Kaset Kosong Dan Zaman Remaja...

Farah Waheda Wahid
18
Wahhh wahhh wahhh.... Entri mengimbau kenangan ler pula... Petang-petang hari, layan melankolik terimbau-imbau kenangan sewaktu zaman remaja dan seterusnya jari jemari lancar jer sentuh-sentuh skrin papan kekunci sentuh di telefon pintar "I is"... Ahakss...skemanya ayat nih!!!

Zaman remaja? Iyalah zaman remaja...Sekarang ni dah bukan remaja lagi dah... Sekarang ni dikategorikan sebagai remaja purba pula dah. Umur dah meningkat bawa-bawa sedar diri yang zaman remaja tu dah berlalu... Zaman jer dah berlalu tau...Tetapi hati masih remaja...Ecewahhh gitchewss... 

Sumber dari Google
Sewaktu zaman sekolah menengah dulu kannn... Memang rajin sungguh membeli koleksi kaset kosong dan buat stok. Buat apa? Ha ha ha...Macam-macam bendalah yang Farah buat dengan kaset kosong nih... Lepas tu ada satu-satu masa tu kerjanya merakam jer lah... Sebab apa? Untuk apa kaset kosong nih?

Rakam Lagu Kegemaran Di Radio
Ini memang klasik dan epik... Dulu-dulu, dulu-dululah... Bila dah minat sesuatu lagu tu, memang akan mula menyanyi berulang-ulang. Bila menyanyi berulang-ulang, dah jatuh cinta, dah suka dengan lagu tu, mulalah kannn? Timbul keinginan nak dengar lagu tu berulang-ulang. Nak beli kaset album penuh, awak tu masih bersekolah. Tak mampu dan tak nak bazirkan duit katanya...Ha ha ha... 

Lagipun, pernah beberapa kali beli kaset album penuh, bagi sesetengah artis tu yang satu dua lagu jer sedap, rasa seperti ibarat kerugian ler pula kan beli kaset album penuh. Baik rekod jer dari radio. Senang gittew...Bila nak dengar lagu tu terus dengar jer dari kaset yang dirakamkan. Makanya, senanglah nak buat kompilasi lagu-lagu kegemaran sendiri di dalam satu kaset dan tak perlu nak tukar-tukar banyak kaset bila nak dengar nyanyian sesuatu artis tu... 

Teringat lagi...antara salah satu kaset kosong yang Farah rakamkan lagu kegemaran Farah sewaktu zaman-zaman sekolah dulu mengandungi lagu-lagu seperti... 



Itu di antaranya, cukuplah satu dua jer tempek kat sini kann? Takkan nak berjela pula... Diakui memang banyak jugalah kaset kosong yang Farah gunakan untuk rakamkan lagu kegemaran Farah pada waktu itu. Ha ha ha, bila tengok video klip video klip di ats ni, terasa macam wahhhh dah "old skool" sangat dah haku nih... Ha ha ha.... 

Masa tu, jenuhlah menunggu depan radio tau tak? Sebab takut terlepas lagu yang Farah minat tu. Ha ha ha... Selalunya tunggu waktu rancangan siaran radio permintaan lagu... Sebab masa tu kalau nak rekod apa-apa pun cun. Barulah hasilnya mengancam dan sedap halwa telinga nak dengar. 

Rakam Lagu Untuk Tujuan Aktiviti Di Sekolah
Wahhhh... aktiviti sekolah pun nak pakai "soundtrack" ko...Ha ha ha...kelassss... Iyalah, masa sekolah dulu banyak benau pertandingan dan aktivitinya... Bila terlibat tu memang macam-macamlah... Contohlah, contoh ek... Bila ada pertandingan drama antara kelas sempena Minggu Bahasa Melayu ataupun Minggu Bahasa Inggeris... Memang lerrr sibuk dok nak merakam lagu untuk "soundtrack" katanya... 

Yer pertandingan drama antara kelas, memang masing-masing akan gunakan props dan juga lain-lain yang berkenaan bagi nak memastikan nak menang tu punya pasal...Hik hik hik... Seronok bila kenang-kenang masa tu... Sama-sama berlatih selepas sekolah, sama-sama berbincang tentang skrip, sama-sama berbincang tentang "soundtrack" dan sama-sama main sambung-sambung kertas mahjong kemudian, main lukis-lukis dan main warna-warna guna "poster colour" jenama Buncho untuk hasilkan "prop" ataupun "backdrop".... 

Selain tu, rakam lagu juga untuk tujuan... menari-nari di atas padang sewaktu hari sukan "uolss"... Dululah dulu... 


Hakak dulu masa sekolah kan ahli ni... Dan ini pula pinjam video adik-adik "junior" dari sekolah lama hakak... He he he... 

"Basically"...Ini jerlah pun tujuannya... tapi memang banyak gila kaset kosong yang Farah gunakan sewaktu zaman-zaman tu... Selepas itu, beralih pula pada CD kosong...He he he... Memang orang kata, salah satu aktiviti masa lapang, merekod, mengedit jerlah kerjanya...Haippp, tapi tak adalah sampai jadi kerjaya cetak rompak dan pasarkan yer? Lebih untuk kegunaan sendiri dan aktiviti sekolah... 

Bila waktu berlalu, masuk ke Uni, segalanya dah ditinggalkan di belakang... Dan semuanya menjadi satu kenangan zaman remaja di dalam hidup... Oklah kan? "At least" ada juga sesuatu yang boleh dikenang...Ihikss...setiap orang ada cerita hidup yang tersendiri... Betul tak? Jadi inilah salah satu kisah perjalanan dan pengalaman Farah... 

Post a Comment

18Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. kan??kaset kosong wajib ada kat rumah..bukan takat rakam lagu kegemaran tapi untuk syok sendiri jugak..nak test2 suara sedap ke idakkk...heheh

    ReplyDelete
  2. hahaha...sama la plak...nostagila..duduk menghadap radio smbil ulang2 lagu yang suka dgr..hikhik

    ReplyDelete
  3. tak pernah guna kaset kosong tapi pernah kumpul kaset backstreetboys, 911, westlife..hehehe

    ReplyDelete
  4. Sekali sekala imbau kenangan dulu dulu..seronok..

    ReplyDelete
  5. Hehe.. Memory sungguh... Bebudak sekarang tak kenal agaknya kaset tu kan..

    ReplyDelete
  6. salam singgah petang farah...diana selalu guna kaset kosong utk rakam lagu yang di gemari mcm farah juga...hihi

    ReplyDelete
  7. Zaman sekarang memang rare kalau jumpa kaset kan :D

    ReplyDelete
  8. Hehhe dulu2 mmg penah guna ..rakam pulak guna walkman...Ingat tak lagi zaman2 walkman hehehhe..Ingat nak buat entri pasal Walkman laa hehehe

    ReplyDelete
  9. haha.. memang mengimbau kenangan sungguh.. bukan takat rekod lagu, tapi rekod gak suara sendiri.. hihi

    Terjah blog saya, jom! DAPATKAN INFO KEHAMILAN DAN KESUBURAN SERTA PETUA – PETUA ORANG LAMA DI SINI

    ReplyDelete
  10. Baru thrill zaman remaja gitu kan. Hehe. Takdelah gadget memanjang. Hiks

    ReplyDelete
  11. Sekali sekala test suara sedap ke x bila rakam dgn kaset..hehe

    ReplyDelete
  12. kann! masa zaman-zaman sekolah dulu rajin beli kaset kosong pastu rakam lagu dari radio. layan... kalau suka satu2 lagu tu saya akan rakam berulang2 kali sampai abes kaset tu. hihi..

    6 tanda anak kekurangan zat besi

    ReplyDelete
  13. saya masih remaja dulu...buat e kes rakam kaset ni..radio rosak dgr dlm kereta hahaha

    ReplyDelete
  14. teringat plk dulu2 suka main kaset kt radio layan lagu :)

    ReplyDelete
  15. Farah..rajinnya rakam lagu hehehe. kita pun sama gak.

    ReplyDelete
  16. Alahai nostalgic sangat bila tengok kaset ni....dulu zaman okje remaja,nak beli kaset manalah mampu, jalan penyelesaiannya beli kaset kosong rekod lagu hihi...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !