Kenali Rakan Di Sekeliling Anda...

Farah Waheda Wahid
3
Sumber dari Google 
"Everyone wants to ride with you in the limo, but what you want is someone who will take the bus with you when the limo breaks down - Oprah Winfrey". 

Hidup mempunyai ramai kawan di media sosial, di alam maya, di alam realiti... Mempunyai "likers" mahupun "followers" yang ramai tidak menjanjikan ramainya sahabat. Ramainya kawan tidak bermakna ramainya sahabat. Bunyinya kawan dan sahabat itu sama maksudnya tetapi tidak di dalam realiti bagi Farah. 

Kawan itu boleh terjadi kawan tepi jalanan, kawan yang bila senang dia ada bila persahabatan itu menjadi liabiliti menjauh, kawan yang manis di depan di belakangnya lain, kawan yang sangat baik serta memahami tetapi di belakang berkata sesuatu yang buruk mengenai kita, kawan makan kawan, kawan ambil kesempatan, kawan semata-mata ingin mengetahui tentang kehidupan kita dan bermacam lagi. 

Sahabat pula bagi pengertian Farah adalah seseorang yang senangnya kita bersama, susahnya kita bersama, gembiranya kita bersama dan dukanya kita bersama. Sahabat itu sentiasa bersama kita dan turut melalui serta merasakan apa yang kita rasakan. Payah kann? Nak dapat sahabat yang sebegini? 

Ada kalanya berdasarkan pengamatan kita, pengalaman kita, kita sudah boleh membaca setiap gaya bahasa tubuh ataupun bagaimana maklum balas mereka melalui komunikasi tidak kira di alam realiti atau maya. Ada kalanya sehingga kita di dalam kesusahan ataupun kita terjatuh pada waktu dan ketika itulah kita mengetahui siapa yang sekadar kawan ataupun benar-benar seorang sahabat. 

Sumber dari Google 
Bukanlah kita cuma mengharapkan seorang sahabat itu untuk sentiasa ada untuk kita sahaja. Tetapi kita juga perlu bersedia untuk bersama mereka ketika di saat mereka memerlukan tanpa mereka meminta apa-apa pun dari kita. Janganlah kita menjadi seperti seseorang yang dikategorikan cuma sebagai kawan sahaja. In Shaa Allah mudah-mudahan tidak. Amin. 

Di dalam dunia ini, kita diberi pilihan untuk berkawan dengan sesiapa sahaja tetapi ketahuilah kawan-kawan kita. In Shaa Allah, jika kita tahu siapa kawan kita, kita juga pasti boleh tahu siapa juga sahabat kita mahupun lawan kita. Formula yang paling mudah bagi Farah. Jika kita tahun kawan itu adalah lawan...

Tidak perlu kita lakukan apa-apa... Sekadar perhatikan dan biarkan sahaja. Teruskan sebarkan kebaikan, teruskan berbuat baik padanya dengan seikhlas mungkin. Jika niat dia berkawan dengan kita kerana dia adalah lawan kita, biarkan dia dengan dunianya dan agendanya... 

Yang penting, kita teruskan hidup seperti biasa kerana kita tidak meminta sesuap nasi pun dari lawan itu, kita tidak bermusuhan pun sebenarnya dengan lawan itu. Jika dia merasakan kita adalah seorang lawan, biarkab dia dengan caranya, biarkan dia lakukan apa yang doa rasa dia perlu lakukan. 

Kita? Tak perlu lakukan apa-apa. "Just sit back and relax". "Chill". Lakukan apa yang patut kita lakukan untuk kelangsungan hidup dan doakan yang baik-baik buat lawan kita itu. Moga satu hari nanti dia berubah dan menyesal di atas tanggapan mereka kepada kita. Teruskan berdoa yang baik-baik. 

Sumber dari Google
Sakit? Perit? Sakit dan perit bila dikutuk dari belakang? Bila disindir dari belakang? Bila dikata dari belakang? Ataupun secara terang-terangan? Sakit itu memanglah sakit... Tapi sampai bila kita hendak biarkan ia menyakiti kita? Perkara seperti ini tidak akan ada penyudahnya... Jadi kitalah yang bertanggungjawab melakukan penyudahnya... Kitalah yang perlu bertindak... 

Bagaimana bertindak yang Farah maksudkan? Biarkan, biarkan sehingga mereka penat dan sehingga mereka sedar bahawasanya apa yang mereka lakukan adalah satu tindakan yang sia-sia... Kerana kita sedikit pun tidak pernah mengendahkan walaupun kita tahu ianya berlaku sama ada di depan mata kita ataupun sebaliknya. 

Yang penting hati perlu cukup kuat, perlu cukup kental untuk melalui. Owhhh bercakap memang mudah tetapi tidak semudah perlaksanaan. Jika kita yakin pada Allah SWT, kita faham konsep berlakunya sesuatu adalah kehendak Allah SWT dan kita redha di atas setiap yang berlaku dengan keterbukaan... In Shaa Allah segalanya jadi mudah buat kita. Berlapang dada itu yang penting. 

Sentiasa ucapkan kalimat Allhamdulillah di atas apa jua yang terjadi. Jika apa yang diperkatakan betul serta ada kebenaran maka perbaikilah diri kita. Jika tidak benar, pahalanya adalah pada kita. 

Sumber dari Google
Kenapa perlu rasa goyah? Kenapa perlu rasa gentar? Kena perlu rasa takut? Tidak perlu. Tidak perlu susahkan diri kita sendiri. Di hadapan kita ada kehidupan yang menanti, ada peluang yang terbuka, ada tanggungjawab yang perlu dipikul dan dilaksanakan. Itu yang lebih penting. Jika kita makan nasi berlaukkan garam sekalipun bukan semua orang tahu dan bukan semuanya kita nak bercerita kepada orang. 

Hanya mereka yang betul-betul prihatin akan mengetahui kesusahan kita, hanya mereka yang betul-betul mengambil berat yang akan ada di sisi kita tak kira apa jua keadaan diri kita. Jika ada sahabat yang sebegini, syukurlah pada Allah SWT. Sebab zaman ni bukan mudah nak peroleh sahabat sebegini oiii... 

Kenali rakan-rakan anda... Jenisnya dan bagaimana... In Shaa Allah, jika anda berlapang dada anda tidak perlu sentap, terasa sakit, terasa perit, terasa terganggu dan meroyan di sana dan sini. Jika ada yang membuatkab kita "offended" senyum sahaja... Dan istighfar dan berlapang dada seluas-luasnya... In Shaa Allah, kita akan tenang percayalah. Tolong percaya dan cuba lakukan. Memang menjadi. 

Tak perlu kita terlalu berkecil hati, tak perly kita terlalu terasa dan pilihan di tangan kita sama ada ingin menyesakkan lagi dada dan pemikiran ataupun tenang di dalam kehidupan... 

Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan Farah tetapi inilah pegangan Farah... Jangan biarkan orang lain "distract" hidup kita, jangan sia-siakan masa kita memikirkan yang tidak perlu, jangan menjatuhkan semangat diri kita sendiri... 

Tidak semua orang memahami kita, tidak semua orang mengetahui kita dan tidak semua orang melalui apa yang kita lalui... Kadang-kadang yang meresap ke minda seseorang cumalah apa yang dilihat secara mata kasar bukannya mata hati dan apa yang didengar berbanding apa yang disaksikan... Cerita boleh diolah, ayat boleh digubah tetapi realiti tetap tidak akan berubah... ;-) 

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Kawan akan datang dan pergi..tapi sahabat sentiasa bersama di sisi.. (o)

    ReplyDelete
  2. nice...
    hakikat nyer ~ kawan masa senang, ramai.
    susah ? sometimes takde kawan :(

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !