Persiapan Untuk Kembali Bekerja...

Farah Waheda Wahid
4
Sumber dari Google
Lebih kurang 96 jam jer lagi, Farah akan kembali bekerja semula. Akhirnya bulan madu dan cuti singkat selama lebih kurang 11 hari akan berakhir juga. Dan tibalah masa untuk kembali fokus kepada dunia kerjaya. Ngeee... 

Tempat baru, kawasan baru tetapi masih di dalam jajahan Petaling Jaya. Memang sekitar itu sahajalah pejabatnya berkitaran yer tak? #ehhh Petaling Jaya tu luas. Boleh jadi Petaling Jaya Utara ataupun Petaling Jaya Selatan ok? 

Bila dah bercuti dan akan kembali bekerja ni, sememangnya banyak juga persiapan yang perlu dilakukan dan memang kalau boleh hujung minggu ni nak selesaikan semuanya. Tidak mahu terkocoh-kocoh dan kelam kabut di saat akhir katanya. 

Antara perkara yang telah tersenarai... 

Sumber dari Google
Servis Kereta. Memang dah sampai waktu tempoh servis berkala dah pun. Minyak hitam perlu diganti, minyak gear automatik perlu diperiksa, "brake disk" perlu diperiksa... Pendek kata segalanya perlu diperiksa. Kerja yang baru tidak terperap selamanya di pejabat. Ada masa-masa perlu "travel" ke sana ke mari. Makanya kenalah pastikan kenderaan berada di dalam keadaan yang baik. Demi untuk keselamatan perjalanan. 

Sumber dari Google
Basuh Kereta. Ini memang rutin mingguan. Memang setiap minggu wajib basuh kereta. Alang-alang dah nak mula kerja tu kan? Basuhlah kereta sekali... Ha ha ha... Kasi kilat sikit...

Sumber dari Google
"Top Up" Touch N Go. Dah sedang-sedang elok sangat dah untuk tambah nilai kad nih. Sejak tak bekerja 8 hari yang lepas, sejak tulah kad ni ada RM 1 hinggit jer dalam tu. Muahahaha... Kena tambah nilai, pagi nak gunakan laluan LATAR, nak cepat... Masuk kerja 8.30 pagi oiiiii.... Kalau nak lalu jalan tak bertol alamatnya pukul 10.00 pagi belum tentu sampai pejabat. Lagipun kerja banyak ke sana ke mari, kena siap sedia dengan kad ni. Manalah tau kot-kot lalu kawasan tol elektronik sepenuhnya. 

Sumber dari Google
Duit Syiling Yang Banyakkk... Buat sementara waktu sementara mendapatkan pas bulanan untuk "parking" terpaksa membawa sejumlah duit syiling untuk bayaran "parking" yer kalau-kalau tidak berhajat kereta ditunda oleh pihak Majlis Perbandaran. Kadar bayaran minima adalah RM 5 ke RM 6 entah sehari. Lupa dahhh... Habislah tabung Ash jadi mangsa... #ehhh tapi ganti balik dengan duit kertas tau. Jadilah pengumpul duit syiling buat sementara waktu. 

Sumber dari Google
Gosok Baju Kerja. Tabiat biasa, rutin biasa bermula kembali setelah sekian lama ditinggalkan. Syarikat yang lama dulu tak perlu nak fikir sangat kerana "smart-casual", belasah pakai seluar denim hari-hari. Tetapi tugasan baru, polisi syarikat baru... "proper office attire"... Bermulalah era berfikir nak menggayakan pakaian apa kembali. Hari pertama dah lepas dah. Hari seterusnya pula nih... 

Sumber dari Google
Geledah Dan Cuci Kasut Tinggi. Ngeh ngeh ngeh, mulalah pergi rak kasut dan bersihkan mana-mana kasut "chuolls"... Selamat tinggal "sneakers" dan selamat tinggal "pump shoes". Syarikat lama dalam kawasan kilang kannn??? Polisi keselamatan tak boleh berkasut tumit tinggi. Rindu sangattt dah pada kasut tumit tinggi dah nih. Muahahaha, lepas ni bolehlah melaram sakan kembali. Barulah diri "I is" dan barulah seronok ok? Tinggi sangat ke??? Tinggi tak tinggilah juga. 

Sumber dari Google
Cari Dan Kemas Beg Tangan. Dah lama beg tangan dalam almari tu tak dipusing-pysing guna. Beg tangan yang ada punnn tak berkemas sejak cuti bekerja 8 hari yang lepas. Elok sangatlah kemas apa yang patut dan apa yang nak dibawa. 

Setakat ini, itu ajer yang teringat... Ada banyak lagi nak disenaraikan kalau ikut. Panjang senarai jadinya dan sampai tengah hari pun belum tentu habis entri ni. Banyaklah, cam telekung tu penting tu. Kerja-kerja juga yer tak? Solat jangan lupa. In Shaa Allah, moga diri ini sentiasa beringat dan tak lupa, kerana rezeki itu adalah datangnya dari Allah SWT. Amin. Syukran Ya Allah. 

Sumber dari Google
Untuk diri sendiri, selamat memulakan kembali alam pekerjaan dan selamat kembali bekerja. :-)

Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Selamat berkerja kembali kak..hehehe

    ReplyDelete
  2. Selamat kembali bekerja sis! Bagus betul bersemangat. Kalau Yt. Hahaha. Cuti weekend pun lemau nak pergi kerja. Hahaha..

    Btw, good luck sis! :)

    ReplyDelete
  3. Selamat kembali berkerja da melaram farah..hehehe..bolehlah bergaya dgn kasut tumit tinggi..

    ReplyDelete
  4. selamat kembali bekerja ye farah.
    moga kerja baru ni beri lebih rezeki buat farah sekeluarga...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !