![]() |
Sumber dari Google |
Ianya adalah merupakan sebuah drama nafas baru dan berdurasi 148 episod yang mana "tele-movie" ini diarahkan oleh Feroz Kader di bawah terbitan Global Station Sdn Bhd serta kerjasama bersama ASTRO dan Azteca. Rasanya, inilah "tele-movie" Melayu terpanjang setakat ni. 148 episod ko, jenuh hakak nak menunggu pengakhiran nih...Maunya banyak konflik dan rasa sakit hati menonton nih. Hua hua hua...
![]() |
Sumber dari Google |
Biasalah bila dah kaya, ada pesawat atau jet peribadi sendiri dan dah tentu boleh kemudi sendiri. Makanya, bergegaslah Megat Rayyan ni ke Langkawi sambil berjanji pada Irina yang dia akan balik esoknya untuk majlis pernikahan mereka. Malang tak berbau...ada masalah pada pesawat atau jet peribadi Megat Rayyan yang mana akhirnya dia terhempas, mengalami kecederaan dan telah diselamatkan oleh Suraya.
Kepala terhentak kepada batu ke apa ke dalam hutan tu, lepas tu pandangan jadi "blur" dan akhirnya mengakibatkan dia buta. Rasanya dalam agak Farah dia buta sementara jer nih... Akibat dari kemalangan tu, dia mempunyai amnesia dan tidak mengingati identitinya sendiri. Sejak tu, Suraya nilah gigih jaga dia.
Tapi Suraya ni ada masalah tersendiri juga. Makcik dia tu, suka sangat cari pasal dan dah ala-ala mak tiri "uolss"... Kira macam Suraya ni macam Cinderella jugalah dalam "tele-movie" nih... Disebabkan Megat Rayyan tak mengingati identiti diri sendiri, Suraya bagi nama Rizal pada dia...Mereka berkawan, biasalah, bila seorang lelaki dan seorang perempuan banyak menghabiskan masa bersama, terlalu rapat, lama-lama jatuh cinta, lama-lama kahwin.
Tak silap, melalui temuramah eksklusif di H-Live, dikatakan, lama kelamaan Megat Rayyan ni dapat ingatan dia kembali dan ingat identiti dia kembali. Macam mana tu Farah kurang pastilah kannn??? Bila dah ingat dia lupa pula pada isteri dia Suraya nih. Adoiii, sedihlah haiii...Biasalah bila dah ingat tu, terus tinggalkan dan balik ke pangkuan keluargalah kot. Dush dush dush, dalam masa yang sama Suraya ni tak silap dikatakan telah berbadan dua.
Apa lagi kann??? Suraya ni dah tentu-tentulah kena buat sesuatu untuk dapatkan suami dia balik. Siapa tak sayang suami oiiii??? Rasanya kalau tak silap, Suraya pergi ke Kuala Lumpur untuk mencari Megat Rayyan dan memohon jadi orang gaji di rumah Megat Rayyan. Usaha gigih nak ingatkan suami tu yang mereka adalah suami isteri. Cuba punya cuba, Megat Rayyan ni langsung tak ingat apa-apa...Sakit hati mak tauuu.... Belum sampai peringkat tu pun dah rasa macam...Alahaiiii, mesti bergenang-genang air mata Farah ni "feeling" ni...Ha ha ha...Dah tau dah bakal emosi nanti bila tonton dan ikuti siri ni...
![]() |
Sumber dari Google |
hehehehehe..ash sila letak sekotak tisu kat sebelah mummy ye..hihihihihi..
ReplyDeleteboleh tengok nanti ye..tapi sampai seratus lebih episod tu jenuh nak tunggu habis..hehe
ReplyDeletemacam best... tak sempat lagi nak tengok...
ReplyDeletenk tengok nanti..minat dgn anzalna yang lawa ni ;)
ReplyDeleteJalan cerita pun lebih kurang macam cerita filipin yg tajuk 'una kang naging akin'
ReplyDeleteassalamualaikum
ReplyDeletesinggah ptg
hari ini bz sangat x sempat nak BW
Dah tak sempat nak layan drama tv skrg ni...
ReplyDeletemacam panjang sgt 148 episode...seminggu 5 episode...sebulan 20..kalo 148 episode mau 7 bulan..ayoo..baik wat season2..tkt org malas sgt nk tunggu lame cmtu..hehe
ReplyDeleteBest ke citer ni. Tapi sekarang dahbtak sempat nak layan sangat drama-drama ni. Huhu..Doa Murah Rezeki & Pantang Larang Rezeki
ReplyDeleteToo much drama,suraya aya terlalu baik as well as suka sangat kena bully,tak nak melawan on je memanjang jd bosan nak continue watching tak de perubahan same issue n also bnyk sangat iklan
ReplyDeletei love memori cinta suraya
ReplyDeletelayan je
ReplyDeletekita layan.. sampai skrg.
ReplyDeletehikhiks :)
anzalna pulak lupa dkrg. hukhuk
anak dara ku yg umur 9 thn pun minat sama....petang2 terpacak depan tv dengan nenek layan drama ni...ummi layan gitu2 je sebab cerita berbelit2...pening [-(
ReplyDelete