Huggies Ultra Kini Didatangkan Dengan "Wet Indicator"...

Farah Waheda Wahid
5

Ash sememangnya adalah pengguna tegar Huggies Ultra sejak setahun lebih yang lepas. Sejak menggunakan Huggies Ultra tidak pernah bertukar ke lampin pakai buang jenis yang lain. Bukan kerana Farah sengaja membeli atau memakaikan lampin pakai buang yang agak mahal harganya tetapi lampin pakai buang jenama Huggies Ultra lah yang paling serasi dan paling sesuai buat Ash. 

Alhamdulillah, tidak pernah ada sebarang ruam lampin dan tidak pernah ada sebarang masalah. Harganya memang sangat-sangat berbeza di tempat-tempat yang berbeza dan memang tak dijumpai di Speedmart. Dah merata dah Speedmart Farah pusing. Memang tak ada. Tak taulah memang betul-betul tak ada ataupun laris macam pisang goreng panas kerana harganya lebih murah di Speedmart? 

Di TESCO, sewaktu mula-mula Farah membeli stok untuk Ash dulu harganya RM 39.90. Mungkin harga promosi. Setelah seketika, harganya kini boleh mencecah RM 58.40 sepek. Nampak tak jauh perbezaannya. Kini, Farah telah beralih mendapatkan stok lampin pakai buang Huggies Ultra Ash di AEON dengan harga RM 33.90 sepek. Zaman begini, perlulah bijak "survey" dan mencari harga terendah yang boleh didapati di pasaran. 

Kadang-kadang kalau dah tak ada sangat. Sana mencari, sini mencari, jika tiada pilihan terpaksa juga membeli dengan harga yang tinggi. Bukan tidak mahu membeli jenama yang lain tetapi sungguh Ash tak sesuai. Ada sahaja masalah yang bakal berlaku. Ruamlah, gatallah... Kenapa nak seksa anak yer tak? Makanya, berkorbanlah sedikit... 


Kini setelah setahun menjadi pengguna Huggies Ultra, Huggies Ultra telah menambahbaik produk mereka. Gambar di atas menunjukkan perbezaan reka bentuk ilustrasi Huggies Ultra yang lama dan juga Huggies Ultra yang baru. Penambahbaikan yang dilakukan adalah... Huggies Ultra yang baru mempunyai teknologi penanda basahan ataupun lebih dikenali sebagai "wet indicator". 

Bagaimana ianya berfungsi? 


Gambar awan di dalam bulatan itu adalah penanda basahan untuk Huggies Ultra yang baru. Apabila dipakaikan, jika lampin pakai buang yang dipakai telah cukup basah dan perlu diganti kepada lampin pakai buang baru ianya akan bertukar ke warna biru seperti gambar di bawah... 


"See" nampakkan fungsinya? Memang bagi Farah ini adalah sesuatu yang bagus dan berguna bagi para ibu seperti Farah. Kerja-kerja mengidentifikasi serta menyalin lampin pakai buang lebih mudah! Tak perlu merasa ataupun tidak perlu melihat sehingga lampin pakai buang berat dan meloyot, kita sudah boleh menyalin lampin pakai buang anak apabila warna penanda basahan telah sepenuhnya berubah kepada warna biru. Heee... 

Jika dulu sebelumnya kena tetapkan masa 3 jam sekali atau 4 jam sekali untuk menyalin lampin pakai buang yang basah, kini selak sahaja seluar Ash pada bila-bila masa dan perhatikan penanda basahan. Bezanya cuma, jika dulu kurang kerap menyalin lampin pakai buang Ash...sehari cuma 5 keping lampin pakai buang kini telah menjadi 7 keping lampin pakai buang sehari. Owhh, jika Ash buang air besar, dia membuang di tandas dah. Cuma air kecil sahaja yang masih dalam proses "potty training". Dia masih belum pandai memberi isyarat untuk membuang air kecil. 

Apa yang Farah boleh katakan, lampin pakai buang Huggies Ultra, secara peribadinya adalah jenama lamp in pakai buang pilihan Farah Dan Farah rasakan paling bersesuaian serta terbaik bust Ash pada masa duly sehingga sekarang. Jika ada ibu bapa yang masih tercari-cari lampin pakai buang yang bersesuaian dengan anak kecil mereka. 

Ataupun kepada ibu bapa baru, jika anda bertanyakan pendapat Farah, secara jujurnya Farah merekomendasi serta mencadangkan lampin pakai buang jenama Huggies Ultra. Pek berwarna hijau yer? Seperti yang kelihatan di dalam gambar pertama entri ini. :-). Mana tahu jika sesuai dan serasi dengan si kecil anda kan??? 

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Wahh bagusnya ada indicator camtu..

    ReplyDelete
  2. Quality improvement..mudah..selesa dan puas hati..

    ReplyDelete
  3. huggies ultra memang best jugak.tp so far Thaqif ok dengan drypers.maka kite teruskan dengan drypers, lg jimat dan murah.

    ReplyDelete
  4. Sebelum nie sha pakaikan petpet dkt anak2..tp skrg cam x brape lah..so sha tukar ke drypers..yg nie seauai dgn kulit anak sha yg swnsitif.. bagus huggies buat wet track camtu..senang nak check..

    ReplyDelete
  5. wow. ada wet indicator :)
    terbaik la, farah!
    but ijat now da besar, da start nak bercerai dari drypers.
    if not pasti aida tuko ke huggies ni :)
    memudahkan kita...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !