 |
Sumner dari Google |
Ada sesiapa lagi yang simpan buku "autograph" sewaktu zaman sekolah ni? Selain dari buku mewarna kartun-kartun yang Farah suka kumpul sewaktu zaman sekolah dulu, buku "autograph" pun rajin juga. Heee... Biasanya budak-budak perempuanlah yang paling suka simpan buku "autograph" ni kan? kan? kan?
Agak-agaknya budak-budak zaman sekarang ni kan? Ada tak lagi buat buku "autograph"? Jangan-jangan entah dah tak kenal dah apa itu buku "autograph"... Hikkk... Melampau sungguh andaian Farah yer tak? Yerlahhh...zaman sekarang dah ada Facebook, zaman media sosial... Nak tahu tentang seseorang tu tak susah... Melalui Facebook, melalui medium media sosial. Itu punnn, kalau orang tu tak "private"kan media sosial dia. Kalau "private" tu... Mahaplerrr banyak-banyak ek? Agagagaga...
 |
Sumber dari Google |
Bagus juga yang benarnya kalau ada buku "autograph" nih...Ihikss menjana kreativiti semasa kaedahnya. Macam-macam jenis teknik dan kreativiti seseorang yang boleh kita nampak selain dari tahu tentang seseorang. Bila tiba "mood" rajinnn... Ha memang cantik ler hasilnya. Bila tiba "mood" malas... Selalunya letak tepi dulu sebab tak nak hasilnya jadi lain. Kononnn...
Tapi Farah sukalah tengok kreativiti kawan-kawan serta bakat kawan-kawan sewaktu sekolah dulu. Masing-masing kreatif dengan cara memasing. Selain tu? Selain tu Farah suka tengok tulisan sorang-sorang... Hew hew hew... Tulisan tangan siapa yang cantik? Tapi simpan dalam hati jer lah kannn??? Tak keluar dari mulut sendiri punnn... Hati kawan pun kena jaga juga, jangan sampai kawan sentap yer tak?
Zaman sekarang ni rasanya budak-budak sekarang dah tak sibuk sangat dengan buku "autograph" dah... Masing-masing sibuk dengan gajet. Tapi mungkin adalah... Itu tidak dinafikan... "Those were the days"... Kan??? Hurmm...buku-buku "autograph" Farah pun dah tak tau dah mana perginya... Pindah rumah dulu entah mana letaknya...
Kalau ada bolehlah tunjuk pada Ash kan??? ;-)
Buku autograph ni famous bila dah nak habis sekolah..bila ada cikgu praktikal nak keluar...hehe...
ReplyDeleteShell is kerang,wood is kayu,
I terus terang,i will miss you,
Ni pantun famous dalam buku autograph..hihi..lucu.
ermm..lejen tu. Tapi kawan2 jarang nak saya punya bio. Mungkin sebab hitam kot masa kecik.
ReplyDeletesaya ada buat satu buku untuk zara...bila dia besar nanti, dia boleh baca peristiwa dalam hidup dia yang dia pernah buat dgn family.
ReplyDeleteaida pernah ada buku otograf :)
ReplyDeletehmmm ntah mana ntah pegi nyer...