Memandangkan hari ini adalah hari terakhir Farah menjadi Mommy sepenuh masa di rumah untuk Ash. Hari ini dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti melayan kehendak Ash dan membawa Ash berjalan-jalan ke sana ke mari. Beri dia puas-puas dahulu.
Selepas pada hari ini, tiada lagi bangun pagi dapat bertawaf satu kawasan perumahan pagi-pagi, hari bekerja dapat naik kereta ke TESCO siang hari, pusing-pusing sana, pusing-pusing sini, melainkan hari Mommy bercuti umum ataupun hujung minggu jika Mommy tiada apa-apa aktiviti. Dapat agak dah, Ash mesti rasa kehilangan ni nanti. Hu hu hu...Sebab dah biasa kann? Mommy ada rumah.
Dari pagi tadi melayan dia, sehinggalah baru jer seketika sampai rumah ni. Sampai-sampai rumah, ada jiran beri salam. Jawab salam dan buka pintu pagar depan, rupa-rupanya jiran memberi Big Apple Donut. Katanya untuk Ash.
Alahaiii susah-susah ajer. Apa pun terima kasih dan syukran Ya Allah di atas rezeki ini. Moga-moga jiran tersebut dimurahkan rezekinya oleh Allah SWT. Dia memang suka Ash dan memang suka melayan Ash. Hari-hari mesti singgah tanya Ash dan mesti main "flying kiss" dengan anak teruna "I is"... Tengah ngandung pun jiran tu sekarang...Anak pertama...
Sempat jugalah dia "kiss" pipi Ash tadi dan Ash "kiss" pipi dia balik...Ha ha ha...Adoiii...Isteri orang tu Ash main cium-cium tu... Ihikss...
Dah ada menu minum petang dahhh... Tak perlu susah payah Mommy goreng "nugget" Ash petang ni nanti...:-P ...Ha ha ha Mommy cengkelat... Cumanya nak fikir apalah nak dibalas pada dia ni... He he he... Iyalah, orang memberi kita merasa, orang berbudi kita berbahasa yer tak? ;-)
Alhamdulillah sedap tu big apple..ash kita share boleh..huhu..
ReplyDeletewahhhh sedapnya...
ReplyDeletesayang btl yea jiran farah pd ash =)
Wahh bestnyaa. Tu lah untungnya hidup berjiran kan :D
ReplyDeletewah..bertuah badan orang demam eh...hahaha....
ReplyDeleteSedapnya....!
ReplyDeleteUntung laaa
ReplyDelete