Sesuatu Tempat...... haaa tu ada kena mengenalah tu...lepas tu memang dah tak boleh blah dengan Abang Jess dah... Ihikss..."chemistry" tu memang tak ada dengan dia... Dia sangat berlainan dengan Pink Panther... Bila rasa tak sesuai, kenapa perlu paksa diri lagi yer tak? Segah mana pun syarikatnya, sehebat mana pun pekerjaannya...Jika tiada keserasian, jika tidak gembira kenapa perlu paksa diri? Kena berani ambil keputusan, kena berani mengorak langkah. 

Alaaaa...setiap dari kita punya alasan yang tersendiri. Ihikss sesiapa yang tahu apakah sebab musababnya fahamlah... Tapi tak perlulah Farah ceritakan secara terperinci sangat di sini yer tak? Ok ok... 12 Ogos 2015, akan bermulalah tugasan Farah di syarikat yang baru. In Shaa Allah. Segalanya telah di-"confirm"kan dan segalanya telah ditandatangani. "Bye bye" Ash... Kembali kepada norma kehidupan yang normal kembali. Hari bekerja Mommy akan pergi bekerja siang hari dan malam ada rumah, hujung minggu, kita luangkan masa sepuas-puasnya bersama ek? :-)... Doakan Mommy supaya bertambah murah rezeki.

Kehidupan selepas itu, memang dijangkakan akan menjadi sibuk seperti sediakala dan kerja-kerja blog masih aktif seperti biasa. Cuma perlu mengimbangkan kesibukkan kerja dengan blog semula-lah selepas ini. In Shaa Allah, Bubblynotes.Com beroperasi seperti biasa dan tidak akan dibiarkan terbengkalai ataupun berhabuk. 

Sumber dari Google
Bulan Ogos ni juga, setelah bermulanya tugasan di pejabat baru, syarikat baru... Farah akan "travel" ke Pulau Pinang secara "on and off" atas urusan kerja. Makanya, memang kemungkinan besar Ash akan ditinggalkan untuk semalam dua atas urusan kerja. Bukannya suka-suka tinggalkan dia...tetapi tuntutan kerja. Selepas ini, sememangnya kehidupan agak sibuk kerana banyak yang perlu Farah kendalikan dan Farah juga perlu bekerja dengan "team" dari Pulau Pinang. Tarikh belum ada lagi.... Tapi memang perancangan telah ada dan "confirm". Lagipun , CEO "based" di Pulau Pinang. Makan anginlah pula kita. 

Tugasan baru, tanggungjawab baru yang perlu digalas. Semuanya semata-mata demi kepuasan di dalam kerjaya dan perkembangan kerjaya. Moga-moga dipermudahkan oleh Allah SWT hendaknya. Semuanya untuk kelangsungan hidup dan juga Ash. In Shaa Allah, Amin... 

Sehingga itu, yer, memang Farah ada di rumah dan tidak bekerja sehingga 11 Ogos 2015. Ahakss...moga-moga menjawablah pada sesiapa yang tertanya-tanya tu... Saja jer cerita supaya tak susah payah bertanya lagi...La la la la...Atau tak susah payah mencari jawapan lagi....;-)

Post a Comment

13Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. wah..fulltime blogger memang mencabar..kena lebih rajin menaip la lepas ni. Chaiyok Chaiyok U can Do It..kalau mai Penang boleh la dating dgn saya ^_^*

    ReplyDelete
  2. happy selalu itu penting...

    http://jmbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Owh... Kerja baru pula... Patut la banyak masa sampai tukar baju habis... Hehe... Moga lebih cemerlang ditempat baru...

    MF jadi blogger sepenuh masa time cuti sekolah je la... Selebihnya separuh masa... Hehe

    ReplyDelete
  4. rehat la sementara ada masa ni...kalau tak nnt lama-lama bosan keja, xde masa nak rehat, kang menyesal...

    best of luck utk keja baru :)

    ReplyDelete
  5. sama la kita farah.. resign kerja tapi, full time blogger belum lg kot. hihihi

    ReplyDelete
  6. semoga semuanya dipermudahkan :)

    ReplyDelete
  7. Semoga sukses di tempat baru...huhu

    ReplyDelete
  8. amboi lama dok kt cc tu..
    hehe ingtkn slelau o9 kt uma...

    ReplyDelete
  9. gud luck utk tmpt bru nti ye..^_^

    ReplyDelete
  10. Tahniah Farah! Selamat berhijrah ke tempat kerja yang baru. Semoga lebih berjaya dalam karier. Erkk camne nak jadi blogger sepenuh masa yang berjaya? Any tips? Huhhu..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !