Mendidik Anak Supaya Tidak "Racist"...

Farah Waheda Wahid
7
Isu perkauman ni, sebenarnya adalah satu isu yang sensitif untuk dibincangkan. Sebab kalau salah bicara buruk padahnya. Memang sangat-sangat sensitif. Tetapi apa yang Farah ingin ketengahkan di dalam entri ini, bukanlah sesuatu yang ingin memberikan anda pengaruh buruk yer? Ianya bagi Farah adalah sesuatu yang boleh dikatakan penting juga di dalam kehidupan bermasyarakat kita.

Sumber dari Google
Di Malaysia sendiri kita hidup dalam golongan masyarakat majmuk. Kita berkawan dengan rakan-rakan yang berlainan agama serta bangsa. Sewajarnya kita menghormati agama yang dianuti oleh mereka dan juga bangsa keturunan mereka. Berkawan tanpa mengira bangsa dan juga keturunan untuk memakmurkan negara dan hidup di dalam keadaan yang harmoni.

Sudah tentu kita tidak mahu insiden 13 Mei berulang kembali. Cukuplah sejarah hanya menjadi sejarah dan disebabkan itu, salah satu tugas ibu bapa adalah mendidik anak supaya tidak "racist". Didik dan ajar mereka untuk berkawan dengan semua bangsa dan agama.

Tidak ada apa yang perlu dirisaukan oleh ibu bapa sebenarnya jika anak-anak anda berkawan dengan ramai rakan-rakan di kalangan pelbagai agama dan juga bangsa sekiranya didikan agama serta pemantauan dilakukan dengan sebaiknya. Ada ibu bapa yang agak "skeptical" bila anak mereka berkawan dengan agama dan bangsa lain. Ada ibu bapa menerima dengan keterbukaan minda bila anak mereka berkawan dengan agama dan bangsa lain.

Malaysia khususnya lah kan? Sedari lahir anak kita sudah dilahirkan di dalam komuniti yang berbilang bangsa dan agama, tetapi hidup di dalam komuniti yang berbilang bangsa dan agama tanpa mendidik mereka untuk tidak bersikap "racist" sahaja tidak cukup. Kita perlu mendidik anak-anak agar tidak "racist".

Bagaimana caranya? Bagi Farah lah kan...

Biarkan Anak-Anak Bertanya Mengenai Perbezaan
Tiba satu-satu masa, anak-anak kita akan mula bertanya itu dan ini kepada kita. Kelainan rupa paras, warna kulit, bahasa pertuturan yang dilihat oleh mata kasar anak-anak akan membuatkan mereka bertanya. Ini adalah waktu yang terbaik dan soalan yang tepat bagi kita sebagai ibu bapa untuk memperkenalkan serta menerangkan tentang kelainan adat, budaya dan agama sesuatu bangsa. Terangkan yang positif dan terangkan dengan baik.

Berikan Pemahaman Sesuai Dengan Usia Anak
Seiring dengan bertambahnya usia seseorang anak akan semakin baik peringkat pemahaman mereka. Bantu mereka mentafsirkan pelbagai macam perbezaan yang unik serta kesetaraan dan bukannya bantu mereka untuk berfikiran negatif yang mewujudkan perselisihan.

Tunjukkan Kepelbagaian Dan Keunikan
Libatkan anak-anak di dalam pelbagai aktiviti sosial setara dengan umur. Contohnya kem kanak-kanak ke? Hantar ke pusat perkembangan minda ke? Di mana terdapat kanak-kanak dari pelbagai bangsa dan agama untuk mereka bercampur gaul asalkan selagi tidak bertentangan dengan agama. Beri peluang mereka bersosial, meningkatkan komunikasi dan juga bercampur gaul dengan anak-anak kecil yang lain dari pelbagai agama dan bangsa. "Expose" mereka sambil memantau. Agar mereka tahu dan mereka faham. Galakkan anak-anak berkawan baik dengan semua orang tanpa mengira bangsa dan juga agama.

Anda boleh juga mendidik anak-anak, melalui sumber seperti buku dan juga internet untuk memperkenalkan kepelbagaian bahasa, suku, bangsa, makanan dan adat serta budaya kepada anak.

Berikan Contoh
Ibu bapa juga memainkan peranan besar untuk menunjukkan contoh yang baik. Tunjukkan kepada mereka bahawasanya anda juga bercampur gaul dengan rakan-rakan yang berlainan bangsa serta agama. Contoh akan menjadi ikutan anak-anak.

Tunjukkan Empati
Tanyakan kepada anak-anak apa yang dia rasakan ketika melihat orang lain mengalami kesusahan, tanpa memandang latar belakang orang tersebut. Kemudian, tanyakan apa yang dapat dilakukan untuk membantu meringankan beban mereka.

Setiap manusia diciptakan oleh Allah SWT. Yang berbezanya adalah keturunan, bangsa serta kepercayaan masing-masing. Yang penting kita kena berikan didikan agama, rohani serta jasmani yang terbaik yang semampunya dan tiada cacat celanya anak kita bergaul dengan anak-anak lain yang berlainan agama dan bangsa.

Kita galakkan mereka berkawan tetapi kita perlu pantau pemahaman mereka serta pantau perkembangan mereka agar mereka tidak terpesong. Didik mereka memahami agama sendiri serta menghormati agama lain. 

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. sokong kak farah... anak2 ni perlu dididik dari kecil mengenai ini supaya bila dah besar mereka akan sendirinya faham apa itu perbezaan...

    ReplyDelete
  2. Adam masih belum tau lagi kawan2 yg agama atau kaum lain dr dia.. sbb masih lagi berkawan dgn kelompok kawan2 melayu.. tak taulah nnati darjah 1 macam mana...

    ReplyDelete
  3. Great post... I sokong sesangat
    ..jangan bagi anak membesar jadi racist....
    www.mieranadhirah.com

    ReplyDelete
  4. muqaddimahnya perlu dimulakan dari kecil..biarpun belum begitu memahami..sekurang kurang jiwa cinta keamanan sudah ada..best info ni..

    ReplyDelete
  5. Dulu kecik2 pernah dikatakan kaum cina ni kaum yang jahat... rupanya ada cerita kenapa mereka racist sikit dengan kaum cina... lastly kawin dengan anak cina mix malay jugak.... so far Sha memang tak amalkan budaya rasist ni tak kisah la antara agama @ bangsa...

    thx sharing kak farah... mana tahu bermanfaat satu masa nanti....

    ReplyDelete
  6. artikel yang sangat menarik, memang sebagai orang tua kita harus mendidik anak sebaik mungkin sesuai koredor agama..... http://www.bisnisborneo.com/

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !