Rasa Macam Nak Mula Mencari Berus Gigi Elektronik Untuk Ash...

Farah Waheda Wahid
6

Nak memberus gigi dia sekarang, huhhh, bukan senang oiii...Kalau dengan Mommy nak jugalah dia duduk diam berus gigi tu walaupun adalah sikit bunyi hok sana hek sana hik sini hak situ.... Tapi kalau dengan Nek Ma dia, ya ampunnn macam kena cubit-cubit nangis dia, tak mahu gigi digosok... Dush dush dush... 

Gosok tetap gosok. Ho ho ho, paksaan berlaku di situ... Nak ke tak nak ke...Mommy tetap akan gosok dan dah pesan pada Nek Ma untuk gosok juga walau dia menangis macam mana pun. Uhukss...kejam sangat ke bunyinya? Demi kebersihan gigi dan memang kena pupuk untuk menjaga kebersihan gigi sedari kecil. Itu peraturan Mommy tau Ash.

Tidak boleh "skip" walau sehari punnn... Pagi sekali, petang sekali dan malam sekali. Memang Mommy atau Nek Ma Ash akan gosok juga gigi Ash... Nasiblah tahu nak buang ubat gigi tu dan tak telan ubat gigi tu. Memang tak mahu dia telan ubat gigi. 

Ash memang ada berus gigi yang ini... 

Sumber dari Google 
Disebabkan keadaan dia yang meronta-ronta tak mau gigi digosok tu, muahahaha...memang mustahillah nak gunakan berus gigi ni. Berus gigi ni dia buat main kocak-kocak air dalam besen. Suka hatilah Ash, asalkan "happy" dan Mommy atau Nek Ma mudah kerja. Hu hu hu... Makanya, sehingga ke hari ini, demi memberus gigi masih memakai berus gigi silikon yang ini... 


Gambar ulang tayang kembali dari entri Silicone Finger Toothbrush ... ngeee... Caranya dudukkan dia di atas riba,kemudian dongakkan kepala, secara perlahan-lahan pujuk dia buka mulut dan berus secara perlahan-lahan... Ha ha ha... Tapi tak adalah pegang dia kuat-kuat sampai dia rasa sakit...Lepaslah...Selamatlah acara memberus gigi tu...Ikut "mood" juga tu, ada hari-hari dia ketap bibir dia... Phewww...payah betul nak memberus gigi...Suruh berus gigi jer pun Ash oiiii.... 

Duduk-duduk kejap tadi terfikir pula nak membeli berus gigi elektronik untuk Ash... Ha ha ha...Kononnya nak senang kerja lettew... 

Sumber dari Google
Senang kerja ke? Sebab Mommy teringin nak kumpul berus gigi elektronik yang comel-comel? Ahaksss... Tu pun yer jugak tuh... La la la la... Macam tertarik dan menarik pula bila tengok... Yang penting... apabila tiba ke waktu pemilihan berus gigi untuk anak kecil kita, tidak kira sama ada manual ataupun elektrik, haruslah menitikberatkan kesesuaian berus gigi untuk anak kita dari segi rekaan yang khas untuk peringkat umur mereka, berus yang lembut yang tidak akan mengakibatkan kecederaan pada gigi ataupun gusi anak-anak, sesuai serta selamat dikendalikan oleh ibu bapa dan juga anak-anak dan pemegang yang mudah dicengkap oleh kita ataupun anak-anak. 

Harap-harapnya dia sukalah kann bila dah ada berus gigi elektronik... jangan dia takut sudah bila mendengar bunyi berus gigi elektronik tu berfungsi... ;-) 

Post a Comment

6Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Aqil jenuh kena pksa gosok gigi...dl ok..skrg susah bkn main...hai la ank

    ReplyDelete
  2. Salam singgah petang di sini farah....mesti ash suka dengan berus gigi elektronik tu sebab comel....hihi

    ReplyDelete
  3. Hehehe..ni kes macam anak buah PC..nangis meraung raung.,macam kena rotan..jiran sampai datang igt kena pukul..rupanya kes tak nak gosok gigi..hahaha..

    ReplyDelete
  4. comel je ash dengan gigi dua batang kat depan tuh.. hehe

    ReplyDelete
  5. Comel je gigi rabbit dia tu hehe :)
    Maybe dia akan jd lebih rajin gosok gigi ke kalau beli yang elektronik sebab macam menarik je kan siap ada bunyi2 lagi kuikuikui :))

    _____________________

    Reply Your Comment at http://kumbangmerahbintikhitam.blogspot.com/2014/12/officially-wife.html

    Terima Kasih akak (^_^)
    Amin InsyaAllah

    ReplyDelete
  6. Tq farah share pasal nie..sha pun mcm kena cari gak yg elektronik nie..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !