![]() |
Sumber dari Google |
Wohhhh wohhh wohhh, ini adalah mimpi paling ngeri dan mimpi paling seram sesiapa sahaja! Tak kira lelaki mahupun wanita. Terutama-tamanya dah tentu wanitalah... Paling tak suka bila dagu tu dah mula jadi berlapis-lapis. Mencik!!!
Dagu berlapis dikatakan disebabkan oleh lapisan lemak yang menonjok di bawah dagu. Wanita kalau tiba-tiba tengok cermin dan nampak dagu berlapis, terus kawal makan. Sebenarnya lapisan lemak di kawasan bawah dagu boleh terjadi kepada semua orang, terutama pada orang yang berbadan gempal. Menurut artikel di SINI, kita boleh cuba beberapa tips mudah ini untuk menghilangkan lemak di dagu secara semulajadi...
KUNYAH GULA-GULA GETAH
![]() |
Sumber dari Google |
Pakej paling jimat, lemak dagu hilang dan gigi pun bersih serta nafas menjadi segar. Sebenarnya gerakan mulut itu yang membuatkan dagu juga bersenam secara tidak langsung.
GUNA KETULAN AIS
![]() |
Sumber dari Google |
Letakkan ais di dalam kain kemudian tekapkan ketulan ais di bawah dagu. Tekan dan lepaskan, lakukan gerakan ini sebanyak 20 kali sehingga 30 kali. Amalkan setiap hari, kulit bahagian dagu akan tampak semakin anjal.
SENAMAN WAJAH
![]() |
Sumber dari Google |
Lakukan senaman wajah dengan menyebut a,e,i,o, u sebanyak 40 kali. Amalkan senaman ini pada waktu pagi dan malam, secara konsisten. Gerakan mulut terhasil daripada sebutan huruf tersebut dikatakan membantu membentuk wajah menjadi lebih menarik.
DONGAK KEPALA
![]() |
Sumber dari Google |
Sebaik sahaja bangun daripada tidur, dongak kepala ke atas selama 15 saat. Lakukan sebanyak 10 kali, otot leher menjadi tegang. Bahagian dagu yang berlipat akan berkurangan secara perlahan-lahan.
JAGA PEMAKANAN
![]() |
Sumber dari Google |
Tidak mahu lemak naik, pemakanan pun kena tolak tepi. Elakkan makanan berlemak, ini membuatkan berat badan mudah naik. Sangatttt kotttt...Ha ha ha...Masalah Farah nih... Begitu juga dengan wajah, bahagian dagu akan berlapis kalau anda suka mengambil makanan berlemak dan berkolesterol tinggi.
URUTAN
![]() |
Sumber dari Google |
Gunakan krim atau losyen, lakukan urutan dagu secara menaik. Teknik urutan ini membantu memecahkan lemak dan membuatkan kulit di bahagian dagu serta leher semakin anjal. Jangan lupa amal setiap kali sebelum tidur dan bangun tidur. (lebih afdhal sambil selawat).
TIDUR TANPA BANTAL
![]() |
Sumber dari Google |
Jangan tidur nak sedap, pakai bantal tinggi. Kadang baru lepas makan ada yang boleh terus lena. Mana tak jadi dagu berlapis! Lebih berkesan jika tidur tidak berbantal, ya. Kalau anda mampulah. He he he....
Nak cantik kannn??? Kenalah amalkan tips ini, tidak semestinya tubuh anda tu kurus dagu anda tidak berlemak yer? Kalau anda jenis wajah tembam, cepatlah naik dagu yang kedua... Owhhhh tidakkkk!!! Kalau rasa malas sangat nak buat cara-cara yang dicadangkan nih, sebenarnya sekarang ni teknologi dah canggih, ada krim ada alat pengurut elektrik...#ehhh tapi tu pun nak kena rajin juga...Sebab nak kena konsisten...He he he...
Hehe..ni dah berlapis lapis ni..terima kasih ye mummy share tips..in sya Allah boleh amalkan slow slow..
ReplyDeleteThanks for sharing! Dagu kita memang ada sedikit lapisan..hehee
ReplyDeletekalau naik berat bdn, mesti dpt rasa dagu dgn leher dah nk bercantum... hehehe..
ReplyDeletetqs 4 d tips nie :D
Pssttt kata nak kurus, jgn risau untuk makan nasi.. :D
DIET TANPA NASI?
wahhhh nak kena try niiiii hehehe dagu akk bkn berlapis lagi tapi dah berlapis lapis lapisssss dah ni hehehe
ReplyDeletehahahahahaha memang mencik tau !
ReplyDeletesenaman muka aeiou tu yes.
ReplyDeletememang ada instructor yg suggest.
buat sekerap boleh.
sel sel darah muka lancar :)
Ok i need to do this..
ReplyDeletememang pun..bila nak bergambar jenuh snap sampai 10 x semata2 tak mau ada dagu berlapis..bila entah nak kecik kan semua ni??heheh
ReplyDeleteBoleh buat ni. Heheh :P
ReplyDeletewahh britney spears tuu., hehe2
ReplyDeletewah...thanks for the tips...
ReplyDeletebyk tip tu..kne praktik jerla
ReplyDeletethanks ye..
ReplyDeletekene praktikkan ni