Keajaiban Pelukan Kepada Anak...

Farah Waheda Wahid
15
Hakak tak sempat pula nak me"watermark" gambar baru "uolss"... Ha ha ha... Jadi kita gunakan gambar ulang tayang jerlah...Pun boleh kannn??? 


Gambar terbaru, gambar paling disukai dalam seleksi gambar-gambar raya Farah dan Ash... Tak tau kenapa, suka sangat dengan gambar ni. Mungkin sebab inilah pertama kali Ash bergambar pakai songkok gamaknya. Ahakss...jadi tahap kejakunan tu tinggi sikit kot?

Memang suka peluk budak kecik nih... Suka sangat-sangat walaupun badannya jenis "cutting model"... sila pusingkan bebola mata anda... walaupun badannya adalah kecil molek tetapi tetap sedap dipeluk. Definisi pelukkan adalah perpaduan atau cantuman jiwa dan raga 2 orang atau lebih yang saling mencintai dan mengasihi. Gitchewsss... 

Pelukan itu sangatlah indah walau hanya dipandang, ada sebuah kemesraan yang sejati jika kita melihatnya. Bagi yang pernah memeluk orang yang dikasihinya, pasti sudah merasakan sebuah keajaiban. Suasana yang tegang kembali aman, yang duka menjadi ceria hasil daripada pelukan yang diberi. Cukup membahagiakan. 

Anak kecil adalah insan yang memerlukan jumlah pelukkan dan sentuhan yang kerap daripada kita. Semakin kerap pelukkan diberi semakin mudah untuk membentuk sahsiah diri mereka. Banyak manfaat sebenarnya pelukan kepada seseorang anak itu. Menurut sumber di SINI

1. Sentuhan dari orang yang kita sayangi akan meningkatkan jumlah hemoglobin di dalam darah. Hemoglobin merupakan salah satu bahagian dari tubuh yang membawa oksigen ke seluruh tubuh, termasuk jantung dan otak. Apabila jumlah hemoglobin semakin banyak di dalam tubuh melalui sentuhan seperti pelukan dari seorang ibu kepada anak, ianya akan mempercepatkan proses penyembuhan kepada anak ketika sakit.

Sumber dari Google
2. Memeluk seseorang yang kita sayangi sebanyak 4 kali pelukan akan mengurangkan tahap tekanan, 8 kali pelukan akan memberikan kestabilan emosi dan 12 kali pelukan akan membantu perkembangan psikologi seseorang. Pelukan akan memberi seseorang berasa selamat dan dilindungi yang merupakan elemen penyumbang kepada perkembangan emosi dan mental yang sihat buat anak-anak.


3. Pelukan juga dapat memberikan suntikan motivasi yang sangat hebat terutama bagi orang yang berputus asa dan berada di dalam kesedihan. Daya sentuhan akan menghasilkan ketenangan buat mereka yang bersedih dan membantu mereka untuk keluar dari zon kemurungan secara perlahan-lahan. Begitu juga pelukan ibu kepada anaknya, akan menambah semangat belajar anaknya, asalkan pelukan itu disertai dengan pesan-pesan semangat yang lembut. 


4. Pelukan juga mampu meningkatkan tahap intelektual anak-anak. Mengikut kajian, kanak-kanak yang kerap menerima pelukan akan lebih aktif mempamerkan potensi mereka sama ada di sekolah mahupun di rumah. Keyakinan diri mereka berkembang elok melalui hasil pelukan yang diterima setiap hari yang menjadikan mereka seorang yang berani mencuba. Mereka juga tidak mempunyai masalah dalam pergaulan ataupun komunikasi sosial di kalangan ruang lingkup rakan mereka disebabkan sifat yakin diri yang tinggi di dalam diri mereka. 

5. Hasil pelukan yang kerap diterima akan menghasilkan seorang anak yang berkebolehan untuk memimpin. Sifat kepimpinan anak-anak boleh dilihat sejak mereka berumur 8 tahun lagi. Setiap anak-anak yang dilahirkan mempunyai tanggungjawab untuk memimpin yang dinamakan "khalifah" di muka bumi ini. Menjadi pemimpin yang baik, mereka memerlukan sokongan dan memeluk anak dengan erat adalah cara yang terbaik untuk kita menzahirkan sokongan terhadap mereka. 

Rutin memeluk Ash memang satu aktiviti wajib setiap hari. Berpuluh-puluh kali peluk. Ha ha ha, sampai naik rimas budak tu... Inilah yang dikatakan makanan rohani yang bakal menjaga hati dan peribadi anak-anak agar tidak menjadi anak derhaka pada masa hadapan kelak. In Shaa Allah...Mudah-mudahan...Amin... Kita hanya mampu berusaha, dan hanya Allah SWT sahajalah kita serahkan segalanya. Semoga anak-anak kita menjadi anak-anak yang membahagiakan kita di dunia mahupun akhirat. 

Post a Comment

15Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. biasakan sampai ash dewasa ye mummy..

    ReplyDelete
  2. hihi walopon busuk tapi tetap suka peluk cium anak2

    ReplyDelete
  3. sweet sgt..buah hati pengerang jantung mommy yg sorg ni..hehe

    ReplyDelete
  4. Suka jugak peluk budak2 sebab dorang wangi. Hehehe

    ReplyDelete
  5. pelukan pada anak2 tu mengerat kasih saying.
    ada message yang tidak dapat disampaikan melalui kata2

    ReplyDelete
  6. Hi, Thanks for sharing. So sweet and comel,
    Hugs were invented to let people know you love them without having to say anything.

    Have a nice day, regards.
    Amelia

    ReplyDelete
  7. Anak2 saya dua2 suka berpeluk..nak tidur pun berebut nak peluk sampai pening kepala tak tahu nak peluk yang mana satu..mujur ayah dia tau kena ikut giliran..hahahahah

    ReplyDelete
  8. seronok nye kak.. teringin nak peluk baby..huhu

    ReplyDelete
  9. So sweet gambar Ash pakai songkok tu

    ReplyDelete
  10. peluk suami menenangkan jiwa..hehee

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !